Ramai dalam kalangan peminat-peminat gusti pada hari ini sekadar mengenali nama John Cena, Randy Orton dan Daniel Bryan. Nama-nama agung seperti The Undertaker, The Rock dan Stone Cold Steve Austin sekadar tinggal pada nama sahaja. Jika dilihat perlawanan-perlawanan membosankan kini, mustahil peristiwa 1998 dapat ditandingi
Peristiwa ini berlaku di Pittsburgh pada tanggal 28 Jun, 1998. Disaksikan lebih daripada 17,000 hadirin dan ramai lagi melalui media, ia mempunyai perlawanan terbaik dan terburuk dalam sejarah gusti antara Mankind (Mick Foley) dan The Undertaker. Jika trademark “Rest in Peace” ingin disebut, inilah satu-satunya perlawanan yang kata-kata itu menghampiri realiti.
Persengketaan Mankind dan The Undertaker sememangnya tidak lama dilupakan. Berkali-kali juga mereka bertembung. Tetapi pada tahun 1998, Mankind sekali lagi bertembung dengan gergasi dengan ketinggian hampir 215cm itu. Kali ini di dalam sangkar yang secara rasminya dikenali sebagai Hell in the Cell. Tetapi perlawanan Shawn Michaels bersama The Undertaker dalam Hell in the Cell pertama (juga kali pertama Kane keluar) sentiasa berlegar dalam fikiran Mankind. Beliau perlu idea untuk menundukkan kehebatan perlawanan itu.
Bersama Terry Funk, perbincangan mereka dibuai gurauan yang dinyatakan Mankind. Terry Funk berkata, “senang bagi dia (Undertaker) buang kau dari atas sangkar itu sudahlah.” Lalu Mankind membalas, “ya, betul – kemudian aku bangun semula dan dia buang aku lagi sekali.” Tetapi selepas beberapa lama, Mankind menjadi serius dan berkata, “aku rasa aku boleh buat.” Kegilaan ini dipersetujui The Undertaker sebelum perlawanan itu bermula.
The Undertaker benar-benar mencampakkan Mankind daripada bumbung sangkar Hel in the Cell pada ketinggian hampir 5 meter (6.7meter jika dilihat sudut kejatuhan). Mankind terjatuh diatas meja jurucakap Sepanyol, dan Jim Ross berkata, “Tuhanku! Tuhanku! Dia dah mati! Tuhan sebagai saksi, dia dah patah dua!” Jika diteliti kedudukan kamera, jelas kelihatan perkara ini sebenarnya tiada dalam skrip asal WWF. Semasa Mankind sedang jatuh, beliau sudah keluar daripada kerangka kamera dan beberapa lama selepas Mankind tidak bergerak dibawah meja yang hancur, The Undertaker berdiri di atas bumbung dengan raut wajah yang jelas kerisauan.
Video: http://tinypic.com/r/29pqk21/8
Terry Funk merupakan orang pertama yang tiba sebelum barisan doktor sampai, diikuti Vince McMahon yang benar-benar risau. Semasa Mankind diusung keluar, berlaku sedikit pergelutan dimana beliau bangun semula dan panjat sangkar dengan bahu yang terkehel untuk meneruskan perlawanan.
Tetapi apa yang berlaku seterusnya hampir membunuh Mankind. Undertaker memberikan chokeslam diatas bumbung sangkar itu… yang mematahkan pengikat-pengikat logam dan menyebabkan panel bumbung itu tercabut, sekaligus membuatkan Mankind jatuh SEKALI LAGI, kali ini tiada apa yang menghalang. Sekali lagi The Undertaker dibelenggu kerisauan, tetapi oleh kerana perwatakan, beliau terpaksa ikut aliran.
Video: http://tinypic.com/r/jh5zra/8
Semasa detik cemas waktu kejatuhan kedua, kerusi besi yang berhampiran terkena muka Mankind yang menyebabkan rahangnya pula terkehel. Mulut dan bibirnya berdarah teruk. Perlawanan itu diteruskan lagi. Tetapi kengerian perlawanan ini tidak habis lagi. Dalam 11 minit seterusnya, The Undertaker memberikan Mankind satu lagi chokeslam keatas ratusan paku payung di permukaan gelanggang. Sebelum itu, Mankind dihempap keatas paku payung itu.
Video: http://tinypic.com/r/2it29t0/8
Dan selepas menerima Tombstone Piledriver, The Undertaker muncul sebagai pemenang.
Selepas perlawanan itu, The Undertaker sendiri mengakui sangka Mankind sudah mati. Mankind sebenarnya pengsan seketika, pada masa Terry Funk turut ingat beliau sudah tiada kerana matanya ibaratkan mata ikan yang mati. Mankind berpendapat beliau selamat kejatuhan kedua kerana The Undertaker tidak berikan chokeslam yang sempurna dan juga permukaan gelanggang yang keras.
Dalam autobiografinya sendiri, Mankind (Mick Foley) menjelaskan tidak ingat semua peristiwa. Beliau mengarangkan karyanya berdasarkan pita rakaman yang beliau dapat. Isteri Mick Foley juga menangis semasa perbualan telefon (selepas perlawanan) antara mereka berdua, dan tangisannya membuatkan Mick Foley mempertimbangkan persaraan daripada dunia gusti.
Mick Foley pula sempat berjenaka bersama The Undertaker, “aku guna paku payung tak?” yang the Undertaker balas dengan keras, “tengok lengan kau, Mick!” Pada masa itulah Mick Foley sedar paku payung yang banyak ada di lengannya. Vince McMahon mengucapkan terima kasih keatas pengorbanan Mick Foley, tetapi membuatkannya berjanji agar “tidak akan buat benda-benda macam ni lagi.”
Walaupun karier perlawanan Mick Foley sebenarnya pendek, tetapi pengorbanan beliau telah mengabadikan namanya dalam senarai nama-nama agung WWF/E.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih