Kita semua tahu yang dominasi Islam ke atas Semenanjung Iberia bermula pada tahun 711 Masihi, ketika Tariq Ibn Ziyad bersama bala tentera Islam mendarat di Gibraltar.
Hasil pendaratan ini, tentera Islam terus mara ke utara, menguasai perkampungan dan kota di sepanjang perjalanan mereka. Antara yang terawal dikuasai ialah wilayah Algeciras dan Torre De Cartagena.
Kekalahan kuasa Visigoth Kristian di bawah pimpinan Raja Roderick dalam Perang Guadelete atau Wadi Lakka pada tahun 711 Masihi mengakibatkan runtuhnya autoriti kerajaan Kristian di semenanjung itu.
Setelah kemenangan ini, tentera Islam terus menguasai wilayah-wilayah penting seperti Medina Sidonia, Mawrur, dan Ecija. Kejayaan dalam Perang Guadelete menjadi pemangkin kepada dominasi Islam di Semenanjung Iberia.
Ringkasnya, penguasaan Islam ini mencetuskan konflik panjang antara pihak Islam dan Kristian. Konflik yang kita tahu hari ini sebagai Reconquista (Penaklukan Semula). Reconquista adalah usaha pihak Kristian untuk menakluk kembali Semenanjung Iberia daripada penguasaan Islam.
Menurut artikel ‘A Brief History Of The Reconquista (718 – 1492 AD): Conquest, Repopulation And Land Distribution (2020)’, Reconquista adalah proses transisi kuasa politik antara Kristian dan Islam yang berlaku secara berperingkat dari tahun 718 Masihi hingga 1492 Masihi.
Dalam trivia ini, penulis nak cerita tentang sejarah awal tercetusnya Reconquista yang dimulakan oleh Kerajaan Asturias melalui Pertempuran Covadonga pada tahun 722 Masihi.
Sewaktu penguasaan Islam, tentera Islam gagal untuk kuasai wilayah paling utara timur dan utara selatan Semenanjung Iberia. Ini memberi peluang kepada pelarian Kristian untuk berlindung di sana.
Umpama parasit dan barah, siapa sangka populasi pelarian Kristian yang berkubu di kawasan pergunungan utara ini bakal jadi ancaman kepada pemerintahan Islam di bumi Andalusia selama 700 tahun mendatang.
Pelagius atau Pelayo adalah seorang bangsawan Visigoth yang melarikan diri bersama pengikutnya ke utara, sebelum berlindung di kawasan pergunungan Asturias. Menurut sejarawan Muḥammad al-Maqqarī, Pelagius melarikan diri dari Cordova pada tahun 717 Masihi semasa zaman gabenor Al-Ḥurr ibn Abd al-Raḥmān al-Thaqafi.
Pelagius dikejar oleh seorang ketua Berber bernama Munuza/Manusa. Di Gunung Cantabrian, Pelagius mengumpulkan seramai mungkin pengikut untuk bangkit menentang penguasaan Islam.
Konflik antara pihak Islam dan Pelagius mula tercetus akibat tindakan Gabenor Anbasa ibn Suḥaym yang menaikkan kadar cukai ke atas orang Kristian. Pelagius memberontak, enggan memenuhi tuntutan gabenor Andalusia itu.
Di pihak Islam, pemberontakan Pelagius adalah ancaman yang perlu segera dihapuskan. Inilah yang mendorong Anbasa untuk memerangi Pelagius pada tahun 722 Masihi.
Anbasa amanahkan seorang jeneral bernama Alqama untuk ketuai angkatan tentera Islam bagi menundukkan Pelagius yang berlindung di Gunung Cantabrian berhampiran Covadonga.
Sampai di Covadonga, Alqama hantar utusan untuk menangkap Pelagius. Namun, Pelagius enggan menyerah. Lantas Alqama hantar tentera terbaik untuk menyerang Pelagius. Maka bertempur dua pihak ini sebelum berakhir dengan tewasnya tentera Alqama.
Pertempuran di Covadonga menjadi titik tolak bagi Reconquista. Walaupun pihak Islam melihatnya sebagai satu ancaman kecil, kemenangan Pelagius dalam pertempuran ini menjadi simbol kebangkitan semula Kristian di Semenanjung Iberia.
Umpama percikan bara yang menyalakan api, kejayaan kristian di Covadinga memberi inspirasi kepada generasi kristian seterusnya untuk terus berjuang menakluk kembali tanah air mereka daripada penguasaan Islam.
Oleh: Fakhry Harraz
Berminat dengan sejarah Andalusia tapi tak pasti nak mula dari mana?
Sini saya cadangkan buku KITAB TAMADUN EROPAH buat kalian, sebuah buku sejarah Eropah yang padat dan komprehensif. Jom dapatkan: https://s.shopee.com.my/2q9gfQYOob

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply