Sejak akhir-akhir ini, servis perkhidmatan membeli-belah atas talian seperti Grab, Foodpanda dan Shopee sentiasa menjadi pilihan utama kita semua. Dengan hanya memegang smartphone dan buat beberapa klik, barang ataupun makanan akan terus sampai di depan rumah. Memang mudah sebab tak perlu bergerak dan sangat menjimatkan masa.

Masalahnya service app ni jadi makin jahat apabila sudah menakluk ataupun monopoly pasaran. Seperti Shopee agak dikenali sebagai service app yang gemar berikan baucer free delivery kepada pelanggan. Selepas app ini menjadi pilihan utama pelanggan, mula dah buat perangai dengan menarik kembali baucer free delivery. Lepas itu, seller tidak dibenarkan memilih kurier sendiri dan semuanya Shopee tentukan.

Foodpanda dan Grab pula turut dijangkiti penyakit sama kerana buat juga perangai pelik-pelik. Kedua-duanya caj peniaga dengan kadar yang agak tinggi hingga memaksa harga makanan dinaikkan. Paling merana sekali adalah rider sebab masa awal dulu diberikan komisen begitu tinggi. Tapi sekarang sangat sedikit sehingga ramai rider beranggapan mereka sedang dianiaya.

Menanti hari keramat
Menentang service app jahat
Tiada yang dapat membunuh semangat
Membara di jiwa rider!!!

Persoalannya kenapa service app semua ni berperangai sedemikian rupa? Padahal pada peringkat awal mereka berjaya menambat hati pelanggan dengan tawaran tidak masuk dek akal.

Jawapannya paling mudah adalah ketiga-tiga service app ini sudah membakar begitu banyak duit sejak awal penubuhannya. Tujuannya adalah untuk menarik lebih ramai orang menggunakan service mereka sehingga mampu menguasai pasaran. Antara daya tarikan itu adalah seperti promosi, baucar dan bermacam lagi.

Sebelum nak capai semua ini, sesebuah entiti perniagaan tersebut perlu mengenal pasti masalah pelanggan dan cuba selesaikannya. Masalah sudah selesai tapi sekarang tibalah masa untuk entiti perniagaan itu berkembang dan tarik ramai orang. Caranya adalah bakar duit dan running at loss dalam beberapa tempoh masa yang telah ditetapkan.

Seni perniagaan sudah lama menjadi sebahagian daripada unsur ketamadunan Melayu. Kita kena cekal diri dan ketahui rahsia agung bangsa sendiri! Kami sedia membantu, dengan menawarkan buku KITAB TAMADUN MELAYU. Banyak selok-belok sejarah bangsa yang mungkin kalian tidak tahu. Tetapi dengan hanya SATU PEMBELIAN, rahsia agung bangsa terbentang luas untuk kalian lombong. Link pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Melayu-i.238336777.3238415852?

Sebagai contoh, Shopee tertubuh setelah pengasasnya melihat Taobao telah memudahkan rakyat China untuk membeli-belah tanpa perlu bergerak dengan lebih jauh dan membuang masa. Perkara ini boleh relate jika anda tinggal di Kerayong dan mahu membeli kasut Adidas. Jadi anda perlu bergerak ke bandar terdekat iaitu Temerloh yang mengambil masa sehingga 1 jam perjalanan. Jika bernasib baik anda dapat kasut yang diinginkan. Jika tidak, anda akan pulang hampa dan secara tidak langsung telah akan membuang masa.

Dengan adanya Shopee, anda hanya perlu search kasut yang berkenan di hati. Kalau ada stok, boleh terus beli dan tambah beberapa baucar. Maka anda akan dapat kasut yang lebih murah dan kena tunggu beberapa hari sehinggalah barang sampai.

Sama seperti Foodpanda dan Grab, mereka nampak jarak kedai dan rumah agak jauh. Lepas itu jalan makin sesak dan kita semua memang tak kan nak keluar rumah semata-mata nak beli nasi goreng kampung. Jadi Foodpanda dan Grab tawarkan penyelesaian dengan menghantar makanan di depan pintu rumah kita dalam beberapa minit sahaja. Kita cuma perlu memilih makanan yang dimahukan dan terus membuat bayaran.

Ditambah dengan beberapa baucar lagi, kita akan dapat makanan yang lebih murah berbanding beli sendiri. Memang berpusulah nak guna aplikasi ini. Senang cerita service app ini sanggup membakar duit kerana mereka yakin syarikat akan membesar di masa hadapan. Mereka juga yakin dengan nilai jenama ketika syarikat sudah mula menjadi pilihan pelanggan. Mereka buatlah perkara pelik-pelik seperti tarik balik baucar dan bayar rendah dengan rider, kita semua akan tetap gunakan khidmat mereka. Nampak tak mereka dah lama rancang, kita sahaja yang lalai.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Apa-apapun perkara ini turut terjadi dalam syarikat-syarikat antarabangsa. Seperti Amazon, mereka perlu running at loss dalam masa yang begitu lama sebelum dapat menuai hasil. Netflix pula siap buat pinjaman untuk memastikan mereka mampu bertahan pada ketika awal penubuhannya. Setelah berjaya menjadi gergasi nombor 1 penstriman dunia, Netflix gunakan balik segala duit yang pelanggan bayar mereka untuk lunaskan hutang dan barulah dapat menjana keuntungan.

Kesimpulannya anda buat buatlah apa-apa sekalipun seperti demonstrasi ataupun bergolek di atas jalan, kapitalis tetap kapitalis. Mereka akan buat juga perangai kerana dah bakar duit begitu banyak. Jadi pilihan ada pada kita, boikot dan gunakan aplikasi yang lain. Kalau susah sangat, start sahaja motor dan terus ke kedai untuk beli nasi goreng kampung.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

 

RUJUKAN:

Das, R. (2019, Ogos 30). Why investors pay billions to loss-making startups? Linkedin. Dipetik daripada https://www.linkedin.com/pulse/why-investors-pay-billions-loss-making-startups-rupam-das/

Garg, T. (2022, Julai 3). Why do investors invest in loss-making startups? Startup Talky. Dipetik daripada https://startuptalky.com/why-investors-invest-unprofitable-startups/

Mullaney, T. (2017, Ogos 1). Be a boss like Bezos and Musk: 5 reasons losing money can lead to billionaire success. CNBC. Dipetik daripada https://www.cnbc.com/2017/08/01/be-like-bezos-musk-5-reasons-losing-money-can-lead-to-success.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply