Dalam program PERMATA tu, bukannya ada jenis genius sahaja di dalamnya semata-mata.
Ada pelajarnya yang jenis prodigi, perlu dipupuk awal untuk melebihi tahap genius. Malah ada pelajar di dalam PERMATA yang tahapnya pula adalah savant dalam sesuatu bidang atau aspek khusus baik kemahiran dan intelek. Savant sebegini tidak ada asas ilmu tentang kebolehannya dan itu yang perlunya pimpinan program PERMATA.
Genius, prodigi dan savant adalah berbeza maksud dan keperluan mereka masing-masing. Sesuatu yang dipupuk dan dipastikan seiring dengan objektif asal penubuhan PERMATA.
Nama Genius merendahkan potensi dan prospek anak-anak PERMATA.
Lagi satu, uniknya nama PERMATA ini ialah ia datang dari pengaruh asal Sanskrit dalam Bahasa Melayu kuno.
Antara penggunaan terawal perkataan permata ialah Pujangga Kautilya dalam kitabnya, Vayu Puraṇa menjelaskan bahawa;
“…raja telah diberikan kuasa melalui tujuh permata (sapta ratna) chakravartin sebagai lambang kedaulatan. Tujuh permata tersebut disimbolkan melalui objek yang suci…” (Nilakanta Sastri, 1978, p. 131 – 132)
Perkataan permata banyak sekali digunakan dalam manuskrip awal hikayat-hikayat Melayu, malah perkataan permata itu sendiri ada nilai intrinsik yang gambarannya sangat indah dan mendalam, seperti contohnya di dalam Hikayat Hang Tuah sendiri ada menggunakan perkataan permata seperti berikut;
“…ke darat maka Raden Wira Nantaja pun naik gajah berangka emas berpermata. Maka anak Patih yang bernama Kuda Wihan naik…”
Hikayat Isma Yatim mengaplikasikan perkataan permata bagi menggambarkan batu manikam ajaib seperti berikut;
“…sebuah daripada permata itu jika diletakkan di atas talam nescaya keluar dua ekor merak yang pandai berpantun dan berseloka; sebuah lagi permata itu jika diletakkan di atas geta keemasan akan keluar seorang puteri yang amat cantik parasnya. Dengan kebijaksanaan Isma Yatim, akhirnya puteri yang bernama Ratna Kendi Maheran Langkawi dari permata Nila Kendi itu menjadi isteri raja…”
Manakala Hikayat Sang Boma pula sekali lagi menggambarkan tempat letak permata tinggi di atas kenaikan gajah diraja;
“…sampai ke luar, segera naik ke atas gajahnya berangka emas ditatah dengan permata manikam, maka baginda pun lalu…”
Malah di dalam Hikayat Inderaputera digambarkan bagaimana watak utamanya menguasai hikmat Bukit Permata yang sangat ‘merdu’ bunyinya seperti berikut:
“…seketika lagi bukit permata itu pun berdengung-dengunglah seperti bunyi buluh perindu, terlalulah indah bunyinya itu. Maka Indraputera pun duduk seketika, maka ia pun segeralah berjalan daripada itu. Sebermula jikalau lain daripada Indraputera nescaya tinggallah ia di sana dengan sebab bunyinya itu, demikianlah adanya…”
Sesungguhnya, nama PERMATA ada nilai tersendiri, unik seperti pelajarnya juga, malah mengangkat martabat Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara, telah digunakan sejak seawal manuskrip Melayu ditulis sekitar 1500-1700an lagi.
Namun, ‘genius’ juga memang dari Bahasa Melayu. Pasti ada penjelasan tersendiri yang relevan. Tapi entahlah, mungkin dek kerana ia terbitan pinjaman dari Latin dan Bahasa Inggeris maka ia lebih gah dan lebih moden bunyinya sesuai dengan Malaysia Baharu.
Atau mungkin dengan hakikat mahu menghapus air tangan DS Rosmah Mansor dan keinginan memuncak mahu menghapuskan pengaruh kerajaan lalu maka PERMATA mesti diangkat menjadi Genius.
Tapi apa ada hal, setakat nama sahaja, bukannya mampu untuk ubah apa-apa pun.
Ya, takkan mampu ubah apa-apa.
*Gambar adalah dari British Library, UK, helaian dari Hikayat Isma Yatim, ditulis sebagai “Malay ‘Eye Candy’, one of the most illuminated Malay manuscript”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih