Di sepanjang sejarah dunia maritim, kema-langan yang melibatkan pengangkutan air di tengah-tengah perut samudera pada suatu ketika dahulu adakalanya berlaku dalam situasi yang berada di luar kemampuan akal manusia untuk memahami apakah sebenarnya punca yang mengakibatkan berlakunya ben-cana yang tidak diingini. Punca bagi setiap kema-langan mungkin berbeza-beza dan alasannya mungkin ada pelbagai teori tetapi kesannya sentiasa drastik dan memilukan.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Pada 21 April 2021 yang lalu, sebuah kapal selam kelas Cakra milik Ten-tera Nasional Indonesia – Angkatan Laut, KRI Nanggala 402 telah dinyatakan sebagai hilang setelah beberapa jam terputus hubungan dengan pengkalan darat ketika be-rangkat menjalani latihan tem-bakan torpe-do di utara perairan Bali dan telah melancarkam torpe-do hidup SUT sebelum hilang.

Titik terakhir sebelum Nanggala 402 terputus hubungan


TNI-AL menganggarkan bahawa bekalan oksigen kapal selam itu hanya boleh bertahan selama kira-kira tiga hari dari waktu terputus hubungan. Banyak kapal-kapal domestik dan antarabangsa termasuk milik Ten-tera Laut Diraja Malaysia telah dikerah membantu Indonesia dalam usaha mencari, dan, jika ada keajaiban, menyelamatkan KRI Nanggala 402.

Walau bagaimanapun Nanggala telah diisytiharkan sebagai “On Eternal Patrol” yang bermaksud tiada nyawa yang terselamat kerana le-tupan yang dipercayai berpunca dari kadar tekanan air itu telah memecahkan Nanggala kepada tiga bahagian.Selain daripada kemungkinan bertindak atas dasar SOP dan hubungan diplomatik, segala usaha yang disumbangkan oleh pelbagai negara dari seluruh dunia kepada Indonesia dalam kadar segera itu mungkin adalah sebahagian daripada kesan satu lagi kema-langan maritim yang dijadikan pengajaran oleh semua pihak tentang betapa pentingnya membuang keegoan politik seketika dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menawarkan bantuan.

Ban-gkai Kursk

Kalau kalian pernah menonton sebuah filem yang berjudul Kursk, ia berdasarkan satu peristiwa yang menimpa ke atas sekumpulan kru kapal selam berkuasa nu-klear kelas Oscar II milik Ten-tera Laut Rusia, APL Kursk, di mana seluruh anak kapal terbu-nuh dalam keadaan yang sangat menyayat hati dan menjadi kontroversi di seluruh dunia akibat dari keegoan ten-tera Rusia.

LATAR BELAKANG

Kapal selam Kursk mendapat namanya dari nama kota Kursk yang menjadi medan bagi pertem-puran Kursk dilancarkan. Pertem-puran yang berlaku pada tahun 1943 ketika Pe-rang Dunia Kedua ini dianggap sebagai pertem-puran di antara unit kereta kebal yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah.

Kepentingan dan keperluan agar semua pihak memahami bahawa tra-gedi yang menimpa kapal selam Kursk itu bukan sekadar kerana kema-langan yang dihadapinya semata-mata, tetapi juga kerana ciri-ciri kapal ten-tera laut dan teori-teori yang menyusul selepas ia diketahui telah tenggelam di tengah Laut Barents pada 12 Ogos 2000, pukul 11:28 pagi waktu Rusia.

Kapal selam Kursk

Kursk adalah sebuah kapal selam berkuasa nu-klear dan dari sudut pandang keten-teraan Rusia yang semakin menipis, nilai relevannya untuk mempertingkatkan tahap penguasaan Rusia dari segi tenaga nu-klear sangat besar dan ketara. Namun, apa yang sepatutnya menjadi latihan keten-teraan rutin akhirnya menjadi mimpi ngeri yang nyata bagi anggota kru kapal selam Rusia yang sangat canggih, yang dikategorikan di bawah kerangka K-141, setelah ia mele-tup dan binasa ditelan lautan biru dalam lantas membu-nuh kesemua anak kapal, hampir sama seperti yang dialami oleh KRI Nanggala 402.

Selepas berlalunya kejadian itu, beberapa teori yang dikemukakan boleh disenaraikan seperti berikut:

  • Kerajaan Rusia dan pegawai-pegawai keten-teraan menimbulkan spekulasi bahawa kapal selam Kursk telah bertembung dengan kapal selam Amerika Syarikat yang menyebabkan lambung kapal selam yang sedang berada pada tahap tekanan berganda terus mele-tup. Walaupun teori secara keseluruhannya teori perlanggaran itu diterima, pegawai AS menolak dari menerima tuduhan bahawa kapal selam AS bertanggungjawab di atas perlanggaran tersebut walaupun memang beberapa buah kapal selam AS berada di sekitar lokasi Kursk karam ketika itu.
  • Teori kedua yang dikemukakan adalah kemungkinan kapal selam Kursk telah bergesel atau berlanggar dengan objek seperti batuan atau terlanggar dasar laut pada bahagian luar lantai kapal yang menyebabkan sen-jata yang dimuatkan di dalam kapal selam itu mele-tup sehingga menyebabkan kemus-nahan pada skala yang besar.
Kerja-kerja post-mortem Kursk

Walau bagaimanapun, teori yang paling kukuh dan terbukti pada tahap yang tinggi adalah teori penggunaan bahan bakar tidak berkualiti untuk melancarkan torpe-do dari kapal selam telah mencetuskan ledakan ketika aktiviti latihan keten-teraan sedang berjalan.

Penggunaan Hidrogen Praoksida pada torpe-do yang dinuatkan di dalam kapal selam telah dianggap sebagai penyebab utama, ia mencetuskan le-tupan awal yang mendorong kepada le-tupan susulan pada kadar kemus-nahan yang lebih besar. Dalam konteks ini, sebelum ben-cana ini berlaku, ten-tera laut Inggeris sejak awal lagi telah melarang penggunaan Hidrogen Praoksida sebagai cecair pendorong bahan bakar kerana sifatnya yang sangat mudah terbakar dan tidak dapat dijangka kesannya.

Seperti mana kapal-kapal ten-tera yang lain di kawasan itu, kata sepakat yang diambil berkenaan jarak masa kor-ban bagaimana pun berada dalam dua le-tupan yang berlaku dalam selang waktu dua minit antara mereka. Impak kedua-dua le-tupan ini bervariasi pada skala berkuasa trinitrotoluena (TNT);  Le-tupan pertama melepaskan sekitar 100-250 kg daya kuasa TNT, dan le-tupan kedua melepaskan sekitar 3-7 tan daya kuasa TNT.

Apabila dikira pada ukuran skala Richter, tahap ketumpatan le-tupan yang pertama mencapai 2.2 manakala le-tupan kedua mencapai ketumpatan sekitar 3.5 hingga 4.4 skala ritcher. Ketika kapal selam Kursk mele-tup, 95 dari 118 orang anggota kru ma-ti serta-merta sementara 23 orang yang terselamat terpaksa bertarung nyawa selama hampir 24 jam di dalam sebuah bilik pada kompartmen kapal yang berjaya dipulihkan kerosakan dan kebocoran sementara, sebelum mereka semua akhirnya ma-ti kerana le-mas.

Rajah menunjukkan tempat berlakunya le-tupan pertama

Daya kekuatan dan impak dari le-tupan kapal selam Kursk ini untuk seketika telah menyebabkan kebimbangan terhadap akan berlakunya ben-cana nu-klear semakin meningkat. Tetapi kebimbangan ini dihentikan segera kerana difahamkan bahawa tidak ada sebarang aktiviti nu-klear yang tidak normal telah berlaku di dalam kapal selam dan reaktor nu-klear pada kapal selam itu tidak dibuka.

Ten-tera Laut Rusia tidak menyedari bahawa kema-langan telah berlaku, dan ketika mereka menyedarinya, mereka menyangkakan kesemua anak kapal akan ma-ti sekaligus, ini menyebabkan mereka tidak memulakan kerja-kerja mencari dan menyelamatkan kapal selam Kursk selama lebih dari enam jam. Oleh kerana boyan kecemasan kapal selam itu memang sengaja dilumpuhkan bagi tujuan latihan sebelum itu, akhirnya Ten-tera Laut Rusia memerlukan masa lebih dari 16 jam untuk mencari kapal yang tenggelam.

Liuetenan Kapten Dmitri Kolesnikov menyedari beliau dan kesemua kru yang terperangkap tidak akan bertahan. Dalam keadaan berserah dan putus asa, beliau menulis satu catatan tentang apa yang telah berlaku di kapal selam itu bagi membantu pegawai ten-tera laut dengan harapan ia akan ditemui. Lebih meruntun hati, beliau turut melampirkan sekeping kertas lain sebagai surat ucapan selamat tinggal kepada isterinya, Olga

Surat terakhir ditinggalkan Kolesnikov

Surat ini hampir tidak dapat lagi dibaca kerana telah dibasahi air. Ia ditemui pada salah satu poket bajunya setelah mayatnya berjaya dikeluarkan dari kapal selam Kursk. Surat Kolesnikov menerangkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat 23 orang yang masih hidup.

Dia membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 5 orang pegawai di kompartmen belakang kapal selam telah melanggar protokol dengan meninggalkan kedudukan mereka setelah le-tupan meletus apabila menyedari bahawa kru lain di bahagian hadapan kapal selam telah ma-ut dalam in-siden yang mele-tupkan tiga bahagian utama kapal selam itu pada pagi 12 Ogos.

Mereka mengambil langkah ‘melanggar protokol’ iaitu bergerak dari satu kompartmen ke kompartmen yang lain, lalu berkumpul di kompartmen ke-9, yang menempatkan satu-satunya pintu keluar kecemasan di belakang. Namun, terdapat kemungkinan pintu kecemasan telah mengalami kerosakan dan tak dapat dibuka akibat dari kesan le-tupan. Ini menjelaskan mengapa mereka tidak keluar menyelamatkan diri dengan menggunakan kelengkapan menyelam yang disediakan di dalam kapal.

“Semua kakitangan dari kompartmen enam, tujuh dan lapan berpindah ke kompartmen kesembilan. Ada 23 orang terselamat di sini. Kami telah mengambil keputusan ini sebagai akibat dari kema-langan itu. Tidak ada sesiapa pun yang dapat keluar.”

Kemudian, tulisan tangan Kolesnikov semakin sukar untuk dibaca, selain dari angka 13 dan 5, diikuti dengan kata-kata “Aku menulis tanpa melihat apa-apa”, merujuk kepada kegelapan yang berlaku akibat kehabisan bekalan kuasa elektrik di dalam kapal selam.

Walau bagaimanapun, faktor paling jelas yang menyebabkan kor-ban yang sepatutnya mungkin masih boleh diselamatkan itu, adalah gara-gara sikap berpolitik yang penuh keegoan oleh pegawai dan laksamana armada laut Rusia yang berterusan menolak kenyataan tentang betapa masa semakin suntuk dan getirnya keadaan ketika itu, serta keangkuhan mereka yang menolak tawaran dari United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi menyelamatkan kru kapal yang terperangkap dalam keadaan bekalan oksigen yang terhad itu.

Keangkuhan laksamana Rusia yang secara terang-terangan menolak tawaran bantuan yang sangat diperlukan bagi menyelamatkan 23 lagj nyawa di dalam kapal selam itu telah mencalarkan imej kerajaan Rusia dalam gambaran yang sangat buruk. Kerajaan Rusia diibaratkan lebih sanggup membiarkan 23 pelautnya ma-ti dalam keadaan terseksa meninggalkan ahli keluarga mereka, daripada kehilangan sedikit maruah kerana menerima bantuan musuh sejak pe-rang dingin itu.

Bahagian pintu utama Kursk yang dijadikan tugu peringatan

Ten-tera Laut Rusia hanya mengalah dan menerima bantuan asing selepas lima hari berlalu sejak kema-langan itu berlaku, dan segalanya sudah terlambat bagi kru kapal selam Kursk yang sedang mengharapkan keajaiban. Ketika penyelam British dan Norway berjaya membuka pintu masuk yang menghubungkan laluan kecemasan pada kompartmen ke-9 kapal selam itu, tiada sesiapa yang ditemui terselamat.

Kesemua 118 anak kapal Kursk telah ma-ti dalam keadaan yang cukup menyedihkan, kerana mereka semua sering keluar menjalankan tugas tanpa menerima bayaran yang sewajarnya sebagai balasan di atas khidmat bakti mereka yang berdedikasi kepada Ten-tera Laut Rusia.

Dalam usaha mencapai keunggulan militari yang pernah Rusia nikmati suatu ketika dahulu dan mengembalikan imej kuasa besar yang tidak pernah dikehendaki kru kapal selam Kursk, nyawa mereka yang tidak bersalah dikor-bankan. Kapal selam itu akhirnya dibawa pulang dan ma-yat-ma-yat yang ditemui berjaya dinaikkan ke permukaan dalam Dutch Operation yang dilaksanakan pada tahun 2001. Daripada 118 orang yang ma-ti, 115 ma-yat kru Kursk berjaya ditemui, ini sudah cukup untuk mengubati sedikit duka di hati ahli keluarga mereka.

Sudah dua dekad berlalu sejak tra-gedi kema-langan Kursk. Dunia mungkin telah melupakan kapal selam Kursk tetapi bagi ibu bapa dan insan yang tercinta, ia merupakan tarikh yang tidak akan pernah dilupakan. Namun tahun ini menyaksikan sekali lagi tra-gedi kapal selam mele-tup telah berlaku di perairan Bali, namun, walaupun telah bertindak pantas, Nanggala 402 tidak juga berjaya diselamatkan, hanya beberapa barangan dari kapal selam tersebut berjaya ditemui, termasuklah kain sejadah yang menandakan terdapat ramai orang Islam di kalangan anak kapal KRI Nanggala 402.

Keberangkatan terakhir Nanggala 402

Selain daripada Kursk dan Nanggala 402, terdapat beberapa lagi kes kemala-ngan ma-ut yang melibatkan kapal selam dari pelbagai negara telah berlaku sepanjang tahun 2000–2021 seperti lampiran rajah di bawah, namun Kursk mungkin yang paling menyedihkan berikutan sikap pemimpin yang mementingkan diri ego demi kuasa politik.Kami di Malaysia turut sama melahirkan rasa dukacita di atas kejadian ini, tindakan pantas Malaysia dan negara-negara lain menandakan kita sedang menjalin hubungan yang baik dengan Indonesia walaupun masing-masing sedang bergelut menghadapi ancaman wabak COVID-19. Semoga keluarga mereka yang gugur dikurniakan kesabaran dan tabah menghadapi dugaan. Salam takziah.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

RUJUKAN:

Moore, Robert (2003). A Time to Di-e–The Untold Story of the Kursk Tra-gedy. New York: Crown Publishers, Random House

Pattisina, Edna C; Puttranto, Angger (21 April 2021). “Kapal Selam KRI Nanggala-402 Hilang di Utara Bali”. Kompas.id.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.