Rasanya generasi baru hari ini mesti tak tahu yang Malaysia pernah ada angkasawan yang naik ke angkasa.

 

Perkenalkan kepada anda semua, inilah Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

 

Sebelum bergelar angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar merupakan seorang pakar bedah ortopedik.

 

Dr Sheikh Muszaphar dapat peluang jadi angkasawan melalui Program Angkasawan yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Program Angkasawan ni sebenarnya ialah projek kerajaan Malaysia bersama Rusia yang terhasil lepas kerajaan beli jet pejuang Sukhoi SU-30MK untuk TUDM.

 

Perjanjian tersebut menyatakan kerajaan Rusia tanggung perbelanjaan melatih 2 rakyat Malaysia untuk perjalanan ke angkasa lepas dan seorang daripada mereka akan terpilih untuk dihantar ke International Space Station (ISS).

 

Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) bertanggungjawab untuk memilih calon yang layak untuk program ini. Calon-calon yang disenaraikan akan menjalani Program Latihan Kosmonaut di Star City, Rusia selama 18 bulan.

 

Pemilihan angkasawan ni melibatkan ramai peserta dari pelbagai latar belakang. Lepas melalui saringan ketat, 4 calon akhir dipilih untuk dua slot individu yang akan berlatih di Star City selama 18 bulan.

 

Setelah mesyuarat jawatankuasa, dua nama dipilih iaitu Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Faiz Khaleed. Mereka berdua menjalani latihan di Star City untuk mempersiapkan diri sebagai angkasawan.

 

Sebenarnya, latihan angkasawan langsung tak senang. Mereka kena belajar teori dan navigasi angkasa, belajar bahasa Rusia dan kena jalani latihan fizikal yang agresif termasuk ujian dalam cuaca sejuk Siberia.

 

Selain tu, mereka dilatih untuk hadapi situasi darurat seperti pendaratan di Laut Hitam. Mereka menjalani latihan terapung dalam penerbangan parabolik untuk mempersiapkan diri dalam graviti kosong serta banyak lagi latihan lain.

 

Pada akhir September 2007, Dr. Faiz dan Dr. Sheikh Muszaphar telah berangkat ke Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Houston, Amerika Syarikat (AS) untuk belajar modul angkasa lepas NASA.

 

Ini kerana sebahagian daripada ISS dikelola oleh Rusia dan sebahagian lagi oleh AS, jadi angkasawan negara kena faham kedua-dua bahagian ISS semasa di sana.

 

Selain bekerjasama dengan saintis Rusia dan Amerika, kedua-dua calon angkasawan ini juga menjalani latihan bersama para saintis dari Agensi Angkasa Eropah (ESA) di Jerman untuk belajar cara melakukan eksperimen saintifik di ISS.

 

Tempoh tiga bulan sebelum berlepas ke angkasa dianggap sebagai waktu yang paling mencabar kerana banyak latihan yang perlu dilalui.

 

Sebulan sebelum berlepas, mereka tak dibenarkan meninggalkan pusat latihan Yuri Gagarin mengikut peraturan Roskosmos, agensi angkasa Rusia.

 

Walaupun meletihkan, usaha Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Faiz berbaloi apabila mereka dipilih menjadi angkasawan negara, dengan Dr. Faiz yang merupakan seorang doktor gigi dari TUDM turut berperanan sebagai angkasawan sokongan.

 

Pengumuman pemilihan ini dibuat oleh Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada September 2007. Kos untuk program sahaja memakan sebanyak RM105 juta atau $26 juta.

 

Pada 10 Oktober 2007, Dr. Sheikh Muszaphar bersama-sama dengan Yuri Malenchenko dari Rusia, Peggy Whitson dari Amerika Syarikat, dan Yi So-yeon dari Korea Selatan berlepas ke angkasa dalam misi Soyuz TMA-11.

 

Selama 10 hari ISS, beliau jalankan pelbagai eksperimen seperti mengkaji ciri-ciri dan pertumbuhan sel kanser dan leukemia, serta mengkaji proses penghabluran pelbagai jenis protein dan mikrob.

 

Memandangkan beliau seorang angkasawan Muslim dan juga dipilih untuk berlepas pada penghujung bulan Ramadan, Majlis Fatwa Kebangsaan hasilkan sebuah buku panduan bagi angkasawan beragama Islam semasa berada di angkasa lepas.

 

Buku “Panduan Cara Beribadah di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa” ni jelaskan perkara seperti cara solat dalam keadaan mikrograviti, cara tentukan arah kiblat dari ISS dan isu-isu berkaitan berpuasa di ISS.

 

Dr. Sheikh Muszaphar juga menyambut Aidilfitri bersama krew ISS dan berkongsi sedikit sate dan biskut raya bersama mereka pada 13 Oktober 2007.

 

Selepas 10 hari di ISS, beliau kembali ke bumi dengan Soyuz TMA-10 bersama Yuri Kotov dari Rusia, Fyodor Yurchikin dari Rusia, dan Charles Simonyi dari Amerika Syarikat.

 

TMA-10 bertolak dari ISS pada 21 Oktober tetapi mengalami sedikit masalah ketika nak masuk semula ke atmosfera bumi menyebabkan pendaratan jauh tersasar ke barat Arkalyk, kira-kira 340 kilometer dari tempat pendaratan sebenar di Kazakhstan.

 

Kerosakan pada sebuah kabel pada panel kawalan kapal angkasa yang berkaitan dengan panel kawalan peralatan penurunan Soyuz menjadi punca insiden tersebut setelah disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan.

 

Dr Sheikh Muszaphar memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutama generasi muda untuk berjinak-jinak dengan bidang sains terutama angkasa lepas.

 

Malah Dr Sheikh Muszaphar juga lantang bersuara memusnahkan semua mitos yang menjadi mainan geng konspirasi termasuk bumi rata.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

ANGKASARAYA: KEJADIAN AGUNG bakal membawa anda terbang mengembara ke angkasa lepas melihat bintang dan galaksi menelusuri cakerawala untuk anda faham tentang teori kerelatifan, lohong hitam dan banyak lagi!

 

Terbang bersama kami di PBAKL ini yang bermula pada 24 Mei sehingga 2 Jun ini!

 

Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di: https://thepatriots.store/angkasaraya/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply