Dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih belum reda, ramai pasangan yang mahu berkahwin terpaksa mengubah rancangan mereka. Ada yang berkahwin dengan bilangan tetamu kecil atau membenarkan tetamu menonton upacara melalui Skype atau Zoom. Tetapi Traci dan Dave Gagnon, mereka mencipta sejarah sebagai pasangan pertama berkahwin di mayaloka (metaverse) dengan hiasan dan tetamu maya.

Perkahwinan sebegini bukan perkara baru di mayaloka. Tetapi pada September lepas, ia dianggap bersejarah kerana Traci dan Dave berkahwin secara serentak di dunia sebenar dan mayaloka. Ia direalisasikan oleh Virbela, sebuah syarikat pengurusan acara maya. Kedua-duanya mengetahui syarikat tersebut kerana Virbela merupakan anak syarikat kepada syarikat tempat mereka bekerja eXp World Holdings.

Menurut satu laporan New York Times, pasangan ini bertemu dalam sebuah acara korporat di Las Vegas pada 2015. Menariknya, acara tersebut diadakan secara maya dengan hadirin hadir melalui avatar mereka. Justeru, bila Traci dan Dave mahu melangsungkan pertunangan, rakan-rakan mereka mengesyorkan acara perkahwinan maya juga patut diadakan dengan kos perkahwinan tersebut adalah percuma.

Bagi memastikan perkahwinan mereka berjalan lancar, semua aspek dibuat dengan teliti baik di dunia sebenar mahupun maya. Setiap perincian dari pakaian pengantin hinggalah hiasan untuk dewan perkahwinan mestilah serupa bagi menjayakan majlis hibrid. Traci dan Dave berkahwin di Atkinson Resort & Country Club di New Hampshire dan bertuah kerana acara perkahwinan mereka ditanggung oleh Virbella.

Walaupun syarikat tidak mendedahkan kos sebenar perkahwinan sebegini, ia boleh saja mencecah puluhan ribu dolar bergantung kepada permintaan klien. Silap haribulan, lebih mahal daripada perkahwinan dunia sebenar! Tetapi ia turut memperluas pelbagai kemungkinan seperti pemilihan lokasi perkahwinan yang eksotik dan romantik serta hadiah untuk pasangan mempelai.

Paling penting, ia secara tidak langsung menghentikan cakap-cakap belakang tetamu yang menghadiri perkahwinan sebegini. Ini kerana tetamu wajib memuat turun sebuah perisian program dan mencipta avatar mereka sendiri, satu perkara yang masih tidak boleh diakses oleh semua orang.

RUJUKAN

AFP. (2021, 14 Disember). Is this the first (real) wedding to take place in the metaverse?.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.