Menjelang abad ke-19, Johor mulai hilang kendalinya kepada Empayarnya. Wangsa Temenggung mulai menggantikan wangsa Bendahara sebelumnya di Johor. Sama seperti di Pahang, wangsa Raja Bendahara mulai menduduki takhta semenjak era Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Wan Ali Al-Idrus. Menjelang kemangkatannya, baginda mempunyai dua orang putera iaitu Wan Ahmad dan Tun Mutahir. Tun Mutahir berjaya memenangi takhta tetapi Tun Mutahir tidak melaksanakan amanat ayahandanya untuk menyerahkan hasil cukai Kuantan dan Endau kepada Wan Ahmad.
Tindakan Tun Mutahir ini telah menyebabkan marah kepada Wan Ahmad. Wan Ahmad kemudiannya mengiytiharkan perang terhadap Tun Mutahir dan merancang serangan pada tahun 1857 di Pulau Tekong.
Gerakan Wan Ahmad ini diketahui oleh Tun Mutahir, Tun Mutahir kemudiannya mendapat sokongan dari Johor, iaitu Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan anakandanya, Abu Bakar yang merupakan rakan dagang utama mereka di Singapura. Manakala, di pihak Wan Ahmad, Sultan Ommar Muazzam Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah I telah memihak kepadanya kerana bagi mengekang kebangkitan kuasa Johor. Selain itu, pemerintah Siam turut menyebelahinya kerana bagi mereka ini adalah salah satu kaedah untuk mereka menguasai rantau ini.
Mejar Jeneral William Orfeur Cavenagh, pegawai British di Tanah Melayu mencadangkan penyelesaian menang menang untuk kedua dua pihak. Namun, cadangan ini ditolak oleh kedua belah pihak.
Pada tahun 1862, Wan Ahmad melancarkan serangannya ke atas Johor. Baginda telah menaklukkan Pekan, Ulu Tembeling dan Temerloh. Akhirnya, kemenangan berpihak kepada pihak Pahang dan seterusnya membentuk sempadan Pahang moden sehingga kini.




No comments yet