Jika ada sagu hati daripada kejatuhan kerajaan Harapan, semestinya ia berkaitan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Kewujudan UEC dalam negara ini dalam bentuk perbincangan sahaja sudah menunjukkan kesan-kesan buruknya.

Bagaimana perbezaan pendapat boleh terencah sampai kemasyarakatan Malaysia terbelah dari segi pemahaman. Ramai rata-ratanya tidak berpuas hati apabila pasukan dasar UEC ingin menubuhkan sebuah suruhanjaya pendidikan bebas lebih berkuasa daripada Kementerian Pendidikan (The Star Online, 2019).

Selepas menutup 60 dialog bersamaan 120 jam, UEC masih belum diiktiraf. Dan Dong Zong pula sekarang bergelut dalam ketidaktentuan memandangkan Perikatan Nasional sedang menguasai Putrajaya (Hoh, 2020).

Segala usaha dua tahun Dong Zong dalam pengiktirafan UEC telah berakhir secara sia-sia. UEC pula jika dimandatkan mempunyai kuasa pendidikan setaraf STPM atau A-Level.

Kerajaan baharu pula tidak terikat dengan janji manifesto diterapkan Pakatan Harapan. Dan Dong Zong pula ingin bertemu dengan Kementerian Pendidikan kelak untuk mencapai kata sepakat. Sudahlah sebelum ini ingin akses terus ke Dewan Rakyat tanpa melalui Maszlee Malik, sekarang lain pula bunyinya.

Perkara ini menunjukkan bagaimana Dong Zong dimanjakan dalam pentadbiran lama. Memperkudakan hujah bahawa suruhanjaya-suruhanjaya bebas mutlak diamalkan dalam negara-negara lain, isu pendidikan diperkudakan sebagai hujah.

Dan UEC bukan satu-satunya kecelakaan yang dibawa Dong Zong. Polemik Jawi yang begitu bodoh dicetuskan sehingga ramai orang Melayu tidak berpuas hati.

Dong Jiao Zong siap ingin berhimpun untuk membantah Jawi dalam sekolah-sekolah vernakular pun (Malaysia Kini, 2019). Setiausaha Agung Dong Zong sendiri mengatakan bahawa keahliannya takut Jawi mengIslamkan pelajar-pelajar Cina (Malaysia Kini, 2019).

Sampaikan kerana satu pertubuhan ini dua menteri perlu masuk campur (Bernama, 2020). Sifat Dong Jiao Zong yang besar kepala juga menunjukkan bagaimana protokol kerajaan tidak penting untuk mereka.

Mereka hanya memberitahu ingin berjumpa pegawai kementerian dalam masa sejam sebelum perjumpaan itu sendiri (Rajaendram, 2019).

Kiranya persetankan semua kewajiban pegawai-pegawai tertinggi. Mesyuarat pasca-kabinet semua tidak penting. Asalkan memorandum mandul Dong Zong diserahkan. Oleh kerena mereka memberitahu pada jam terakhir, boleh pula mereka bising.

Begitu bebasnya Dong Zong berpencak dibawah kerajaan Harapan, suatu perkara yang tidak boleh berlaku kepada Perikatan Nasional.

Layanan istimewa kepada Dong Zong melambangkan diskriminasi dan juga hipokrasi seolah-olah UEC merupakan suatu isu besar.

Ia hanya melibatkan pengiktirafan semata-mata, yang Perikatan Nasional tidak wajar melaksanakan selagi mana kedudukan Bahasa Melayu (yang merupakan bahasa kebangsaan) tidak dilonjakkan.

Usaha Maszlee untuk menaiktarafkan sekolah-sekolah daif wajar diberikan perhatian, berbanding Dong Zong yang hanya membuang masa dan menuntut esklusiviti.

Sebulan selepas kerajaan Harapan dibentuk, 37 sekolah Sarawak dikenalpasti daif dan terbabit dalam fasa pertama projek baikpulih (Kawi, 2018). Setahun kemudian, 90% sekolah daif seluruh negara sudah dibaik pulih (BH Online, 2019).

Program Sarapan Percuma untuk 2.7 juta pelajar sekolah pun wajar diteruskan tanpa saringan kaya dan miskin. Di sekolah jurang sosioekonomi tidak wajar dijadikan sempadan.

Perkara-perkara sebegini lebih relevan untuk ditekankan, malah jauh lebih penting daripada UEC. Tetapi Dong Zong tiada nilai kemanusiaan pun untuk memperjuangkan isu-isu sebegini. Walhal Cina pun boleh mendapat manfaat daripada mana-mana dasar untuk semua pelajar.

Perikatan Nasional juga perlu memberikan perhatian kepada pengembalian PPSMI yang ditolak banyak pihak. Lebih-lebih lagi suatu platform persediaan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah boleh menguasai pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semasa di peringkat universiti.

Terdapat banyak isu-isu pendidikan lebih serius – Dong Zong dan UEC bukan antaranya.

RUJUKAN:

Bernama. (2020, January 15). Dong Jiao Zong admits Jawi not intended to convert students, says Mujahid. FMT. Retrieved from https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/01/15/dong-jiao-zong-admits-learning-jawi-not-a-process-of-islamisation-says-mujahid/

BH Online. (2019, Disember 12). 90 peratus sekolah daif di seluruh negara sudah baik pulih. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/638030/90-peratus-sekolah-daif-di-seluruh-negara-sudah-dibaik-pulih

Hoh, K.S. (2020, March 5). Dong Zong uncertain on how to progress Chinese education under new govt. The Sun Daily.  Retrieved from https://www.thesundaily.my/local/dong-zong-uncertain-on-how-to-progress-chinese-education-under-new-govt-GI2082923

Kawi, M.R. (2018, Ogos 28). 37 sekolah daif di Sarawak terbabit fasa pertama projek baikpulih. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/08/601036/37-sekolah-daif-di-sarawak-terbabit-fasa-pertama-projek-baikpulih

Malaysia Kini. (2019, December 19). Dong Jiao Zong calls for ‘no to Jawi’ rally attendees to register. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/504160

Malaysia Kini. (2019, December 27). Chinese Worried Jawi May Islamise the Non-Muslims. Malaysia-Today. Retrieved from https://www.malaysia-today.net/2019/12/27/chinese-worried-jawi-may-islamise-the-non-muslims/

Rajaendram, R. (2019, November 30). Education Ministry: Dong Zong, Jiao Zong only gave us an hour’s notice. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/11/30/education-ministry-dong-zong-jiao-zong-only-gave-us-an-hour039s-notice

The Star Online. (2019, July 21). Understanding the UEC. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/education/2019/07/21/understanding-the-uec


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.