Permainan papan batu berusia 4,000 tahun telah ditemui di sebuah lokasi penempatan era Zaman Gangsa dan Zaman Besi di Oman. Jangan keliru, walaupun ia diperbuat daripada batu namun ia dipanggil sebagai ‘permainan papan’ kerana konsep permainan yang mendatar.
Selain itu menara batu turut ditemui disitu dan ini membuktikan aktiviti perdagangan Zaman Gangsa telah berlaku di kawasan yang sama, di mana penemuan ini menjadi bukti dan tanda kedudukan perdagangan prasejarah dan pusat ekonomi.
Tinjauan arkeologi sebelum ini telah mengenal pasti beberapa tapak perkhemahan prasejarah, perkuburan, penempatan dan struktur menara dalam kawasan berhampiran perkampungan Ayn Bani Saidah, Oman.
Sepasukan ahli arkeologi yang menggali di tapak penempatan awal Zaman Gangsa baru-baru ini telah membentangkan set penemuan baharu termasuk permainan papan berusia 4,000 tahun yang dianggap telah menjadi tumpuan dalam mesyuarat ‘copper traders’ meetings’
Permainan Papan Batu Ditemui Di Sudut Terpencil
Para penyelidik diketuai bersama oleh Prof. Piotr Bieliński dari Pusat Arkeologi Mediterranean Poland (CAŚ), dengan beberapa orang saintis dari Universiti Warsaw serta Dr. Sultan al-Bakri dari Kementerian Oman.
Artikel yang diterbitkan oleh PCMA menjelaskan bahawa penggalian baru-baru ini dilakukan di salah satu sudut yang paling kurang ambil perhatian di Oman, seperti di banjaran Hajar. Selain lokasinya yang terletak secara strategik di persimpangan laluan yang menghubungkan tapak arkeologi Bat di Selatan, Buraimi dan Al-Ayn di Utara dan pantai Sohar di bahagian Timur.”
Bermain Dengan “Ibu Api”
Penggalian di tapak penempatan dijalankan di kawasan arkeologi yang terletak berhampiran Umm an-Nar (Ibu Api), iaitu sebuah tapak arkeologi Zaman Gangsa yang wujud sekitar 3300-1200 SM. Beberapa objek tembaga turut ditemui di tapak berkenaan namun yang lebih penting, bukti pemprosesan tembaga juga ditemui. Ini bermakna penempatan itu terlibat dalam perdagangan tembaga yang menguntungkan.
Penemuan paling menarik di tapak itu ialah permainan papan batu yang ditandakan pada permukaan tanah atau batu dan membuat lubang sebesar cawan.
Menariknya permainan ini hampir serupa dengan permainan purba yang ditemui di India, zaman Mesopotamia bahkan merentasi lautan Mediterranean Timur.
Dalam lipatan sejarah ketamadunan manusia, permainan ‘firesides’ pada mulanya dimainkan dengan menggunakan cengkerang, batu, kayu dan tulang.
Permainan berpapan kadangkala digunakan bagi tujuan ramalan. Cuma permainan tradisional yang ditemui di Oman agak rumit untuk dijelaskan kegunaan lainnya.
Asal-usul Permainan Papan Purba
Bukti lain permainan papan purba turut dijumpai di Turki, Syria dan Iraq. permainan jenis ini begitu popular di zaman purba dan ini boleh dijelaskan bahawa permainan papan sering diberikan sebagai hadiah diplomatik yang berharga.
Memiliki permainan papan adalah simbol status yang menandakan kekayaan. Tambahan pula, susun atur papan geometri sangat luar biasa, dan kerana betapa pentingnya permainan ini sehingga ia sering dijumpai di dalam kubur sebab ia dilihat sebagai alat penting di akhirat.
Tamadun-tamadun lain turut mempunyai permainan papan sendiri termasuklah tamadun Mesir purba dengan permainan Senet mereka yang bermula pada zaman Hesy-Ra, dan ia merupakan salah satu permainan papan tertua mengikut rekod sejarah.
Manakala permainan catur dipercayai berasal dari permainan India iaitu Chaturanga, permainan yang digambarkan dalam teks abad ketujuh Masihi sebagai permainan simulasi pertempuran antara empat formasi tempur tentera India.
Faedah Permainan Berpapan
Permainan papan atau board game yang baru ditemui di Oman adalah serupa dengan konsep reka bentuk permainan Chaturanga /catur.
Bermain permainan ‘board game’ bukan sahaja merangsang otak daripada perkembangan ingatan dan menguatkan proses pemikiran kompleks.Pemain dapat membangunkan kemahiran kognitif penting seperti membuat keputusan, pemikiran strategik dan penyelesaian masalah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih