Ada satu perang ni, bukan manusia pencetusnya. Sebenarnya, satu spesis burung ni ‘mengisytiharkan’ perang kepada penduduk yang tengah alami krisis. Perang yang saya maksudkan ialah Perang Emu.
Bagi korang yang tak tahu, mesti hairan kan macam mana haiwan ni pandai berperang dengan manusia? Kisahnya bermula pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Australia ketika itu memberikan sebidang tanah di barat negara kepada 5,030 orang veteran perang yang pulang ke tanah air. Boleh la para veteran ni usahakan tanaman gandum dan buat ternakan biri-biri.
Tapi pada awal tahun 1920-an, negara kanggaru ini dilanda kemarau, ditambah lagi berlaku ‘The Great Depression’ pada tahun 1929. Tak cukup dengan kedua-dua bencana, muncul populasi burung emu yang menggondolkan tanaman dengan rakus!
Memang Australia waktu tu macam sudah jatuh ditimpa tangga. Sampai tahun 1932, populasi burung emu mencegah 20,000 ekor, bertaburan menyerang ladang-ladang di barat negara.
Kerajaan kemudian mengambil keputusan untuk melakukan tindakan ketenteraan atas persetujuan Menteri Pertahanan George Pearce dengan syarat, iaitu senjata api dikendali oleh anggota tentera dan peluru dibayar oleh peladang yang juga perlu menyediakan makanan buat tentera.
Pada 2 November 1932, pasukan Artillery Diraja Australia yang diketuai oleh Mejar G. P. W. Meredith pergi ke kota Campion dengan berbekalkan dua buah mesingan ringan jenis Lewis bersama 10,000 butir peluru untuk melancarkan perang terhadap burung emu yang mengganas.
Pada akhir perang, pasukan Mejar Meredith sukar untuk membunuh burung tersebut kerana kelincahan haiwan ini berlari menyukarkan pasukan ini menembak.
Pada 10 Disember tahun yang sama, Meredith melaporkan yang beliau mendakwa 986 ekor burung emu berjaya dibunuh dengan 9,860 butir peluru, di mana pada kadar 10 butir peluru hanya untuk menumbangkan seekor emu.
Tindakan ketenteraan itu gagal mengekang burung emu daripada terus bermaharajalela, tetapi dapat ditangani dengan lebih berkesan dengan sistem buruan ganjaran & pemasangan pagar untuk melindungi kawasan perladangan.
Jadi, Perang Emu berakhir dengan kawalan ketat kerajaan terhadap migrasi populasi burung ini. Taklah sampai spesis burung ni pupus sebab burung ni masih hidup meliar lagi di Australia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih