Peristiwa Ming Court adalah satu peristiwa yang pernah menjadi rentetan sejarah negara. Namun telah dilupakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Dilupakan kerana kesannya ke atas kehidupan mereka agak minima ketika itu. Namun peristiwa ini sebenarnya memberi kesan yang amat besar ke atas perjalanan politik negara.

Berlaku pada tahun 1987, peristiwa ini adalah mengenai percubaan merampas kuasa politik di tangan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, iaitu Abdul Taib Mahmud (kini Tun Pehin Abdul Taib Mahmud, Tuan Yang Terutama Sarawak). Sebilangan ahli politik tempatan telah berpakat dalam satu komplot untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau untuk memaksa beliau meletak jawatan.

Antara ahli politik tempatan yang turut cuba menurunkan Taib Mahmud ketika itu adalah pak cik kepada Taib sendiri, iaitu Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub, yang merupakan mantan Ketua Menteri Sarawak sebelum itu dan mantan Tuan Yang Terutama Sarawak.

Dalam komplot yang menjadi krisis itu, seramai 4 menteri dan 3 timbalan menteri dalam kabinet Sarawak telah meletak jawatan mereka sebagai tanda tidak percaya terhadap kepimpinan Taib Mahmud. Bersama-sama dengan 20 orang lain ahli Dewan Undangan Negeri, mereka telah berkumpul di Hotel Ming Court.

Tindakan mereka turut mendapat sokongan Leo Moggie yang merupakan Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Bagi memaksa Taib Mahmud turun, PBDS telah bertindak keluar dari Barisan Nasional Sarawak di peringkat negeri.

Tindakan mereka dipatahkan apabila Taib Mahmud bertindak membubarkan DUN Sarawak dan membawa kepada PRN tahun 1987, yang kemudiannya dimenangi oleh BN Sarawak. Sekaligus melenyapkan ancaman daripada Abdul Rahman Ya’kub.

Implikasi kepada peristiwa ini adalah:

1. Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak yang paling lama dalam sejarah Sarawak.

2. Sarawak merupakan satu-satu negeri yang tidak menjalankan Pilihan Raya Negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum.

3. Kali pertama sebuah perikatan politik di peringkat persekutuan mempunyai komponen sebagai pembangkang di peringkat negeri.

4. Legasi pertelingkahan Abdul Rahman Ya’kub dan Taib Mahmud berlanjutan sehingga sekurang-kurangnya 2015, di mana rakaman video seorang sepupu Taib Mahmud cuba menjual konsesi balak kepada sekumpulan ‘penyiasat’ didedahkan kepada umum sebagai bukti bahawa kerajaan di bawah Taib Mahmud terlibat dalam rasuah.

Rakaman yang didedahkan sejurus sebelum PRN 2015 itu tidak mendedahkan pula bahawa sepupu tersebut sebenarnya anak kepada Abdul Rahman Ya’kub yang ketika itu tidak mempunyai hubungan baik dengan Taib Mahmud.

Hari ini, kesan peristiwa ini terus mewarnai kancah politik negara walaupun sudah dilupai kebanyakan rakyat Malaysia. Malahan, di kalangan generasi baru dari Sarawak, ramai yang belum tentu pernah mendengar peristiwa ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pemalas dari Sarawak. Royalist, Federalis, pemerhati dunia pertahanan, ekonomi dan geopolitik. Seorang pengumpul buku. Memiliki PHD (permanent head damage) selepas kepalanya jatuh terhantuk di atas jalan raya. Memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Sains Malaysia serta merupakan seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia.

Comments are closed.