Sejarah Tamadun Rom penuh dengan da.r.ah terutama pembu.nu.han bayi. Malah, dua bersaudara yang menjadi pengasas tamadun itu iaitu Romulus dan Remus hampir-hampir menjadi mangsa bu.n.uh bayi oleh ibu mereka Rhea Silvia atas arahan raja ketika itu, Amulius. Justeru, usah terkejut jika amalan ini dikesan bukan saja di Itali (pusat kekuasaan Rom) tetapi kawasan jajahannya seperti Britannia (Britain moden).

Ini berdasarkan penemuan lebih 100 rangka bayi oleh ahli arkeologi Arthur Cocks di Yewden Villa, berhampiran Hambleden, Buckinghamshire kira-kira 100 tahun lalu. Siasatan pasukan pakar dari English Heritage mendapati rangka-rangka ini merupakan rangka bayi baru lahir. Dan ini mendorong mereka membuat kesimpulan mengejut: bayi-bayi ini merupakan anak-anak golongan pelacur Rom-Britannia!

Rajah 1: Kawasan Yewden Villa berhampiran Hambleden, Buckinghamshire yang diekskavasi oleh Arthur Cocks dan pasukannya pada 1912. Lokasi ini ditemui semula oleh pasukan pakar English Heritage dengan kajian baru sedang dijalankan di situ. Sumber: BBC / 360 Production / Buckinghamshire County Museum

Pemeriksaan pada setiap rangka mendapati kesemua bayi ini tidak meninggal dunia akibat penyakit. Wujud kemungkinan bayi-bayi ini bukan saja anak kepada pelacur tetapi tahanan pe.ra.ng dan buruh. Amalan ini bukan asing dalam kalangan orang Rom kerana bayi belum dianggap sebagai manusia sepenuhnya.

Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak tetapi enggan menerima mereka, mereka melaksanakan amalan yang dipanggil ‘pendedahan’. Pendedahan di sini ialah meninggalkan anak kecil tak berdosa di kawasan hutan atau tepi sungai agar ia diselamatkan oleh sesiapa atau dibiarkan ma.ti. Amalan sama juga yang dibuat oleh Rhea Silvia terhadap Romulus dan Remus selepas Amulius bimbang dua putera Dewa Mars itu akan menyingkirkannya daripada takhta.

Rajah 2: Contoh rangka bayi yang ditemui oleh Arthur Cocks pada 1912. Sumber: English Heritage.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada bayi-bayi di Hambleden ini? Petunjuk boleh didapati menerusi penemuan 60 buah stilus (alat menulis Rom yang diperbuat daripada besi). Ada pakar arkeologi percaya Hambleden merupakan pusat pengumpulan rekod untuk tanaman yang ditanam sekitar kawasan tersebut. Dari situ, tanaman-tanaman ini dituai dan dieksport sebagai bahan makanan untuk legion Rom yang berpangkalan di tebing-tebing Sungai Rhine di Germania (Jerman moden).

Tidak mustahil sesetengah bayi ini meninggal dunia akibat penyakit biasa atau akibat pembu.nu.han bayi yang diatur oleh ibu-ibu mereka. Contohnya, sesetengah bayi yang dilahirkan dalam keadaan cacat dianggap mudah terdedah kepada ba.ha.ya. Lantas, langkah terbaik bagi ibu-ibu mereka ialah menamatkan riwayat bayi yang dikasihi.

Ada juga pakar arkeologi percaya Hambleden turut mempunyai rumah pela.cu.ran seperti di Rom dengan golongan ini memuaskan pelanggan-pelanggan mereka. Bayi yang lahir daripada hubungan ini tidak dapat dibesarkan oleh sesiapa. Lantas, perkara terbaik ialah membu.n.uh mereka. Wujud juga teori bayi-bayi ini diko.rb.ankan untuk ritual tertentu Rom.

RUJUKAN

Pandey, S. (2021, 15 November). Does Roman DITAPIS Explain the Mass Infant Burial Discovered in England?. Ancient-Origins.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.