Pemanasan global semakin membimbangkan, terutamanya glasier-glasier yang sekian lama membeku di kawasan pergunungan kerana ia mencair dan bakal menaikkan paras air laut di masa akan datang.
Bukan itu saja, glasier yang mencair ini akan melepaskan bakteria-bakteria yang berbahaya. Ya, glasier seperti ‘bom masa’ yang akan menjahanamkan para hidupan di Bumi!
Dua tahun lepas, kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh ahli mikrobiologi bernama Zhi-Ping Zhong mengkaji glasier-glasier di pergunungan Tibet bagi mengetahui isi kandungan glasier tersebut.
Keputusan menunjukkan glasier Tibet ini mengandungi zarah-zarah habuk, gas, dan sebanyak 968 spesis bakteria! Sebelum kajian ini, terdapat kajian pada tahun 2015 menunjukkan bahawa pengkaji menemui sejenis virus kuno berusia 30,000 tahun iaitu spesis Mollivirus sibericum yang membeku dalam glasier yang sama.
Menurut ahli glaciologi (kaji glasier) bernama Lonnie Thompson yang terlibat dalam kajian Zhong, mereka tidak tahu banyak tentang spesis virus dan bakteria yang tahan dengan keadaan ekstrem seperti dibekukan dalam glasier ini. Mereka harus melakukan kajian lanjut terhadap organisma kecil ini bagi memahami bagaimana ia tahan dengan keadaan ekstrem.
Jika mereka tidak bertindak cepat terhadap virus dan bakteria beku ini, organisma kecil ini akan merebak ke sungai dan laut selepas glasier mencair sepenuhnya. Haiwan dan penduduk China dan India berdekatan pergunungan Tibet akan meminum sumber air yang mengandungi virus dan bakteria kuno ini.
Kalau keadaan ini terjadi, mungkin kita akan menghadapi wabak dunia lagi teruk dari Covid. Kita berdoa sajalah agar glasier Tibet ini tidak menjadi penyebab satu lagi wabak dunia yang berbahaya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih