Hajjaj bin Yusuf ath-Thaqafi Sang Penumpah Darah. Dia ni siapa? Kenapa ulama’ sampai cop zalim? “Nyawa manusia murah,” tagline Hajjaj, aktor realpolitik. Dia peduli apa, tak kira la Sahabat Nabi, ulama’ atau awliya’ ramai yang terkorban angkara percaturannya. Semua kezaliman Hajjaj telah diriwayatkan Ibnu Asakir dalam kitab Tarikh Madinat Dimasyq.

Kalau Khilafah Islam adalah komik superhero, watak Hajjaj adalah antihero. Macam watak Deadpool yang selamba ‘terbunuh’ orang awam. Necessary Evil. Imam Tabari cerita yang Ibnu Ash’ath cabar Hajjaj sampai mengelarkannya Firaun tau!

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Puncak karier politik Hajjaj bila dia dilantik jadi gabenor Iraq (694–714 M). Satu hari pada pagi pelantikannya, dia sengaja melewat-lewatkan khutbah. Matahari kian meninggi, orang ramai semakin tidak selesa. “Hei Hajjaj, bila nak start?! Matahari tak tunggu engkau!” Suara siapa tu, Hajjaj terkejut. Oh rupanya itulah suara orang alim, Abdullah bin Umar. Sejak hari tu, Hajjaj ni bengkek semacam dengan anak Umar al-Khattab ni. Pada satu masa, dia plan assasinate ulama’ ni. Dia suruh sorang lelaki racun Abdullah bin Umar ketika bertawaf di Kaabah. Rancangannya berjaya. Sampailah orang tak berdosa ni sakit tenat di rumahnya, Hajjaj buat-buat tak tau dan datang ziarah. “Kesian, apa jadi kat kamu ni” tanya Hajjaj berlakon. “Eh, kan kau yang buat ni!” Abdullah bin Umar jawab balik. Wali Allah, mestilah kasyaf.

Zaman Hajjaj ni jugaklah, bangunan Kaabah pernah runtuh. Padahal adat jahiliah sekalipun, tak berani nak bergocoh dekat Masjidil Haram. Hajjaj biasalah perangai macam Deadpool, peduli apa adab dan peraturan! Dia gunakan catapult untuk lontarkan batu besar ke dalam ruangan tawaf bertujuan membunuh musuhnya, Abdullah bin Zubair. Dia nak jatuhkan terus lelaki yang asaskan Khilafah baru kat Hijaz.

Sehinggalah suatu hari, seekor kumbang menggigit jarinya. Sengatan itu merebakkan kuman. Kulitnya membengkak dan melarat pedih. Akhirnya, setelah gagal dirawat dan disahkan menghidap penyakit kecacingan, Hajjaj mati terseksa. Seperti inilah Allah menghina pemimpin yang zalim dan sombong. Sebagaimana Raja Namrud yang sombong mati akibat gigitan kecil nyamuk, begitulah Allah hinakan Hajjaj dengan gigitan kecil kumbang.

Imam Malik pesan, “Seburuk-buruk Hajaj, dia ada jasa.” Sumbangannya tidak dilupakan, dialah yang meletak titik pada mushaf al-Quran dan mengkhususkan nama bagi setiap Surah. Banyak perbuatannya mengatasnamakan kestabilan daulah.

Ada sebut dalam Ihya’ Ulumiddin, Kitab Ilmu: “Sesungguhnya Allah akan menguatkan agama ini dengan kaum yang tidak berbudi” dan “Sesungguhnya Allah akan menguatkan agama ini dengan orang yang zalim.” Ungkapan ini mesti difahami dalam konteks yang tepat.

Disclaimer: Bukan nak kata Islam sokong kejahatan atau kalau Islam nak menang mesti pemimpin kena jahat. Tidak. Walhal Islam iaitu Rasulullah dan Khulafa’ Rashidun sungguh menjunjung keadilan. Sebenarnya, ungkapan ni Imam Ghazali selitkan dalam perbahasan ilmu kalau tak amal jadi sia-sia. Maknanya, kan Hajjaj ni hidup zaman ramai sahabat Nabi, ulama’ dan awliya’. Tapi dia tak ambil manfaat orang soleh tu semua. Bahkan dia bunuh pulak diorang. Walaupun alasan keputusan politiknya bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara, tindakan yang diambil Hajjaj jahat dan tidak berperikemanusiaan. Negara Islam selamat, tapi dia sendiri belum tentu selamat di akhirat. Salafussoleh siap sebut dalam Bidayah wa Nihayah: “Takde satu larangan Allah pun kecuali dah dilakukan oleh Hajjaj.”

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.



Dinasti Umayyah terkenal dengan penindasan kepada Ahlul Bait dan Sahabat Nabi. Bahkan menantu dan cucu cicit Rasulullah dicerca di atas mimbar sebelum amalan buruk ini dihentikan oleh Umar bin Abdul Aziz. Tempoh khilafah ini jua di antara terpendek dibandingkan yang lain. Dari tahun 661 sampai 750 M sahaja.

Muawiyah bin Abi Sufyan, sahabat Nabi dan pengasas Khilafah Bani Umayyah pernah cerita: Pada satu malam, Rasulullah bermimpi Bani Umayyah menguasai pemerintahan dan membentuk khilafah. Tak lama kemudian turunlah Surah al-Qadr.

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ ألْفِ شَهْرٍ
“Lailatul qadr lebih baik daripada seribu bulan.”

Qasim mentakwilkan: “Bani Umayyah bertahan 1,000 bulan sahaja”. Sejarah menuliskan, Khilafah Umayyah bertahan dalam 89 tahun sahaja. Dekat dah dengan takwilan 1,000 bulan yang bersamaan 83 tahun. Rujukan: Tafsir Tabari bagi Surah al-Qadr.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply