Pertama sekali, saya menyambut baik tindakan kerajaan untuk meneruskan ECRL dengan perubahan skop. Walaupun perubahan tersebut adalah merugikan, tetapi ia lebih baik daripada membatalkan projek ini sepertimana pengumuman sebelumnya.

Namun, apakah kerugian perubahan skop ini? Apabila laluan ECRL tidak lagi melalui Gombak Utara, ia akan menghalang proses ‘reverse migration’ daripada berlaku. Laporan Bank Dunia pada 2014 menunjukkan bahawa negara kehilangan RM20bilion setahun atau RM54 juta sehari kesan daripada kesesakan jalan raya di Lembah Klang sahaja. Kewujudan laluan ECRL dan stesen di Gombak Utara akan mengurangkan kerugian kesesakan, membolehkan pekerja di Lembah Klang bermigrasi keluar dan menetap di kawasan seperti Mentakab dalam keadaan masih bekerja di ibu negara.

Apabila berlakunya ‘reverse migration’, pendapatan purata penduduk di kawasan pedalaman akan meningkat dan menyebabkan kewujudan perniagaan baru / pembangunan seperti shopping complex di kawasan tersebut. Ia tidak lagi boleh berlaku. Perjalanan Mentakab – KL selepas perubahan laluan akan melebihi 3 jam kerana terpaksa melalui Jelebu dan Putrajaya sebelum bertukar dengan pengangkutan darat lain untuk ke ibu negara. Ia menjadikan pilihan tinggal di kawasan tersebut sebagai tidak lagi ekonomi sepertimana cadangan laluan asal.

Pembatalan stesen-stesen ECRL terutama di Pengkalan Kubor, Jelawat (Kelantan) dan Setiu (Terengganu) akan menyebabkan kawasan-kawasan belum membangun ini tidak lagi dapat menikmati kesan berantai projek (ripple effect). Ini kerana pembangunan hanya akan berlegar di sekeliling stesen dan bukannya di sepanjang jajaran rail kereta api.

Terengganu dan Kelantan akan rugi besar. Jika peniaga bumiputera yang menguasai Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor (Kelantan) akan kehilangan manfaat pengangkutan kesan pembatalan stesen di kawasan mereka, Terengganu pula akan mengalami kesan lebih besar apabila industri silika di Setiu yang menjadi nadi baru ekonomi negeri tidak lagi akan mendapat faedah optimum daripada projek ini.

Pengurangan 3 stesen juga menyebabkan kerajaan akan kehilangan hasil daripada cukai industri, tanah dan korporat yang boleh dinikmati kesan pembangunan di sekeliling stesen ECRL.

Apabila CCCC (China) sebagai kontraktor utama bersetuju untuk menanggung 50% kos penyelenggaraan sebagai timbal balas hak 20% keuntungan bersih, ia sebenarnya menunjukkan bahawa ECRL ini sebenarnya satu perniagaan yang menguntungkan. Berbeza dengan persepsi sebelum ini.

Tarikh siap ECRL ini juga dianjakkan daripada 30 Jun 2024 kepada 31 Dis 2026. Pertambahan 30 bulan. Ia merupakan sesuatu yang merugikan kerana dalam tempoh tersebut, kerajaan akan kehilangan hak untuk memungut cukai, terpaksa menanggung kos tidak langsung kesesakan pembinaan serta risiko kehilangan momentum persaingan ekonomi dengan negara-negara jiran. Momentum ekonomi ini lebih besar nilainya daripada RM21 bilion yang ‘dijimatkan’.

Moratorium (tempoh penangguhan bayaran ansuran) juga tidak dinyatakan. Jika sekiranya tarikh mula bagi pembayaran ansuran kekal sepertimana kontrak asal, maka kerajaan hanya mempunyai masa 4 tahun setengah bagi menstabilkan kewangan ECRL berbanding 7 tahun sebelum ini. Dan dengan tempoh masa perjalanan antara KL – Kota Bharu yang melebihi 5 jam berbanding 4 jam dalam laluan asal, ECRL akan bergelut untuk mendapat keuntungan disebabkan pakej masa (time vs money) yang kurang menarik kepada penumpang persendirian.

Pengguguran Stesen Kerteh juga akan menyebabkan industri minyak dan gas tidak mendapat impak penuh dalam projek ini. Ia juga akan sedikit merencatkan pembangunan Kerteh yang masih terpaksa bergantung kepada pengangkutan konvensional darat dengan perubahan pelan ECRL.

Kenaikan kuota kontraktor tempatan daripada 30% kepada 40% juga perlu dilihat dengan lebih mendalam. Kebanyakan kos ECRL adalah daripada kerja-kerja pakar yang teknologinya tidak dimiliki kontraktor kecil tempatan.

Makanya, yang lebih berpotensi menerima manfaat adalah kontraktor besar yang sudahpun ‘establish’. Saya pohon agar MP pembangkang dapat mendesak perincian kuota ini dikemukakan di parlimen kelak dan berapa peratus kuota sebenar akan diberi kepada kontraktor bumiputera dan kelas G1.

Pemilikan ECRL juga tidak jelas. Jika sebelum ini ianya 100% milik negara, tapi kini CCCC akan mempunyai 50% saham di dalam sebuah syarikat kerjasama dengan MRL (Malaysia) bagi pengoperasian ECRL. Ini bermakna tenaga kerja juga akan datang daripada negara tersebut dan tidak lagi dikuasai sepenuhnya anak tempatan.

Tempoh milikan juga tidak jelas dan berdasarkan standard syarikat, milikan ini adalah untuk selamanya. Dan jika akan datang kerajaan mahu memiliki sepenuhnya syarikat pengoperasian tersebut (termasuk mengambil semula keuntungan 20% ECRL daripada China), bukankah kerajaan akhirnya terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi membeli saham daripada milikan CCCC?

Jadi soalannya, betul ke kita benar-benar telah berjimat RM21.5 bilion?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.