Perlembagaan Melayu sebelum Kedatangan British. Apabila Raja Iskandar membuka Melaka, baginda mendirikan perlembagaan Melaka atau dinamakan juga istiadat negeri:
“Ialah yang pertama baginda berbuat menteri yang empat orang duduk di balai akan mengacarai dan berbuat, bentara berdiri di tapakan, empat puluh sebelah, akan menyampaikan barang suatu titah raja dan membuat segala anak tuan-tuan akan biduanda kecil, pekerjaannya akan membawa segala alat raja.”
Menurut Hood Philip & Jackson, perlembagaan itu:
“The system of laws, customs and conventions which define the composition and powers of organs of the state, and regulate the relations of the various state organs to one another and to the private citizen.”
Bermula di bawah sepohon pokok di Sungai Bertam, peluasan jajahan Kerajaan Melayu Melaka dikatakan berlaku sejak pemerintahan Megat Iskandar Shah, Raja Melaka yang kedua. Apabila Raja Melaka menganut Islam, sistem politik menerima pengaruh ajaran Islam yang meletakkan kedudukan seorang raja pada posisi lebih kukuh. Raja dijunjung kerana baginda dianggap bayangan Allah SWT di atas muka bumi.
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444) yang terkenal dengan keadilan, negeri Melaka bertambah besar, jajahan Melaka semakin meluas, arah Barat hingga Beruas Ujung Karang, arah ke Timur hingga Terengganu. Sultan Muhammad Shah dikatakan mengemaskini adat istiadat negeri dan menitahkan Hukum Kanun Melaka. Baginda juga membangunkan struktur politik Kesultanan Melayu Melaka sehingga terkenal sebagai sebuah kerajaan berdaulat.
Menurut Abdul Aziz Bari:
“The state administration system and constitutionalism were already in place when the British set foot on the Peninsula in the late 18th Century. One evidence is the 15th Century Sultanate of Malacca’s constitutional document, the Malacca Code or Kanun Undang-undang Malacca.”
Perhatikan itu, sebelum British menjejakkan kaki ke Tanah Melayu, telah pun ada sistem pentadbiran dan perlembagaan yang dicipta oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Malah belum dikira lagi undang-undang yang digunapakai sejak zaman Kedatuan Srivijaya yang menjadi empayar maritim terkenal satu dunia.
Kalau anda berminat nak baca topik sejarah Melayu seperti ini, beli buku kami, KITAB TAMADUN MELAYU di Shopee. Ada diskaun 20 peratus. Klik pautan ini untuk pembelian: https://bit.ly/3yv9D0N
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih