Orang Asal (Indigenous) merupakan kaum Pribumi/Asli, Melayu Asli dan Melayu yang membentuk sebahagian besar rakyat Malaysia pada hari ini. Di Semenanjung, terdiri daripada Melayu, Melayu Proto, Negrito dan Senoi yang membentuk 18 rumpun bangsa. Sejumlah besar juga merangkumi pelbagai etnik termasuk Melayu – 31 di Sabah dan 27 di Sarawak.

Secara tradisinya, masyarakat pribumi sangat bergantung kepada hasil daripada alam semula jadi. Bukan itu sahaja, mereka juga senantiasa mencari makan untuk kehidupan seharian, sangat terkenal sebagai masyarakat nomad ataupun berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Mereka juga sudah mula menjalankan aktiviti mencucuk tanam secara kecil-kecilan bagi menjelmakan sumber makanan bagi kemandirian kehidupan mereka.

Dewasa ini, kehidupan masyarakat orang asli semakin berubah ke arah lebih baik dengan polisi kerajaan. Satu perkampungan orang pribumi diwujudkan bagi mengelakan budaya nomad bertambah parah. Pelbagai jenis kemudahan telah diwujudkan bagi mereka menjalankan kehidupan seharian.

Malahan sejak kerajaan mengadakan pembangunan ekonomi di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli pribumi di seluruh Malaysia, mereka tidak lagi bergantung kepada sumber alam semula jadi yang semakin terhakis.

Mereka sudah mula berjinak-jinak di dalam pelbagai jenis ekonomi. Sebagai contoh, orang asli sudah mula melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan dan perladangan getah serta kelapa sawit.

Bukan itu sahaja, ramai juga diantara mereka sudah mula bekerja makan gaji. Sebagai contoh, orang pribumi yang bekerja di Majlis Perbandaran Selayang dan JabatanAgama Islam Selangor memperolehi pendapat sekitar RM1001 sehingga RM2000.

Bagi mereka yang memungut hasil hutan, pendapatannya dalam anggaran RM201 hingga RM400. Pendapatan tersebut bergantung kepada kuantiti hasil hutan yang diperolehi.

Walau bagaimanapun, ramai orang pribumi tidak terdedah dengan aktiviti keusahawanan menggunakan hasil hutan yang mereka perolehi. Sebagai contoh, rotan boleh dihasilkan menjadi perabut namun kegiatan ini mengambil masa yang lama jika dibuat secara manual. Bahkan, sumber makanan yang mereka perolehi daripada hutan juga boleh digunakan dalam aktiviti jual-beli.

Hasil hutan terutamanya petai yang dianggap sebagai lanka boleh menjadi pemakin kepada orang asli bagi menguasai perniagaan ini. Katakanlah, satu ikat petai berharga RM10, jika mereka berjaya mendapatkan hasil yang banyak pasti akan menambah pendapatan. Secara tidak langsung, sosio-ekonomi orang asli akan berjaya dipertingkat.

Namun malangnya di sini, orang asli seseolah dipermainkan oleh sesetengah pihak. Ada beberapa pihak ataupun orang tengah mendapatkan bekalan daripada orang asli dengan harga yang murah tetapi sampai ke pelanggan akhir dengan harga tinggi. Pihak-pihak berkewajiban seharusnya memberikan pendidikan kepada orang asli untuk menguruskan sendiri hasil mereka.

Oleh itu, bagaimanakah mahu ubah mentaliti atau budaya seumpama ini? Hal ini demikian kerana prospek ekonomi bagi masyarakat orang asli sangatlah tinggi. Boleh dikatakan mereka yang berada di barisan hadapan bagi mendapatkan sumber-sumber alam.

Di samping aktiviti pelancongan di kawasan orang asli, perniagaan berasaskan hasil hutan juga boleh dijalankan. Secara tidak langsung, pelancong asing mengenali produk orang asli seterusnya sebarkan ia kepada dunia. Badan-badan berkaitan orang asli harus bekerjasama dalam membangunkan orang asli sebagai masyarakat yang penuh aspirasi dan ambisi.

Implikasinya, orang pribumi akan mampu berdaya saing dengan warganegara yang lain dalam memajukan komuniti mereka. Hubungan antara masyarakat awam dan orang asli boleh dipertingkat melalui aktiviti perniagaan hasil hutan.

Terlalu banyak kesan baik kepada masyarakat orang lain. Mungkin di masa hadapan kita akan melihat sebuah syarikat yang akan dipelopori oleh masyarakat orang asli.

Konklusinya, orang asli masih lagi setia dengan dengan aktiviti berorientasikan sara diri dan menggunakan pendekatan tradisional yang sangat sebati dengan diri mereka.

Perusahaan dan pekerjaan makan gaji juga diamalkan oleh orang asli tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan mereka juga menjadikan kerja hakiki mengutip hasil hutan sebagai pendapatan sampingan. Prospek ekonomi yang ada pada orang asli jika dibangunkan boleh mereformasikan mastarakat orang asli ke arah lebih kompetitif.

Rujukan:

Suhaila Binti Abdul Latif. (2010). Potensi keusahawanan di kalangan Orang Asli. Prosiding PERKEM V, 2(2010), 80-87. http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemV/PERKEM2010-2-09.pdf

Er Ah Choy, Zalina Che Mat Ariffin & Joy Jacqueline Pereira. (2010). Sosioekonomi masyarakat Orang Asli: Kajian kes di Hutan Simpan Bukit Lagong, Selangor, Malaysia. Jurnal Melayu, 5(2010), 295-314.

https://www.researchgate.net/publication/318852104_Analisis_Sosio-ekonomi_Masyarakat_Orang_Asli_Kajian_Kes_di_Hutan_Simpan_Bukit_Lagong_Selangor


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Comments are closed.