Perak, seperti namanya negerinya juga kaya dengan sumber perak. Namun, satu ketika dahulu berlakunya Perjanjian Pangkor yang menggugat kedaulatan dan menjadi punca masuknya orang-orang putih ke dalam pentadbiran negeri Perak.
Kita seringkali dimomokkan dari zaman sekolah lagi yang Perjanjian Pangkor berlaku kerana isu perwarisan takhta antara Raja Abdullah dan Raja Ismail setelah kemangkatan Sultan Ali. Tapi sebenarnya ianya sangat tidak tepat sama sekali.
Orang Melayu pun tak terlibat dalam Perang Larut antara puak kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San.
Yang menjadi dalang kepada berlakunya Perjanjian Pangkor ialah Tan Kim Cheng dan W.H. Read. Diorang merasuah Raja Abdullah. Diorang juga yang menulis surat untuk British dan menggunakan cop Raja Abdullah yang buta huruf.
Muslihat ni berlaku atas alasan untuk menjaga kepentingan British di Perak.
Perjanjian ni hanya diadakan untuk selesaikan konflik Perang Larut dan orang Cina sahaja. Hal ni dirancang oleh kapitalis Eropah-Cina sejak awal lagi.
Kerajaan Perak tak terlibat secara langsung dalam Perjanjian Pangkor. Tak ada wakil kerajaan Perak yang hadir melainkan Menteri Larut, Ngah Ibrahim.
Itu pun Ngah Ibrahim diheret tanpa kerelaan beliau sendiri oleh tentera British yang diselia oleh Frank Swettenham.
Kerajaan Perak dipaksa bersetuju walaupun diorang tak iktiraf perjanjian ni. Rakyat dan pembesar pun tak iktiraf kedudukan Raja Abdullah yang jadi sultan sebab tak ikut adat resam Perak.
Raja Abdullah sendiri pun tak setuju dilantik cara macam ni. Baginda dijadikan raja boneka kapitalis Eropah-Cina yang nakkan harta kekayaan negeri Perak.
Sebenarnya memang tak berlaku pun perebutan takhta seperti yang digembar-gemburkan mengikut catatan sejarah British.
British, suka buat perjanjian satu pihak yang menguntungkan diri sendiri walaupun di tanah orang lain.
Bukan setakat Perjanjian Pangkor, malah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dan perjanjian-perjanjian lain yang mengumpan sultan-sultan negeri-negeri Melayu sekali.
Namun apabila James W.W. Birch, “First British Resident in Perak” masuk pejabat pada 4 November 1874, dia betul-betul buat orang Melayu naik angin.
Pungutan cukai dan zakat jadi isu paling besar selepas kedatangan J.W.W. Birch.
Sebelum ni, bidangkuasa pungutan ada pada tangan Imam Paduka Tuan. Tapi Birch adakan peraturan baharu yang bercanggah dengan adat.
Birch siap guna kuasa polis untuk takutkan orang ramai. Pihak Sultan semakin murka dan mula bincang untuk bunuh Birch bermula Julai 1875 lagi.
Gerakan ni terdiri daripada pejuang-pejuang seperti Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Sepuntum, Pandak Endut, Mohamed Amin, Ngah Ibrahim dan Ngah Jabor.
Sedang elok Birch tengah mandi di tepi Sungai Perak di Pasir Salak, tiba-tiba kulitnya terkoyak apabila dilembing.
Turut terbunuh adalah kerana Birch iaitu Mat Arshad, yang tumbang kerana serangan Pak Endut.
Malah Endut dikatakan orang pertama yang membaling lembing ke arah bot permandian Birch, diikuti Kulup Ali, Ngah Jabor dan Panjang Bur.
Birch terpelanting ke dalam sungai dan kemudian ditikam Se Tuah sebelum ditetak Sepuntum pula.
Mayat Birch ditemui 182 meter daripada lokasi kejadian.
Pembunuhan Birch menyebabkan pejuang-pejuang Perak diburu dengan tawaran hadiah $9,000. Diorang nak Dato Maharajalela.
Beliau ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati dalam sebuah mahkamah dipengerusikan Sultan Idris I.
Sultan Abdullah yang discam dari mula sebelum berlakunya Perjanjian Pangkor lagi akhirnya dituduh bersekongkol dalam pembunuhan lalu dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
Oleh: Azizul Farhan
___
Dah bersepah orang cakap Hummus tu pencetus keganasan. Jadi kami nak tunjuk bukti yang melawan penjajahan bukannya menjadi sebuah kesalahan.
Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply