Kacau orang melatah ini memang seronok sebab kita baru agak sikit sahaja, mereka sudah terkejut beruk. Hal ini membuatkan kita terhibur dengan gelagat orang yang kuat melatah kerana akan buat perkara pelik-pelik. Antaranya seperti terkeluar suara itik, terloncat-loncat dan mencarut tak tentu pasal. Tetapi jangan sesekali usik mereka ketika sedang pegang benda tajam ataupun membawa kenderaan. Dikhuatiri perbuatan anda akan membuatkan mereka melatah sehingga mencederakan diri sendiri orang lain.

Jangan terkejut kerana orang kita punya melatah ini telah membuatkan British pelik sebab dekat negara mereka tiada sifat tersebut. Buktinya sifat ini ada diterangkan dalam buku Malay Sketcher yang ditulis oleh Frank Swettenham. Ketika memasuki kawasan Kerian di Perak, Frank Swettenham berjumpa dengan ramai orang yang kuat melatah. Pada mulanya, dia mungkin beranggapan hanya orang Kerian sahaja yang berperangai sedemikian.

Sebelum kalian habis bacaan artikel ini, apa kata kalian beli buku terbaru kami berkaitan dengan Tamadun Melayu iaitu Kitab Tamadun Melayu. Boleh dapatkan di pautan: bit.ly/3QEHLOI

Namun ketika Frank Swettenham menetap bersama 25 orang askar Melayu di Langat, dia mendapati ada dua orang askar begitu kuat melatah. Frank Swettenham pelik sebab dua orang askar tersebut berasal dari Melaka dan tiada kaitan langsung dengan Perak. Perhati punya perhati, Frank Swettenham berpendapat melatah adalah sifat khas orang Melayu.

Tanjat boboi

Persoalannya sekarang kenapa rakyat Malaysia kuat melatah?

Menurut Hugh Clifford, budaya melatah dalam kehidupan masyarakat Tanah Melayu berpunca daripada cuaca yang tidak menentu. Perkara ini telah menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat kerana mereka akan terganggu untuk melaksanakan tugas seharian seandainya cuaca tiba-tiba berubah. Dari situ dikatakan masalah latah ini muncul kerana rasa gelisah jika ada sesuatu yang mengganggu. Apabila diusik, mereka akan terus terkejut sehingga mengeluarkan carutan dan meloncat-loncat.

Seterusnya, budaya latah dikaitkan dengan tempat tinggal orang Melayu yang kebiasaannya duduk di kawasan kampung ataupun luar bandar. Jadi orang Melayu sudah terbiasa dengan kesunyian dan kesepian. Bunyian yang agak kuat sangat asing bagi mereka sehingga jika diusik atau disergah pasti akan terkejut. Sedikit demi sedikit budaya latah muncul setelah perbuatan mengusik dilakukan berulang kali sehingga terkeluarnya carutan. Salah satu cara untuk atasinya adalah duduk di kawasan bandar. Ini kerana suasana di bandar adalah sangat bising sehingga mustahil untuk rakan-rakan mengusik anda sehingga melatah.

Oleh sebab masih ramai yang bertanya tentang kedua buah buku ini, kami akan meneruskan promosi ini sehingga 15 September ini! Kali ini, kedua buku ini dapat dibeli di Shopee kami!
Jom, klik link di bawah sekarang!
Pencari Cincin Sakti : http://bit.ly/PencariCincinShopee
Sate Untuk Jembalang : https://bit.ly/SateJembalangShopee

Selain itu, budaya latah boleh wujud kerana refleks kita yang mahu mempertahankan diri daripada sebarang bahaya. Sama macam kita pegang cerek panas, dengan pantas kita akan alihkan tangan bagi elak melecur. Jadi apabila seseorang itu diusik atau disergah secara mengejut, segala carutan tersebut boleh dianggap sebagai mahu mengusir anasir jahat daripada datang mengganggu. Malah ada yang beranggapan budaya latah ini wujud angkara penjajahan barat terhadap Asia Tenggara. Penjajahan tersebut telah mengwujudkan ketakutan dalam kalangan rakyat tempatan kepada kuasa asing. Mungkin sebab British, kita semua kuat melatah.

Ditambah lagi, orang yang kuat melatah ini digambarkan sebagai pemalu dan penakut. Kalau kena sergah secara tiba-tiba memang meloncat dan terus mencarut tanpa dapat dibendung. Senang cerita melatah ini merupakan salah satu tindakan luar kawal kerana hadirnya tanpa dipinta dan perginya dirindui.

Kesimpulannya, latah merupakan ciri khas rakyat Malaysia ataupun masyarakat orang Melayu yang sukar ditemui di mana-mana bahagian dunia. Lepas ini kalau nampak kawan anda kuat melatah, anggap sahajalah dia kesunyian sehingga sangat sensitif dengan bunyi bising.


Kami menulis ikut semangat untuk bantu orang ramai dapatkan ilmu secara percuma. Sebab itu kami enggan buat konsep langganan artikel (subscription). Tetapi kami mohon jasa baik kalian untuk beli buku kami. Dengan pembelian buku, kalian sedang membantu kami teruskan semangat ini sampai bila-bila. Link pembelian: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply