Persepakatan dan silaturahim dalam kalangan altepetl telah membangkitkan sebuah tamadun yang tidak lekang dek masa.

Asalnya bersendirian secara berzaman, bandar-bandar berdaulat dalam kalangan suku asli Mexico bersatu sampai terjalinkan sebuah konfederasi dan kemudian empayar.

Kesan ditinggalkan Aztec wajar dibincangkan, kerana legasi yang masih wujud. Asal-usul bangsa Aztec walau bagaimanapun masih lagi dalam bentuk lagenda, bahawa mereka berasal daripada tanah air bernama Aztlan.

Tiada siapa tahu lokasi sebenar Aztlan, kecuali mungkin pertengahan Mexico.

Tetapi semua orang tahu bahawa suku ini membangunkan sebuah kota bernama Tenochtitlan.

Apa yang mungkin tidak tahu ialah – kota ini dibangunkan atas perintah daripada dewa Huitzilopochtli yang mewahyukan penyembahan pep3r4ngan, matahari dan peng0rb4nan manusia. Inilah dewa rasmi negara Tenochtitlan bagi bangsa Aztec.

Rekaan dewa yang dianuti Aztec.

Wahyu Huitzilopochtli kepada suku tempatan berbunyi mudah: cari sebuah tempat yang seekor helang gergasi sedang mem4k4n ular di atas sebuah pokok kaktus. Dan mereka menemui tempat tersebut pada tahun 1325.

Tetapi Tenochtitlan terpaksa membayar ufti kepada Azcapotzalco dulu (Jarus, 2017). Tidak lama kemudian, Tenochtitlan menjadi kuasa dominan sebagai bandar paling berkuasa rantau.

Populasinya mencanak antara 200,000 hingga 400,000 orang, hampir sama seperti Konstantinopel, Paris dan Venice (Aguilar-Moreno, 2007) dan lima kali ganda lebih ramai daripada London sendiri.

Bayangan kota hebat yang menguasai rantau.

Tenochtitlan kemudian membentuk persekutuan bersama kota-kota Texcoco dan Tlacopan untuk menguasai rantau dan berkongsi ufti. Kemahiran diplomasi dan kesinambungan pertanian membolehkan Aztec mekar.

Mereka pula menggunakan kedua-dua jenis calendar yang mengandungi 260 hari dan juga 365 hari setahun untuk memenuhi kehendak agama dan musim.

Kehebatan sebegini tentu sekali bermakna Aztec mempunyai kelengkapan dari segi peralatan. Suku ini sudah hidup sejak Zaman Gangsa lagi.

Ribuan tahun mereka hidup tanpa logam, dengan cara mendapatkan andesite dan obsidian – kedua-duanya batu diperolehi daripada gunung berapi, untuk dijadikan alat mem0t0ng.

Tetapi kemahiran peralatan Aztec tidak terhenti di situ sahaja. Sebaik-baik dalam berp3r4ng (walaupun tewas pada tangan Sepanyol), mereka juga pandai meny3r4ng secara psikologi.

Meruntuhkan jiwa mvsvh sebelum hayunan p3d4ng dan layangan p4n4h pertama sememangnya baik dalam pep3r4ngan – dan Aztec mempunyai satu alat khusus untuk perkara ini.

Memperkenalkan wisel bangsa Aztec yang ditemui dalam sebuah kuil dewa angin Ehecatl.

Ia mungkin kelihatan macam sebuah curut berhias. Tetapi kegunaannya bukan untuk menghisap. Sebaliknya, ia harus ditiup… dan bunyi yang keluar pula 100 peratus seperti lolongan manusia.

Inilah sebuah wisel yang mengeluarkan bunyi jeritan. Jika 100 orang meniup wisel ini di dalam teduhan pokok, sesiapa sahaja yang berada di kawasan akan terdengar seolah-olah 100 orang sedang menjerit seperti sedang dis1ks4.

Selalunya wisel ini digunakan semasa majlis rasmi atau pert3mpur4n.

Kalau dalam majlis rasmi, ia ditiup sebelum m4ngs4 dibvnvh untuk membantu peralihan rohnya ke alam lain.

Bunyi wisel ini boleh didengari dalam video ini:

Mungkin disebabkan itulah Aztec pernah bangkit menjadi kuasa yang gemilang di Mexico.

Sesiapa yang pandai bermain psikologi sebenarnya memenangi sebuah pert3mpur4n sebelum permulaan lagi.

Setiap kemenangan akan menyebarkan pengaruh untuk digeruni mvsvh.

Orang zaman dulu pula sangat terkenal menokok tambah suatu cerita, dan semua boleh bayang bagaimana wisel ini meruntun jiwa semua yang menentang Aztec dulu.

RUJUKAN:

Aguilar-Moreno, M. (2007). Handbook to Life in Aztec World. Oxford University Press. Halaman 218.

Jarus, O. (2017, Jun 15). Tenochtitlán: History of Aztec Capital. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.