Bayangkan dua negara yang dipisahkan ribuan kilometer sanggup berperang hanya kerana gugusan pulau kecil di hujung dunia. Itulah kisah Perang Falklands. Konflik gila antara Britain dan Argentina pada tahun 1982, yang bermula bukan kerana minyak, bukan kerana kuasa, tapi kerana maruah nasional.

Kisah ini bermula dengan Kepulauan Falklands, atau Islas Malvinas bagi orang Argentina. kepulauan Falklands merupakan gugusan pulau terpencil di selatan Lautan Atlantik, dekat Antartika. Walaupun kecil, pulau ini sudah lama jadi rebutan antara kedua-dua negara.

Britain menaklukinya pada tahun 1833, tapi Argentina tak pernah mengaku kalah. Mereka anggap pulau itu hak mutlak mereka yang dirampas penjajah.

Ketegangan mula memuncak bila junta tentera Argentina, yang ketika itu sedang bergelut dengan krisis ekonomi dan protes rakyat, mencari cara untuk alihkan perhatian. Pada April 1982, mereka ambil langkah drastik. Mereka hantar tentera mendarat dan menawan Falklands daripada tangan Britain. Bagi mereka, ini langkah “memulihkan maruah bangsa.”

Tapi London tak berdiam diri. Perdana Menteri Margaret Thatcher anggap tindakan Argentina sebagai penghinaan besar terhadap Britain. Dalam masa beberapa hari, beliau arahkan armada laut dan udara untuk belayar sejauh 12,000 kilometer ke selatan.

Misi London jelas, rebut semula Falklands, walau dengan apa cara sekalipun.
Pertempuran sengit pun bermula di laut dan udara. Kapal penjelajah Argentina General Belgrano ditenggelamkan oleh kapal selam British dan membunuh lebih 300 anak kapal. Sebagai balasan, kapal HMS Sheffield milik Britain pula terkena peluru berpandu Exocet buatan Perancis. Suhu peperangan naik mendadak, bahkan dingin Antartika tak mampu menyejukkan ketegangan dua kuasa ini.

Walaupun jarak dan cuaca memihak kepada Argentina, kelebihan teknologi dan latihan tentera Britain akhirnya menentukan kemenangan. Selepas 74 hari pertempuran, pasukan Argentina menyerah kalah pada 14 Jun 1982. Britain berjaya rampas semula Falklands, tapi lebih daripada 900 nyawa terkorban di kedua-dua belah pihak.

Kemenangan ini menjulang imej Margaret Thatcher di mata rakyat Britain. Beliau digelar “The Iron Lady” kerana keberanian berperang mempertahankan wilayah sejauh hujung dunia. Bagi Argentina pula, kekalahan ini menjatuhkan rejim tentera mereka dan membuka jalan kepada kembalinya pemerintahan demokratik.

Ironinya, pulau yang dipertahankan dengan begitu banyak darah itu sebenarnya kecil dan hanya didiami beberapa ribu orang. Hari ini, Falklands masih di bawah pentadbiran Britain. Argentina tetap menuntutnya hingga kini.

Walaupun peluru sudah lama berhenti, permusuhan diplomatik antara London dan Buenos Aires masih berlarutan hanya kerana seketul pulau di hujung dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.