Pada 3 April lepas, Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir mengadakan Perarakan Emas Firaun-Firaun membabitkan 22 mumia Firaun dan ratu yang pernah memerintah Tamadun Mesir Purba. Perarakan ini dibuat bukan saja untuk mengenang kegemilangan tamadun tersebut tetapi untuk memindahkan lokasi mumia-mumia pemerintah Mesir Purba dari Muzium Mesir di pusat bandar Kaherah ke Muzium Negara Peradaban Mesir (NMEC) di Fustat, selatan Kaherah.
Perarakan bermula pada waktu matahari terbenam di Dataran Tahrir. Mumia-mumia yang diarak diberi penghormatan tem.ba.kan 21 das meriam sebelum dibawa ke jalan raya sepanjang Sungai Nil. Menurut pihak kementerian, kesemua 22 Firaun dan ratu ini merupakan pemerintah Zaman Baru Tamadun Mesir Purba iaitu sekitar 1539 hingga 1075 SM. Kesemua 22 pemerintah ini dibawa mengikut kronologi era pemerintahan mereka ke NMEC.
Video liputan berita Perarakan Emas Firaun-Firaun pada 3 April 2021:
Mumia-mumia ini diletakkan dalam kenderaan-kenderaan khas sambil diiringi oleh figura-figura terkenal Mesir hari ini seperti bintang filem, penyanyi dan penari terkenal. Mereka berjalan di sepanjang tebing Sungai Nil dikelilingi oleh pasukan pengawal berkuda, orang ramai dan krew-krew televisyen. Bagi memastikan setiap mumia tetap utuh semasa dibawa ke NMEC, mumia diletakkan dalam keranda khas berisi gas nitrogen dan dipasang penyerap kejutan.
Pakar kaji purba Mesir dari American University in Cairo, Dr Salima Ikram memberi jaminan semua mumia bakal ditempatkan dalam ruang yang lebih baik di NMEC. Ini kerana NMEC mempunyai kawalan suhu dan kelembapan yang lebih baik bagi tujuan pemeliharaan mumia dan pengenalan kepada persekitaran pameran di tempat baru.
Antara pemerintah Mesir Purba yang dibawa dalam perarakan ini ialah Firaun Ramses II dan Ratu Hatshepsut. Ramses II didakwa sebagai Firaun yang hidup pada zaman Nabi Musa a.s dan sebahagian daripada gerombolan te.nt.te.ra Mesir yang ditenggelamkan Allah s.w.t semasa cuba mengejar baginda dan Bani Israel menyeberangi Laut Merah. Manakala Hatshepsut pula merupakan Firaun wanita kedua dalam sejarah Mesir Purba dan memegang rekod sebagai Firaun wanita paling lama memerintah dalam kalangan Firaun wanita lain.
Bagi Dr Zahi Hawass, penganjuran perarakan sebegini sebagai tepat pada masanya. Sebelum ini, usaha penganjuran perarakan terpaksa ditangguhkan berikutan situasi pandemik Covid-19 dan perlaksanaan SOP ketat termasuk larangan berkumpul secara beramai-ramai. Dengan bilangan kes mula menurun, SOP pandemik dilonggarkan sekaligus membolehkan ramai warga Mesir menonton perarakan tersebut.
Dr Zahi yang juga bekas Menteri Antikuiti Mesir melihat acara ini sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada warga Mesir yang terkesan akibat pandemik. Tambahnya, ini juga merupakan peluang terbaik bagi negara itu berbangga dengan legasi sejarahnya yang panjang terutama pencapaian para Firaunnya yang hebat.
Begitupun, sesetengah warga Mesir percaya menganjurkan perarakan ini ibarat menjolok sarang tebuan. Mereka percaya dengan mengganggu lokasi persemadian para Firaun ini, ia mendedahkan Mesir kepada sumpahan berisi an.ca.man penuh pe.ta.ka kepada sesiapa yang mengganggu ‘lena’ mereka. Mereka merujuk kepada pelbagai insiden yang berlaku sebelum ini sebagai petanda kebenaran sumpah tersebut.
Pada minggu lepas, Mesir dikejutkan dengan kem.ala.ngan keretapi di Sohag yang mengo.rb.ankan puluhan orang penumpang. Ini disusuli dengan insiden bangunan ru.nt.uh di Kaherah yang menyaksikan 18 orang penghuni terb.un.uh. Dan siapa tidak boleh lupa insiden kapal Ever Given yang terkandas di Terusan Suez baru-baru ini.
Kesemua insiden ini dikatakan berlaku semasa pihak muzium sibuk menguruskan pemindahan mumia-mumia Firaun ke NMEC. Bila ditanya tentang hal berkenaan oleh pihak media, Dr Zahi hanya mampu tergelak dan menyifatkan perkara tersebut sebagai perkara karut. Sebaliknya, beliau mengingatkan menerusi ruang pameran baru di NMEC, ia dapat menjadi alat pendidikan berguna tentang Tamadun Mesir Purba termasuk perihal para pemerintahnya.
Selain isu sumpahan, pameran mumia-mumia Firaun turut mengundang perdebatan tentang isu etika mempamerkan ma.ya.t. Bukan satu rahsia hal ini tidak dipersetujui ramai ulama Mesir dan ia turut mendapat sokongan Presiden Mesir ketiga, Anwar Sadat.
Pada 1980, beliau meminta Bilik Makam Diraja di Muzium Mesir ditutup dan kesemua mumia yang dipamerkan dikebumikan semula. Bila ditanya mengapa permintaan tersebut diutarakan, Sadat menyifatkan mumia-mumia ini berhak dilayan seperti manusia biasa dan dijamin haknya termasuk diberi pengebumian. Bagaimanapun, permintaan tersebut tidak dilaksanakan lebih-lebih lagi selepas beliau dib.un.uh dalam satu se.ra.ngan kumpulan ra.di.kal pada 1981.
RUJUKAN:
Bhushan, R. (2021). Pharaoh’s Parade: Mummified Display of Egypt’s Glorious Past. Ancient-Origins.
Hussein, W. (2021). Egypt mummies pass through Cairo in ancient rulers’ parade. BBC News.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih