Sewaktu perlayaran sulung Titanic pada tahun 1912 dahulu, pembahagian kelas kabin penumpang merupakan elemen penting di dalam pengasingan antara penumpang kaya dan miskin. Penumpang kaya merupakan golongan bangsawan, artistoskrat, jutawan dan tidak boleh bergaul dengan golongan bawahan seperti imigran dari penumpang kelas ketiga dan sebagainya, golongan bawahan ketika itu  tidak mempunyai masa makan beradab dan mereka dilayan seakan-akan haiwan ternakan yang eksklusif (walaupun dgelar eksklusif namun masih juga dilayan seperti haiwan ternakan). Bagi perspektif golongan atasan kelas pertama Titanic terhadap penumpang kelas ketiga, mereka tidak dianggap wujud dan dianggap hanya untuk memenuhi ruang kosong di dalam kapal sahaja.

Kapal perentas laut ketika zaman itu juga menwujudkan pengasingan kabin mengikut kelas.  Sistem kelas digunakan untuk menunjukkan status kewangan seseorang, dan bukannya status sosial. Sistem kelas tersebut berpandukan dari pengasingan gerabak atau koc mengikut kelas pada syarikat keretapi penumpang dimana sistem dua kelas telah diwujudkan. Sewaktu pada 1880-an dan 1890-an, pembahagian kelas terdapat dua (antara nya kelas pertama “1 st class” dan Kelas bawahan “3rd Class”) Disini, perbezaan dari segi dalaman kabin amatlah besar jurangnya. Di kelas pertama, ukiran kabin dalamannya amat mewah, makanannya juga dihidangkan didalam pinggan mangkuk mahal dan bercorak, gelas minuman kaca yang elegan dan sudu garpu set lengkap diperbuat dari perak

Sewaktu kemunculan pekerja kolar putih ataupun rakyat berpendapatan sederhana seperti guru, pengurus kilang dan hakim ini menyebabkan gaya sistem dengan dua kelas terpaksa diubah. Mereka yang berpendapatan sederhana tidak mahu bersesak tidur dengan penumpang lain dan ingin kan privasi tambahan pada masa yang sama juga mereka tidak mahu tiket kabin yang mahal dan terlalu eksklusif. Maka, keadaan ini memaksa syarikat perkapalan untuk menwujudkan kabin dengan sistem tiga kelas (1st Class, 2nd Class dan 3rd Class)

Selain dari saiz dan skalanya yang besar, kapal Titanic juga tidak terlepas pandang dari segi layanan  yang diberi kepada penumpang-penumpangnya. Di atas Titanic, penumpang kelas pertama yang ingin merasakan pengalaman seperti menjamu selera dengan eksklusif , mereka hanya perlu menggunakan tiket yang mereka beli. Segala harga kos makanan telah disertai sekali didalam harga tiket tersebut, kualiti makanan yang disediakan pula setaraf sepertimana hotel yang berada didarat seperti di Hotel Ritz dan Cecil di London.

Harga tiket di Titanic (perjalanan sehala) :

Margaret “Maggie” Brown merupakan penumpang kelas pertama dan lahir dari golongan keluarga berketurunan imigran yang daif, beliau menjadi jutawan apabila berkahwin dengan seorang jurutera pelombong emas bernama James Joseph (“J.J.”) Brown, beliau merupakan seorang penumpang kelas pertama dengan gelaran “new money” di Titanic ; Kredit imej-encyclopedia-titanica.org

Golongan kelas pertama juga terdapat pembahagian kasta sosial. Seperti golongan “New Money”, mereka merupakan golongan yang dahulunya rakyat yang miskin,  mereka menjadi  menjadi kaya dan jutawan apabila mendapat pekerjaan seperti melombong emas ataupun mengumpul duit simpanan dari perniagaan dan mampu untuk membeli tiket kelas pertama yang mahal di Titanic (mereka merupakan golongan miskin atau imigran yang menjadi kaya melalui usaha sendiri seperti menubuhkan perniagaan, atau menjadi jutawan semalaman melalui peluang bekerja dilombong emas). Walaupun mereka ini kaya dan dikelas pertama ini tidak bermaksud mereka diterima kesemua penumpang kelas pertama yang lain. Bagi golongan yang sudah mewarisi harta kekayaan dan berasal dari keluarga yang kaya dan berada sejak berkurun lamanya lagi mereka digelar sebagai “old money”, golongan  “old money” ini tidak sukakan golongan “new money” begitu dekat bersama berketurunan bangsawan seperti keturunan Astor dan keturunan kerabat diraja yang lain. Golongan “new money” ini juga sukar dilayani oleh pelayan restoran di Titanic kerana status sosial dan latar belakang keluarga mereka miskin, walaupun mereka ini kaya dan seorang jutawan.

Di kabin kelas pertama, segala kemudahan dipenuhi ke standard tertinggi. Telefon, pemanas air dan juga loceng pemanggil pelayan kabin kapal juga turut dilengkapi di dalam kabin tersebut, kebanyakkan kabin kelas pertama mempunyai pintu bersambung kebilik yang lain untuk memudahkan pergerakan tanpa perlu ke koridor utama dan memudahkan perjalanan tuan bilik untuk bergerak kebilik lain dengan privasi. Namun dengan segala kemewahan yang telah diberikan untuk Titanic kepada penumpangnya, hanya golongan kaya dan jutawan sahaja yang dapat berlayar dengannya di dalam bilik kabin kelas pertama, haiwan peliharaan dan kanak-kanak kelas pertama juga dibenarkan untuk berada sama sekali separuh harga tiket.  Ini menyebabkan para penumpang kelas ketiga tidur dikabin berhampiran dengan bunyi enjin yang bising, kecuali kelas kedua di mana taraf mereka berada di pertengahan antara kelas-kelas kabin yang lain dan menikmati mutu perkhidmatan yang disediakan oleh krew kabin Titanic di tahap yang memuaskan.

Pada kabin penumpang kelas kedua, kemudahan yang diberikan adalah untuk penumpang yang ingin menggembara dengan harga tiket yang sederhana tetapi pada masa yang sama mengekalkan keselesaan. Harga tiket kelas kedua Titanic menyamai harga tiket kelas pertama di kapal-kapal perentas yang lain sezaman dengannya. Ukiran dibilik kabin penumpangnya diilhamkan dari gaya Louis XVI dan dipasang dengan panel dinding diperbuat dari kayu oak, diperkemaskan dengan jubin Linoleum yang dibuat khas untuk bilik tersebut. Di perpustakaan kelas kedua, perabot seperti kerusi diperbuat dari kayu mahogani disusun kemas sepenuhnya di ruang berkenaan. Bukaan seperti tingkap turut dipasang langsir kain sutera.

Meskipun kelas pertama merupakan kabin yang mahal dari kelas kedua dan ketiga, kabin kelas pertama juga mempunyai pembahagian dari segi kos dan kemudahan diberikan kepada penumpangnya. Titanic mempunyai dua jenis kategori untuk bilik kelas pertamanya. Iaitu Parlour Suite (Kabin paling mahal di antara kabin kelas pertama yang lain) dan Suite berth (Kabin kelas pertama yang  biasa di dalam sebuah bilik kabin single) Terdapat empat bilik Parlour Suite di Titanic, bilik ini berada di bahagian Dek B di Titanic dan Parlour Suite merupakan kemudahan penginapan kabin yang paling mahal antara semua kabin penumpang lain di Titanic. Di dalam bilik tersebut mempunyai dua katil, ruang istirahat, tandas, ruang persiaran peribadi, bilik menukar pakaian dan bilik air peribadi lengkap dengan tab mandi diperbuat daripada batu marmar. Setiap kabin Parlour Suite mempunyai pemanas bilik dan lampu elektrik yang lengkap untuk penumpangnya. Penumpang seperti John Jacob Astor IV merupakan individu yang sudah pasti mampu untuk membeli tiket kabin Suite Parlour ini di Titanic.

Di Parlour Suite, kemudahan biliknya mengatasi kelas pertama suite biasa. Terdapat dek persiaran peribadi di mana penumpang boleh menggunakannya tanpa bertemu dengan penumpang yang lain dan ia mempunyai panel hiasan dinding kayu yang bergaya ala Tudor. Jika keluarga penumpang yang kaya tersebut mempunyai ramai ahli keluarga mahupun anak, mereka boleh membeli bilik-bilik dikelas pertama yang lain dan menyambungkannya melalui pintu yang sudah tersedia pada bilik berkenaan.

Olahan 3 Dimensi menunjukkan keadaan bilik Parlour Suite, dengan ruang dek persiaran peribadi di sebelah kanan imej.
Dek persiaran peribadi di mana anda tidak perlu bertemu dengan penumpang lain jika anda membeli bilik kelas pertama Suite Parlour, Kredit imej-Encyclopedia Titanica
Sinki dan tab mandi yang diperbuat daripada batu marmar di
bilik air Parlour Suite, Kredit imej-Encyclopedia Titanica
Ruang isitirehat di Parlour Suite , Kredit imej-Encyclopedia Titanica
Bilik menukar pakaian di Parlour Suite, Kredit imej-Encyclopedia Titanica

Sumber rujukan :

Louden-Brown FRSA, Paul (n.d) Titanic – Food for all Classes. Titanic Belfast. http://titanicbelfast.com/Discover/Titanic-Stories/Titanic-Food-for-all-classes.aspx

J. Spignesi, Stephen (n.d) Suites And Cabins For Passengers On The Titanic. Dummies.com. http://www.dummies.com/education/history/suites-and-cabins-for-passengers-on-the-titanic/

McLaughin, Kelly (2017) The Titanic in color: Incredible colorized images show the luxury and elegance aboard doomed line. Daily Mail. http://www.dailymail.co.uk/news/article-4256122/Colourised-images-luxury-aboard-Titanic.html?ITO=1490

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan lepasan Diploma didalam bidang Senibina (Architecture) dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan dan bakal melanjutkan lagi pengajian senibina di Universiti Kebangsaan Malaysia (Insyallah). Bekerja disebuah syarikat melukis pelan buat masa ini. 5 Tahun pengalaman dengan Autocad dan 3D render, pernah menghasilkan karya model Titanic dari kotak yang telah menjadi perhatian pengunjung di Pertubuhan Akitek Malaysia pada 2017 (MAYAS Art Exhibition by Pertubuhan Akitek Malaysia). Hobi suka menulis mengenai teknologi kejuruteraan senibina, tenaga hijau dan sains , melukis dan membuat model pada masa lapang. Amat meminati sejarah peradaban Islam, ketamadunan Melayu dan Yunani

Comments are closed.