Peristiwa ini berlaku selepas beberapa siri Perang Salib yang dilancarkan oleh dunia Kristian untuk merebut Baitulmaqdis daripada umat Islam. Walaupun Perang Salib sebelumnya banyak melibatkan tentera bersenjata, Perang Salib Kanak-Kanak unik kerana ia dikatakan terdiri daripada kumpulan besar kanak-kanak dan golongan miskin yang percaya bahawa kuasa spiritual mereka mampu merebut Tanah Suci tanpa memerlukan senjata.
Menurut catatan sejarah, gerakan ini diketuai oleh dua tokoh utama, iaitu Stephen dari Cloyes di Perancis dan Nicholas dari Cologne di Jerman. Kedua-duanya mendakwa menerima wahyu daripada Tuhan yang mengarahkan mereka memimpin ekspedisi ke Baitulmaqdis.
Stephen dan Nicholas berjaya mengumpulkan ribuan pengikut, kebanyakannya kanak-kanak, petani, dan fakir miskin, yang percaya bahawa laut akan terbelah untuk mereka melintasi Laut Mediterranean dengan selamat ke Tanah Suci.
Kumpulan dari Jerman yang diketuai oleh Nicholas dipercayai cuba berjalan ke Itali dengan harapan dapat menyeberangi laut ke Palestin. Namun, mereka terpaksa menghadapi cabaran besar seperti cuaca buruk, kelaparan, dan keletihan. Ramai yang mati di sepanjang perjalanan sebelum sempat sampai ke pelabuhan.
Di Perancis, kumpulan yang diketuai oleh Stephen tiba di pelabuhan Marseille, dengan kepercayaan bahawa laut akan terbelah untuk memberi laluan kepada mereka.
Namun, apabila keajaiban yang diharapkan tidak berlaku, mereka menerima tawaran daripada pedagang untuk menaiki kapal ke Palestin. Malangnya, kapal-kapal tersebut sebenarnya dimiliki oleh pedagang hamba, dan kanak-kanak yang menaikinya dijual sebagai hamba di Afrika Utara dan Timur Tengah.
Apa yang istimewa sangat Baitulmaqdis ni sampaikan kanak-kanak dari Eropah ini pun boleh jadi sefanatik ini? Jawapan kepada semua persoalan ini, kami rakamkan dalam buku kami, tulisan saudara Ayman Rashdan Wong yang bertajuk Palestin: Dari Sungai Ke Segara yang anda boleh dapatkan di Shopee kami: https://s.shopee.com.my/60BgpX7SwG
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih