Konflik antara Muslim dan Rom sebenarnya dah mula saat terbunuhnya duta Rasulullah, Al-Harits bin Umair yang terbunuh di tangan Syurahbil bin Amr al-Ghassani. Rasulullah menghantar pasukan untuk serang Rom di Mu’tah.

 

Setelah Rom kalah di Mu’tah, kabilah Arab ramai yang melepaskan diri dari Rom dan bergabung dengan umat Islam. Rom berniat menghancurkan pasukan Muslim dan menyiapkan kekuatan besar. Masyarakat Muslim di Madinah pun gelisah, sebab Rom merupakan empayar raksasa yang menakutkan.

 

Maharaja Rom Timur, Heraclius telah menyiapkan pasukan besar mencapai 40,000 tentera, yang mana kabilah Arab Nasrani juga turut bergabung.

 

Rasulullah taknak pasukan Muslim hanya menunggu Rom datang ke Madinah. Rasulullah pun memutuskan keluar dari Madinah dan menyerang Rom di Tabuk.

 

Rasulullah pun segera kirim utusan untuk ajak kabilah-kabilah Arab untuk bergabung. Umat Muslim bersiap dan sumbang keperluan perang setelah diseru Rasulullah.

 

Sayyidina Uthman bin Affan menyumbang 900 ekor unta, 100 ekor kuda, dan juga sejumlah duit. Lalu, Sayyidina Abu Bakar juga menyerahkan semua hartanya yang senilai 4000 dirham.

 

Pasukan Muslim berangkat ke arah utara menuju Tabuk menempuh 800 km. Pasukan Muslim berjumlah 30,000 tentera. Kedua-dua pasukan tak bertembung sebab Rom berpatah ke Utara setelah menyedari kekuatan pasukan Islam.

 

Cuaca yang sangat panas dibantu oleh Allah dengan hujan lebat. Ketika sampai di Tabuk, Allah mendatangkan rasa takut di hati musuh sehingga mereka tidak berani menghampiri pasukan Islam kerana dikatakan melihat 100,000 tentera malaikat dalam pasukan Islam.

 

Pemimpin Ilyah, sebuah kota berdekatan Tabuk, Yuhana bin Ru’bah telah datang kepada Rasulullah S.A.W untuk berdamai, diikuti oleh penduduk Jarba dan Azruh. Mereka bersedia membayar Jizyah dan tunduk kepada Islam.

 

Dengan bertambahnya kekuatan Islam, pasukan Rom telah berundur dan kemenangan dicapai 27 Syaaban 9H tanpa sebarang pertempuran.

 

Rasulullah menemui kabilah-kabilah untuk berdakwah atau mengadakan perjanjian damai di Tabuk yang menyebabkan mereka membayar Jizyah kepada Kerajaan Islam di Madinah. Banyak Kabilah Arab telah melepaskan diri daripada pengaruh Rom dan tunduk kepada Islam.

 

Satu rombongan Pendeta Nasrani dari Lembah Sinai telah datang dan mengadakan Perjanjian Damai dengan Islam, seperti mana Yahudi berdamai dalam Sahifah Madinah.

 

Selepas 10 hari di Tabuk dengan kejayaan besar, pada 6 Ramadan 9H, Rasulullah telah bertolak pulang ke Madinah dan pada 26 Ramadan 9H.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Rasulullah SAW menghadapi pelbagai liku dan cabaran dalam menyampaikan dakwah. Bacalah KITAB TAMADUN ISLAM untuk menghayatinya. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply