Kekecewaan, hal yang bukan semua orang di atas muka bumi ini mampu tempuhi. Tidak kiralah kecewa sebab apapun, daripada kekecewaan apabila pasukan bolasepak kesayangan tewas diratah musuh ketatnya hinggalah kepada kekecewaan yang terhasil daripada putus cinta atau kehilangan orang yang tersayang.
Oleh itu, terdapat individu yang menyimpan sebuah perasaan d3ndam yang mendalam setelah mengalami kekecewaan. Pendaman d3ndam yang juga kemudian membawa kepada pertumpahan d4rah orang lain.
Inilah siri j3nayah yang berlaku lebih 3 dekad yang lalu di negara kita. Seorang penj3nayah yang melakukan j3nayahnya kerana kononnya ingin membalas d3ndam atas kekecewaan yang dialaminya. Hasil daripada ‘kekecewaannya’, belasan gadis yang tidak bersalah diragut maruah mereka oleh lelaki ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang ny4wanya dicabut oleh lelaki ini.
J3nayah Lee Chow Meng
Segalanya bermula pada tahun 1985 apabila Lee Chow Meng, seorang lelaki berbangsa cina yang dikatakan mempunyai rupa paras yang menawan ini berasal dari Mentakab, Pahang. Pada asalnya, Chow Meng hanyalah seorang lelaki biasa yang baru sahaja menetap bersama dengan teman wanitanya di Kelantan.
Kisah cinta Chow Meng akhirnya terputus di tengah jalan apabila teman wanitanya itu sudah tidak dapat bertahan lagi dengan sikap Chow Meng yang suka berhibur dengan wanita-wanita lain di Negara Gajah Putih, Thailand yang juga berada hanya bersebelahan dengan negeri yang didiami mereka itu. Chow Meng yang masih menyimpan perasaan sayang yang teramat terhadap teman wanitanya itu cuba untuk menyelamatkan hubungan mereka akan tetapi usahanya itu gagal dan dia berasa kecewa lalu mengalami tekanan akibat daripada perpisahan tersebut.
Sejak daripada perpisahan itu, Chow Meng mula membenci wanita dan merasakan yang kaum wanita harus membayar semula kekecewaan yang dialaminya itu. Oleh itu, dia telah mula merancang untuk menggoda dan membalas d3ndam terhadap wanita-wanita terutamanya yang mempunyai wajah seakan-akan bekas teman wanitanya. Dia mula mencari wanita di surat-surat khabar dengan menelefon nombor-nombor telefon yang tertera pada iklan-iklan di akhbar tersebut. Modus operandinya mudah, dia akan memikat wanita-wanita yang dihubunginya dengan ayat-ayat manis yang dilontarkan dari bibirnya.
Kemudian, dia akan cuba memujuk wanita-wanita tersebut untuk keluar bersama dengannya. Di sinilah j3nayahnya bermula, Chow Meng akan memasukkan pil khayal ke dalam air mangsanya lalu membuatkan mangsa-mangsanya menurut segala apa yang dikatakan oleh Chow Meng. Chow Meng selalunya akan mengambil segala barangan berharga mangsa sebelum m3r0g0l mereka dan jika bernasib baik, mereka tidak akan dib*n*h.
Nama Chow Meng juga mulai naik hasil daripada laporan-laporan yang dibuat oleh m4ngs4-m4ngs4nya yang tidak dib*n*h. Ditambah pula dengan penemuan pihak berkuasa terhadap dua rangka m4y4t wanita secara berasingan di Selangor dan Perak juga menaikkan lagi nama Chow Meng yang sudahpun merupakan suspek utama dalam buruan pihak berkuasa. Manakan tidaknya, pihak berkuasa telah menerima banyak laporan berkenaan kegiatan j3nayahnya dan dia seharusnya diberkas untuk dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Pihak berkuasa pun mula melakukan pemburuan secara besar-besaran terhadap gerangan yang bernama Chow Meng yang begitu licik dalam mengelakkan dirinya daripada dikesan. Kelicikannya ini kemudian menjurus kepada penawaran wang berjumlah RM20,000 kepada sesiapa yang berjaya memberikan maklumat terperinci mengenai Chow Meng.
Tidak terhenti di situ, pihak berkuasa juga telah menampal puluhan ribu poster wajah Chow Meng di serata negara dalam usaha memberkas penj3nayah merbahaya ini. Malang sekali, kesemua usaha ini gagal dan kegagalan inilah yang sekali lagi membawa kepada penawaran wang yang jumlahnya begitu besar iaitu RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Chow Meng untuk dibawa ke muka pengadilan.
Penangkapan Pihak Berkuasa Terhadap Chow Meng
Tarikh 28 Ogos 1997, lebih 10 tahun daripada tahun Chow Meng memulakan kegiatan j3nayahnya. Pada tarikh tersebut, Lee Chow Meng telah mengvgut salah seorang m4ngs4 r0g0lnya untuk menyebarkan gambar b0gel m4ngs4ny4 yang diambil oleh Chow Meng sendiri.
Jika Chow Meng tidak menerima wang RM10,000 daripada wanita tersebut. Gambar itu akan tersebar. Mujur sekali wanita tersebut tidak panik dengan ugvtan daripada Chow Meng itu lalu terus ke balai polis dan membuat sebuah laporan polis berkenaan ugvtan daripada Chow Meng tersebut.
Hasil daripada laporan tersebut, Chow Meng kembali diburu pihak berkuasa semula. Lee Chow Meng akhirnya berjaya ditangkap setelah sekian lama usaha untuk menangkapnya dilaksanakan. Walaupun begitu, beliau masih ‘liat’ untuk ditangkap. Chow Meng dikatakan menyedari kehadiran pihak berkuasa dan cuba melarikan diri sebelum dit3mbak di kaki oleh pihak berkuasa.
Walaupun sudah dit3mbak, dia berjaya memasuki keretanya dan cuba untuk memandu dalam usahanya menyelamatkan diri. Mujur sekali, pihak berkuasa kita yang cekap dan mahir berjaya juga menahan Chow Meng dan membawanya ke muka pengadilan.
Di mahkamah, Lee Chow Meng hanya berjaya dibuktikan bersalah di atas satu pertuduhan sahaja di mana dia dibuktikan bersalah atas kem4ti4n seorang pendandan rambut. Dikatakan bahawa Chow Meng tidak dapat dibuktikan bersalah di atas pertuduhan-pertuduhannya yang lain kerana kekurangan bukti.
Lee Chow Meng dijatuhkan hvkuman 15 tahun p3njara di atas kesalahan tersebut. Setelah seberapa ketika dia menjalani hvkumannya, dia disahkan positif HIV dan dipindahkan ke sel berasingan di p3njara. Pada tarikh 30 Mac 2001, Chow Meng dikerahkan ke Hospital Taiping akibat masalah kesihatannya tambahan lagi dengan antibodinya yang lemah. Setelah hampir dua minggu terlantar di hospital, Lee Chow Meng pun menemui aj4lnya pada tanggal 10 April 2001.
RUJUKAN :
- Bernama TV (2016). B:File – Lee Chow Meng [VIDEO]. https://www.youtube.com/watch?v=B5WjLQBXq38
- Soscili.my (2017). PER0GOL MISTERI PALING KEJAM YANG MER0GOL 18 WANITA DALAM SETAHUN. https://soscili.my/per0gol-bersiri-malaysia-mer0gol-seramai-18-wanita-dalam-masa-setahun/
- WORLD OF BUZZ (2019). Lee Chow Meng: Malaysia’s Most Notorious Serial Rapist [VIDEO]. https://www.youtube.com/watch?v=rhpoEo7y7I0
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih