Beberapa hari lepas, Tsai Ing-wen mengangkat sumpah untuk penggal keduanya (2020-2024) sebagai presiden Taiwan, di depan potret Sun Yat-sen, pengasas Republic of China (ROC).

Kenapa pemimpin Taiwan perlu angkat sumpah depan bekas pemimpin China?

Sebenarnya, nama rasmi kerajaan yang memerintah Taiwan adalah Republic of China (ROC) atau Chunghwa Minkuo (中華民國).

Bunyi ada dekat-dekat dengan Daehan Minguk (Republic of Korea) kan? Ye, Bahasa Cina & Korea ada banyak perkataan yang sama, termasuk perkataan “republik”.

Pada asalnya, ROC adalah kerajaan yang memerintah China, didirikan selepas maharaja terakhir China, Aisin-Gioro Puyi turun takhta pada tahun 1912.

Sun Yat-sen menjadi presiden republik pertama. Dia juga merupakan pengasas Parti Nasionalis (Kuomintang / KMT).

Gioro Puyi
Sun Yat-sen

ROC terjerumus dalam per4ng saudara antara nasionalis (KMT) yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek (pewaris Sun) dan komunis yang dipimpin oleh Mao Tse-tung.

Pada tahun 1949, komunis menang dan mendirikan “People’s Republic of China” (PRC).

KMT yang kalah lari ke Taiwan, terus memerintah sebagai ROC & menanti masa untuk menawan semula China.

ROC & PRC masing2 klaim diri sebagai the one true China. Jadi sesiapa yang iktiraf ROC tak boleh iktiraf PRC, yang iktiraf PRC tak boleh iktiraf ROC.

“One-China Principle”.

Satu per satu negara pun memutuskan hubungan dengan ROC, termasuk US sendiri yang mendirikan hubungan dengan PRC pada tahun 1979.

Maka ROC mula dilupakan. PRC muncul sebagai “China” yang kita kenali.

Malah disebabkan One-China Principle, ROC hanya boleh mengambil bahagian dalam acara dan pertubuhan antarabangsa seperti Olimpik, APEC, WTO dengan nama “Chinese Taipei”.

Harapan ROC untuk menawan semula China nampaknya dah hampir mustahil dengan kemunculan PRC sebagai kuasa besar dunia.

ROC atas nama je China, tapi kawasan yang ada hanya tinggal Taiwan.

Maka mulalah muncul kesedaran identiti “Taiwan” yang baharu.

Democratic Progressive Party (DPP) adalah parti yang champion identiti ke-Taiwan-an instead of ke-China-an.

Dalam naratif DPP, walaupun penduduk majoriti adalah orang Cina yang berhijrah dari China, Taiwan mempunyai identiti sejarah yang unik berbeza dengan China.

China menakluk Taiwan pada tahun 1683. Dan selepas kalah perang dengan Jepun pada tahun 1895, China telah melepaskan Taiwan kepada Jepun.

Hanya selepas Jepun kalah WW2 pada tahun 1945, baru ROC mengambil alih Taiwan sehingga sekarang. Jadi ROC lebih kepada “penjajah” baharu.

Di Taiwan juga ada peribumi yang budayanya lebih dekat dengan kaum rumpun Austronesia seperti di Filipina, Borneo, Nusantara dan Lautan Pasifik.

Disebabkan takut Taiwan merdeka bawah DPP, China (PRC) jadi makin agresif untuk halang sebarang ekspresi bahawa Taiwan sebagai negara.

China akan protes kalau siapa2 sebut Taiwan sebagai sebuah negara. Sebab itu orang panggil negara ahli APEC sebagai “ekonomi”. Kalau panggil “negara” seolah2 iktiraf Taiwan sebagai negara.

Tzuyu dari TWICE pun pernah kena pada Januari 2016. Tzuyu berasal dari Taiwan, jadi ada sekali dia terangkat bendera ROC dan itu menyinggung perasaan pihak China.

Disebabkan takut bisnesnya di China terjejas, JYP minta Tzuyu memohon maaf kepada orang China.

Namun insiden itu menimbulkan kemarahan orang Taiwan yang melihat China terlalu memijak mereka. Kebetulan waktu itu ada pemilihan presiden, maka Tsai Ing-wen dari DPP diangkat sebagai presiden Taiwan/ROC.

Tsai memang tidak segan silu mengangkat identiti Taiwan dan melawan China. Itu menyebabkan hubungan antara China dan Taiwan berada di tahap paling tegang.

Malah Tsai juga berbaik-baik dengan US untuk sama-sama cucuk China.

Hari ini ROC hanya diiktiraf oleh 15 buah negara, lagi kesian daripada Palestin (diiktiraf 138 negara).

Disebabkan One-China Principle, “Taiwan” tidak dapat diterima ke dalam komuniti antarabangsa.

Tapi kalau buang nama ROC dan pakai nama Taiwan, China pula tak suka dan akan ugut untuk guna kekerasan demi menghalang kemerdekaan Taiwan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.