Disebalik kegembiraan menyambut Nuzul al Quran, jangan lupa Rasulullah saw. Melihat al Quran tidak ingat Rasulullah adalah tidak sempurna dan begitu sebalik. Teringat Rasulullah, rindu akan mukjizat agungnya yakni Al Quran. Al Quran adalah mukjizat agung Rasulullah saw yang terus kekal. 
.
Adalah Al Quran diturun kan Quran diturunkan melalui beberapa peringkat iaitu:

i. Al-Quran diturunkan ke Luh Mahfuz. Cara turun dan wujudnya al-Quran di Luh Mahfuz pada waktu yang tidak diketahui kecuali Allah.
ii. Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di Langit Dunia pada Lailat al-Qadr dalam satu jumlah (sekali gus).
iii. Al Quran kemudian diturunkan kepada Baginda SAW dengan perantara Jibril a.s secara beransur-ansur. 
.
Rasulullah adalah penafsir Al Quran pertama melalui hadis, akhlak dan perbuatan nya. 
.
Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui peranta- raan Jibril a.s., ditulis dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya.
.
Antara kelebihan al-Quran ialah :
1. Mukjizat teragung
2. Mukjizat Nabi yang kekal hingga hari Kiamat

Al Quran adalah kitab suci dengan maksud bebas dari campur tangan manusia, Kandungan sesuai dengan fitrah manusia dan Kandungannya tidak bercanggah di antara satu sama lain.
.
Al Quran Jawaban Kehidupan

Nuzul Al Quran atau Hari kemerdekaan manusia dari kehidupan menyembah kepalsuan kpd kebenaran dari mengejar bayangan kepada empunya bayang-bayang. 
.
Sekeliling kita ramai yang masih tersesat jalan, samada mereka yang bernama Islam apalagi yang kufur. Tersesat bukannya jahat, mereka hanya tersalah jalan. Mereka perlu dibimbing menuju kebenaran.
.
Kitab Bicara Allah yang asli kepada Bani Adam tanpa ada penyelewengan di dunia ini hanya Al Quran. Ia adalah kitab kunci rahsia kehidupan, memberi jawapan TIGA PERSOALAN manusia yang utama iaitu :

1. Dari mana asal manusia?
2. Apa tujuan manusia didunia?
3. Kemana manusia pergi selepas kematian?

Tiga soalan ini hanya Al Quran yang boleh memberi jawpan yanv benar dari sudut akidah, ibadah, akhlak dan kehidupan akhirat. Justeru itu diseru kepada manusia bahwa inilah kitab pertunjuk bagi manusia yang mahu kebenaran tentang rahsia kehidupan.
.
Al Quran mencabar logik manusia 

Al Quran adalah mukjizat Rasulullah yang mencabar bijaksana manusia walau apa pun zaman. Kitab 1400 tahun dahulu menjadi panduan seluruh bijak pandai dalam apa jua bidang. Ada yang tersungkur dengan fakta yang mereka temui lalu mereka beriman. Sebahagian lagi mengetahui kebenaran tetapi masih lagi mahu mantapkan lagi keyakinan.
.
Oleh kerana itu dipanggil mukjizat (معجزة). Apakah mukjizat? Kata mukjizat diambil dari bahasa arab a’jaza-yu’jizu-i’jāz yang berati melemahkan atau menjadikan tidak mampu. 
Kandungan dan bahasa Al Quran telah mampu melemahkan para sehingga mampu membungkam akal mereka. Ta’ marbūthah pada akhir kata itu mengandung makna mubālaghah. 
.
Ada mereka yang langsung menolak lantaran salah faham yang mereka terima tanpa mengkajinya dengan teliti. Ada pula yang busuk hatinya tetap mahu mencari kelemahan dan kesilapan walaupun tiada ditemuinya.
.
Al Quran bukannya kitab yang membicara hukum agama semata-mata, bukannya kitab ilmu semata-mata tetapi Al Quran juga sebenarnya ialah kitab ‘rahsia kehidupan insan’ yang wajib berada ditangan setiap bani Adam. Ia kitab panduan untuk semua manusia. Al Quran dibaca dan difahami demi untuk mendapat petunjuk kebenaran dalam kehidupannya.
.
Betapa rugi dan sedihnya bani Adam yang hidup sehingga menemui ajalnya tanpa dapat melihat dan memahami Kitab Rahsia kehidupan insan yakni Al Quran. Bicara Allah kepada mereka yang diturunkan kepada Nabi mereka di akhir zaman, Sayyiduna Muhammad bin Abdullah.

Kewajiban Umat Al Quran

Justeru itu menjadi kewajiban umat yang telah miliki Al Quran memberi kepada insan yang belum miliki al Quran agar mereka melihat dan membaca dengan kejujuran hatinya, nescaya mereka akan temui jawapan bagi semua persoalan hatinya. Hendaklah memberi al Quran kepada insan – insan yang belum lagi miliki agar tiada dakwaan mereka di akhirat nanti.

“Sesungguhnya kami lah yang menurunkan Al Quran dan kami lah yang memeliharanya” (Al – Hijr 15:9)

Sesungguhnya hanya satu sahaja Agama yg lurus berada di alam ini yakni ISLAM lantaran berada dalam petunjuk al Quran. Adapun yang lain bukannya lagi kebenaran malah penuh penyelewengan malah yang dasyatnya di sana ada pendustaan rekaan manusia yg diistilahkan dengan ‘agama’ hingga ada yg mempercayai dan mengikutinya.

#AntibiotikKehidupan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan

Comments are closed.