Tahukah anda, pada zaman sahabat Rasulullah (RA), al-Quran banyak ditulis di atas kulit unta, kepingan batu dan tulang belulang. Sebuah peristiwa besar yang bernama Pertempuran Talas merubah segala-galanya!

Kertas merupakan komoditi Cina yang penting. Rahsia menghasilkannya dikawal rapi agar tidak jatuh ke tangan kerajaan luar. Islam sebagai agama yang mengangkat Ilmu sangat memerlukan percetakan kertas besar-besaran bagi membantu penyebaran ilmu. Apatah lagi, perintah menulis hutang yang disyariatkan dalam Surah al-Baqarah mewajibkan umat Islam untuk pandai menulis.

Pada 751 Masihi, Kerajaan Islam Bani Abbasiyah yang dipimpin oleh Khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah menghantar angkatan tentera bagi menyerang Kerajaan Cina Dinasti Tang yang dipimpin oleh Maharaja Xuanzhong. Bangsa Arab bernasib baik kerana pada waktu ini musuh sedang menghadapi pemberontakan dalaman di Utara China.

Pertempuran ini berlaku di sebuah lembah yang bernama Talas atau Talaz. Bani Abbasiah dibantu oleh tentera Kerajaan Tibet yang cukup berdendam dengan Dinasti Tang.

Bangsa Cina menggunakan khidmat tentera upahan Karluk yang berjumlah 2/3 daripada keseluruhan tentera mereka. Tanpa diduga, ia menjadi api dalam sekam bagi bangsa Cina apabila tentera Karkuk telah berpaling tadah dan menyerang mereka dalam kekalutan perang.

Kekuatan 10,000 tentera Dinasti Tang jadi tidak bermakna apabila sejumlah besar daripadanya tewas dalam Pertempuran Talas. 2,000 orang Cina sahaja yang dapat lari menyelamatkan diri daripada amukan bangsa Arab, Tibet dan Karluk.

Pertempuran ini telah menentukan takdir wilayah khurasan iaitu Asia Tengah yang memuatkan negara Kyrgyztan, Tajikistan, Kazakhstan, Turkmenistan dan Uzbekistan moden. Kesan kemenangan kerajaan Islam, wilayah di dalamnya juga mempusakai budaya dan agama Islam. Ia menjadi titik penting apabila helaian kertas mula dihasilkan sendiri dalam tamadun Islam.

Semuanya atas jasa pejuang fisabilillah yang tidak pernah mengenal lelah!

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Islam tersebar ke wilayah Khurasan selepas Perang Talas ini. Namun, ia menjadi kukuh dalam budaya masyarakatnya melalui pembangun ilmu dan tamadun Islam. Korang baca la KITAB TAMADUN ISLAM untuk tahu lebih lanjut. Klik https://bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply