Dicatatkan bahawa terdapat sebuah kerajaan Purba pernah memerintah Jepun ketika zaman purba Jepun dahulu, kira-kira dalam sekitar abad ke-3 Masihi. Kerajaan tersebut dikenali dalam rekod-rekod sejarah sebagai Yamataikoku dan lokasinya dipercayai terletak di Okinawa, Jepun. Namun, lokasi seperti Kyushu yang terletak di Selatan Jepun dan juga Provinsi Yamato juga dikira sebagai lokasi kerajaan Yamataikoku. Selama 200 tahun, lokasi kerajaan purba Jepun ini masih didebatkan keberadaannya sehingga ke hari ini. Namun, disebalik misteri lokasinya, semua sejarawan sepakat tentang kewujudan seorang permaisuri yang pernah memerintah kerajaan ini yang dikenali sebagai Himiko dalam helaian sejarah. Nama lain yang turut popular pada batang tubuh permaisuri ini ialah Pimiku.

Sebenarnya, rekod yang banyak menceritakan tentang Himiko ialah daripada negara China sendiri sebab ketika era itu, Jepun masih belum mempunyai rekod sejarah yang mendalam, dan nama Himiko pula dipadam oleh sejarawan abad ke-8 dan ke-9 Masihi dek kerana cemburu dengan kegemilangan yang dicapai oleh Himiko dan pengaruh budaya patriaki daripada China itu sendiri.

China melalui buku The History Of The Kingdom Of Wei (Wei Zhi) yang merupakan sumber bertulis pertama tentang sejarah Jepun mencatatkan tentang Tanah Wa (nama Jepun merujuk kepada Jepun) Di dalam bab khusus bertajuk “Catatan Orang Gasar Timur” (China merujuk setiap bangsa luar sebagai orang gasar), di mana terdapat catatan khusus tentang Permaisuri Himiko di dalamnya. Tidak lupa juga manuskrip tertua Korea yang masih selamat sehingga ke hari ini iaitu Catatan Sejarah Tiga Kerajaan yang bertarikh 1145 Masihi turut menceritakan tentang kewujudan Himiko dalam helaian sejarah.

Kononnya ketika era abad kedua Masihi dahulu di Jepun, Kepulauan yang terletak di Timur China iaitu Jepun sendiri telah mengalami kekacauan politik yang dasyat dan perpecahan. Sehinggalah pada 190 Masihi apabila seorang bomoh wanita yang tidak berkahwin dipilih untuk memimpin orang-orangnya. Dan mulai saat itu, sekurang-kurangnya 100 buah negeri di Jepun yang bertelagah pada ketika itu telah menyatakan taat setia mereka kepada Permasuri Himiko. Dikatakan bahawa ketika era pemerintahan Himiko, kawasan yang dipimpinnya mengalami keamanan selama sekitar 50-60 tahun lamanya.

Bukan itu sahaja, tentunya yang diingati tentang Himiko ialah selain daripada dasar luar Himiko yang telah mencatatkan Jepun di mata dunia apabila menghantar legasi ke Kerajaan Wei China ketika itu sehingga mendapat pengiktirafan “Permsiuri Wa Yang Mesra Dengan Wei”, sehingga menerima mohor emas yang mahal dan juga 100 buah cermin gangsa (cermin merupakan lambang status seseorang), Himiko juga terkenal kerana dia dikatakan dilayan oleh 1000 orang dayang-dayang di dalam istana, sambil Himiko sendiri menjadikan abangnya sebagai medan perantaraan antaraRatu Himiko dengan rakyat Jepun ketika itu.

Catatan China iaitu Wei Zhi menyebut seperti berikut:

“…para rakyat bersetuju untuk mengangkat seorang wanita sebagai pemerintah mereka,. Namanya ialah Himiko. Dia melengkapi dirinya dengan ilmu hitam dan menyihirkan rakyatnya. Walaupun sudah meningkat usianya, Himiko kekal tidak berkahwin. Dia mempunyai adiknya yang lebih muda yang membantunya dalam pentadbiran. Selepas dia menjadi pemerintah, hanya beberapa orang sahaja pernah melihatnya. Dia mempunyai seribu orang dayang, tetapi hanya seorang sahaja pelayan. Lelaki itu akan menyediakan makanan, dan menjadi medium komunikasi, Himiko tinggal di dalam sebuah isyana yang dikelilingi oleh tembok dan Menara, sambil dijaga oleh beberapa orang pegawal yang bersenjata memandangkan keadaan negara yang sentiasa bergolak.”

Catatan lain Wei Zhi pula menyebut seperti berikut:

“Dengan ini kami memanggil Himiko, Permaisuri Tanah Wa (nama China untuk Jepun), yang dengan rasminya kami memanggil baginda sebagai sahabat Wei. Utusan Wa sudah tiba ke negara kami dengan membawa hadiah berupa empat orang hamba lelaki dan enam orang hamba perempuan, berama dengan dua buah pakaian yang sepanjang 20 kaki. Kamu tinggal sangat jauh merentasi laut, tetapi walaupun sedemikian, kamu tetap menghantar utusan ke sini. Kesanggupan anda amat kami hargai. Dengan ini, kami memberikan nama “Permaisuri Tanah Wa Yang Mesra Dengan Wei.” Kami menjangkakan kamu wahai permaisuri, memimpin orang-orang kamu dengan aman dan saksama.”

Selain menjalankan hubungan dengan China dan Dinasti Wei, Himiko juga menghantar utusan ke kerajaan Korea bernama Silla dan Raja Adalla. Baginda menaiki takhta 189 Masihi dan mangkat pada 248 Masihi, dan memerintah kerajaan Yamatai selama 59 Tahun. Dikatakan ketika kemangkatannya, Himiko ditanam bersama dengan 100 orang hamba untuk menemaninya dalam kehidupan selepas mati.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply