Selepas dua tahun membuat ekskavasi di Yinxu, Anyang, sekumpulan ahli arkeologi dari Institut Arkeologi dan Relik Kebudayaan Anyang telah menemui perkuburan lama era Dinasti Shang/Yin yang berusia 3,000 tahun. Ia merupakan satu penemuan yang luar biasa kerana dinasti ini merupakan dinasti pemerintah terawal China. Dinasti ini dikenali kerana memperkenalkan pelbagai inovasi dalam pelbagai bidang seperti ketenteraan, matematik dan astronomi.
Yinxu merupakan ibu kota Dinasti Shang yang diasaskan oleh pemerintah ke-20 dinasti itu, Pan Geng pada 1300 SM. Memandangkan ia digunakan sebagai ibu kota kerajaan selama 255 tahun, tinggalan istana dan kuil diraja merupakan hadiah terbaik bagi komuniti arkeologi China. Kawasan perkuburan yang ditemui beberapa hari lepas milik sebuah puak bernama Ce.
Para pengkaji berpandangan sedemikian selepas melihat banyak artifak mengandungi inskripsi Ce yang masih utuh dan diperbuat daripada batu, jed dan gangsa. Selain itu, mereka turut menemui 18 buah tapak bangunan, 24 buah makam, empat lubang kuda dan kereta kuda. Ketika ini, mereka sedang berusaha mengenalpasti kaitan status sosial puak Ce. Ini termasuk pembahagian pekerja dan hubungan dengan Dinasti Shang.
Pengarah institut Kong Deming melihat kebanyakan artifak yang ditemui di situ sebagai jarang dan bernilai. Ini berikutan penemuan pelbagai perhiasan mewah pada rangka pahlawan dan kuda yang ditanam di situ. Ini termasuk topi pahlawan yang dihias dengan ikatan-ikatan cangkerang dan venier emas dan pelapik gangsa pada sesetengah rangka kuda. Dengan artifak sebegini, ia menunjukkan taraf kekayaan dan kedudukan sosial pemiliknya ketika itu.
Penemuan artifak-artifak ini bukan sekadar menunjukkan pencapaian hebat Dinasti Shang dalam bidang ketenteraan. Malah, ia turut menonjolkan sebab kerajaan ini terkenal iaitu suka berperang secara berterusan. Benar, kereta kuda terawal China dikatakan diperkenalkan pada 1200 SM oleh Wu Ding. Tetapi dengan penemuan di Yinxu ini, ia memberi peluang kepada komuniti arkeologi mempelajari lebih lanjut tentang keupayaan versi awal kereta kebal di medan peperangan.
RUJUKAN
Cowie, A. (2022, 7 Januari). Unique Bronze Age Clan Cemetery Excavated in Anyang, China. Ancient-Origins.
Xinhua. (2022, 6 Januari). 3,000-year-old clan cemetery uncovered in central China. The Star.
Sumber gambar: Institut Arkeologi dan Relik Kebudayaan Anyang/Xinhua
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih