Pada abad ke-17, pakar sejarah Uthmaniyyah menggambarkan orang Jepun (atau orang “Caponya”) sebagai bangsa yang “suka mandi air sejuk dan memiliki tahap moral yang tinggi”. Budaya orang Jepun dianggap mempunyai idea-idea asas yang sama dengan orang Islam, dan mereka mungkin telah mengalami pertembungan yang lebih awal dengan para pedagang atau diplomat Muslim sejak berabad-abad yang lepas.

Kemungkinan umat Islam yang menetap di Jepun secara individu dalam tempoh ini tidak dapat diketepikan sama sekali. Pada akhir abad ke-19, dua trend selari secara tiba-tiba menimbulkan minat orang-orang Muslim dan Jepun antara satu sama lain: imperialisme Eropah di dunia Islam, dan kebangkitan secara mendadak bangsa Jepun sebagai sebuah negara yang moden dan bebas yang dapat bertahan dengan sendiri terhadap kuasa-kuasa para pemangsa dari Eropah.

TRAGEDI NAHAS KAPAL ERTUGRUL

Laksamana Ali Osman Pasha dan krunya.

Menyedari ini, Sultan Abdülhamid II dari Empayar Uthmaniyyah, satu-satunya negara Islam yang masih mengawal hal ehwal luar negeri telah menghantar kapal per4ng imperial Ertugrul ke Jepun pada tahun 1889, dimuatkan dengan 609 pelaut Uthmaniyyah dan beberapa hadiah untuk Maharaja Meiji (r. 1867-1912), di mana abangnya pernah melawat Istanbul dua tahun lebih awal sebelum itu.

Sultan Abdülhamid II sangat kagum dengan kelancaran proses pemodenan Jepun yang pesat berikutan Reformasi Meiji pada tahun 1868. Pemerintahannya mendekati Jepun dengan harapan dapat menjalin hubungan persahabatan;  yang mana pemerintah Meiji bertindak balas dengan menghantar Putera Komatsu-no-miya Akihito ke Istanbul pada 1887 untuk mengesahkan sentimen bersama.

Uthmaniyyah meneruskan pertukaran dengan menghantar kapal frigat Ertugrul pada lawatan muhibah ke Jepun pada bulan Julai 1889 yang diketuai Laksamana Ali Osman Pasha.

Beliau dan krunya yang terdiri daripada lebih daripada 600 pelaut dan pegawai tiba di Yokohama dengan kapal seberat 2,344 tan, dan sepanjang 76 meter, kapal frigat Ertugrul tiba pada bulan Jun 1890 selepas pelayaran yang panjang dan sukar.

Semasa di Jepun, laksamana diperkenankan untuk menghadap Maharaja Meiji, beliau menyampaikan dengan hadiah dan gelaran kehormat yang berprestij dari Empayar Uthmaniyyah.

Pegawai maritim Jepun menggesa kapten Ertugrul menangguhkan perjalanan pulang kapal itu. Musim taufan telah tiba, dan beberapa kekurangan pada kapal kayu berusia 26 tahun itu menimbulkan kebimbangan.

Beberapa siri peristiwa yang berlaku semasa pelayaran kapal Ertugrul menuju ke Jepun memerlukan ia dibaikpulih untuk sementara waktu, dan pegawai Jepun memohon kepada kapten untuk melanjutkan keberadaannya di situ sementara proses baik pulih menyeluruh untuk bahagian badan dan bahagian lain kapal sedang diperbaiki.

Kapten dan pegawai Ertugrul menolak dengan baik cadangan para pegawai Jepun, merasakan bahawa kelewatan pelayaran mereka akan menampakkan kelemahan dan memalukan Empayar Uthmaniyyah yang mereka anggap sebagai pembela umat Islam. Maka seperti yang dijadualkan, mereka membawa Ertugrul belayar keluar dari Yokohama pada 15 September sebagai pelayarannya yang kali terakhir.

Selepas dilanda taufan, kapal frigat itu musnah terbelah dua, 69 anak kapal cuba menyelamatkan diri dengan mengikuti arah rumah api Kashinozaki, yang terletak di hujung timur Kii Ōshima. Rumah api itu adalah salah satu daripada 26 yang dibina di Jepun dan di reka bentuk oleh jurutera Scotland Richard Brunton. Masih beroperasi hari ini, ia mula berkhidmat pada bulan Julai 1870 sebagai rumah api pertama Jepun yang dibina daripada batu dan yang pertama menggunakan suar berkelip.

Sesetengah mangsa yang terselamat berjaya menaiki tebing setinggi 40 meter ke rumah api, di sana mereka mencari bantuan. Ketika menyedari akan bencana itu, seluruh penduduk tempatan melancarkan gerakan mencari dan menyelamat. Mereka bekerja sepanjang malam, menyelamatkan pelayar dan pegawai yang berpaut pada batu di bawah rumah api dan mengumpulkan m4yat-m4yat yang dibawa arus ombak.

Kii Ōshima adalah rumah kepada tiga buah kampung yang terdiri daripada kira-kira 400 isi rumah. Penduduk di sana mengalami kesukaran dari segi bekalan makanan, tetapi mereka berkongsi apa saja yang mereka ada dengan murah hati bersama bangsa Turki.

Kapal Jepun dan Jerman tiba untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dengan membawa mereka ke Kobe, Maharaja Meiji dan permaisuri menghantar doktor peribadi mereka dan 13 jururawat ke Kobe untuk membantu menguruskan penjagaan mereka.

587 tujuh pelaut dan pegawai terk0rban, termasuk Laksamana Ali Osman Pasha dan kapten kapal. Berkat usaha gigih penduduk Pulau Kii Ōshima berjaya menyelamatkan 69 anggota kontinjen kapal itu.

Berita peng0rbanan mereka tiba ke Turki, di mana ia menimbulkan sentuhan sentimen pro-Jepun. Sentimen itu telah bertahan, menghidupkan dramatisasi sinematik kejadian itu di mana sebuah filem usaha sama Turki-Jepun telah ditayangkan di kedua-dua negara beberapa tahun lepas.

Walaupun pengakhiran misi itu cukup tragis, misi muhibah itu mewujudkan hubungan yang semakin dan lebih positif di antara Empayar Uthmaniyyah dengan “bintang yang semakin menyinar di Timur”.

PERANAN UTHMANIYYAH DALAM PENYEBARAN ISLAM DI JEPUN

Dua tahun kemudian, pada tahun 1892, Yamada Torajirō tiba di Istanbul. Seorang lelaki muda dan berpendidikan tinggi, beliau telah menganjurkan kempen mengumpul dana di bandar-bandar utama di Jepun demi mengumpul wang untuk ahli keluarga pelaut Uthmaniyyah yang gugur dalam tragedi kapal Ertugrul.

Tindakbalas yang diterima sangat luar biasa di mana kerajaan Jepun memerintahkan Yamada membawa secara peribadi dana terkumpul dengan jumlahnya setaraf dengan hampir USD $ 100 juta hari ini ke Istanbul.

Pertemuan antara dua ketua tertinggi negara yang dipertimbangkan pada masa itu untuk menandakan titik perubahan dalam hubungan Uthmaniyyah-Jepun, telah diadakan di Istanbul pada tahun 1887. Putera Komatsu, anak saudara Maharaja Meiji, dan isterinya melawat Sultan di Istana Yıldız sebagai sebahagian daripada jadual perjalanan mereka di seluruh Eropah.

Maharaja Meiji dilaporkan sangat gembira dengan hasil lawatan tidak rasmi itu, di mana delegasi Jepun dianugerahkan pingat oleh Empayar Uthmaniyyah dari pelbagai tangga pangkat, sebagai balasan anugerah kehormat tersebut, kerajaan Jepun menghadiahkan Sultan Abdülhamid II satu persalinan berperisai yang bernama “The Order of the Chrysanthemum” yang  dianggap sebagai darjah kehormat terbesar di Jepun.

Plat belakang pakaian itu dilengkapkan dengan frasa berikut, “bendera membawa kemenangan kepada tenter4” dan “bendera meningkatkan kemuliaan tenter4”.

Yamada turut melawat Mesir di sepanjang jalan, dan selepas menamatkan misi di Istanbul, dia memutuskan untuk menetap di sana selama 20 tahun yang akan datang, melakukan apa sahaja yang mampu dilakukannya untuk memupuk hubungan politik dan budaya Jepun-Uthmaniyyah.

Sementara itu, dunia Islam telah terpesona dengan pemimpin Yamada, iaitu Maharaja Meiji, terutamanya selepas tahun 1905, ketika orang Jepun mengalahkan Russia dalam Per4ng Russo-Jepun.

Para pemerhati Muslim melihat kejayaan kecil, yang tidak didendangkan oleh dunia ketika Jepun menghancurkan Empayar Russia yang telah mengganggu umat Islam di Asia Tengah selama beberapa generasi.

Abd al-Amīn Sāī, seorang sarjana awam di Bukhara, menyebarkan bahawa Meiji (“pādshāh-e Chāpun”) secara diam-diam telah memeluk Islam, bahawa dia adalah keturunan Arab Qahtānī, dan kemenangannya terhadap Russia bermaksud Hari Kiamat sudah dekat. Pandangan ini ditolak mentah-mentah oleh majoriti ulama ketika itu kerana ketaksuban melampau.

Penyair Uthmaniyyyah Mehmet Akif dan ahli sejarah Abdurreçid Ibrahim menyatakan kekaguman mereka terhadap pencapaian Jepun;  di Iran, Adib Pishāvari, menulis puisi epik berjudul Mukado-nāmeh sebagai puji-pujian terhadap Meiji.

Sementara ada yang mengagumi Jepun dari jauh, yang lain pula mengambil inisiatif untuk pergi terus ke Jepun. Seorang pegawai tenter4 Mesir, Ahmad Fadhli, mendaftar di akademi ketenter4an di Tokyo pada tahun 1905 dan berada di sana selama beberapa tahun, di mana dia berkahwin dengan isteri berbangsa Jepun.

Pada tahun 1907, seorang ulama Islam Mesir bernama Ali Jaljawi melawat Jepun, mungkin menghadiri persidangan mengenai agama-agama dunia yang diadakan pada masa itu di Tokyo.

Pada tahun 1909, Abd al-Rashid Ibrahim, seorang Tatar yang lahir di Empayar Rusia, melarikan diri ke Jepun mencari perlindungan daripada pihak berkuasa Russia yang memburunya kerana perjuangannya dalam gerakan kemerdekaan Tatar. Sebagai seorang lelaki alim, beliau menjadi pendakwah Islam pertama di Jepun, dan ramai masyarakat pribumi Jepun memeluk agama Islam melalui karya dan dakwahnya.

Sementara itu, orang Jepun sendiri telah mengambil beberapa inisiatif juga. Pada 1451, seorang utusan Jepun ke dinasti Ming di China telah bertemu dengan delegasi Hui (etnik Muslim China), yang menghadiahkan beliau sebanyak 20 ekor kuda. Walau bagaimanapun, ketika itu hubungan Jepun-Islam sangat perlahan dalam pembuatannya.

Hari ini, minoriti Islam di Jepun menghadapi banyak cabaran. Walau bagaimanapun, ini telah dijangka bahawa Islam tiba di “hujung dunia” mungkin agak lewat, tetapi komuniti itu sangat aktif, berkembang, dan semakin berhubung dengan umat Islam di seluruh dunia. Bagi kebanyakan bahagian lain di dunia, ketibaan Islam adalah sejarah yang jauh; manakala bagi Jepun, ia adalah sejarah dalam pembinaan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.