Selepas hanya enam minggu bertempur pada 10 Mei 1940, kuasa-kuasa besar penjajah di barat Eropah iaitu Belgium, Belanda dan Perancis tumbang ke atas Nazi Jerman pimpinan Adolf Hitler. Kejayaan ini menjadikan Jerman sebagai sebuah kuasa dominan di tanah besar Eropah selepas perang meletus sejak 1 September 1939.

Sebelum itu, Nazi Jerman mengisytihar perang terhadap Poland pada 1 September 1939. Sejurus selepas itu, Perancis dan sekutunya, Britain mengisytihar perang terhadap Jerman, lalu terjadinya Perang Dunia Kedua. Dengan menggunakan taktik Blitzkrieg, iaitu serangan kilat antara pasukan kereta perisai dan pesawat udara, Poland jatuh ketangan Jerman selepas hanya sebulan dan lima hari bertempur. Maruah Poland juga terus dirobek selepas tanah mereka dibahagi kepada dua antara Jerman dan Soviet Union yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Molotov-Ribbentrop.

Pada ketika itu, Perancis dan Britain tidak banyak membantu Poland ketika perang meletus. Walaupun Perancis melancarkan ofensif ketenteraan di barat Jerman pada 7 September, namun serangan ini gagal memberikan apa apa kesan terhadap Jerman dan mereka bertindak untuk berpatah balik dan menghentikan serangan seminggu kemudian. “Kenapa perlu mati untuk Danzig” adalah slogan anti-perang yang sangat popular di Perancis menunjukkan bahawa, kenapa rakyat Perancis perlu mati untuk sebuah bandar yang merupakan bekas wilayah Jerman yang takde kena mengena dengan Perancis? Akhirnya, Poland jatuh dan hilang di peta Eropah tanpa menerima bantuan Perancis dan Britain yang setimpal.

Erich von Manstein merupakan dalang disebalik kejatuhan Perancis. Idea beliau dalam merangka Pelan Manstein telah memikat hati Hitler. Selepas perang di Perancis, beliau dinaikkan pangkat ke Lieutenant General dan dihantar ke timur untuk merangka pelan serangan ke atas Soviet Union.

Selepas kejatuhan Poland, Hitler memandang ke barat. Beliau mahu melumpuhkan kuasa-kuasa barat dahulu jika mahu menyerang Soviet Union di timur, yang merupakan cita-cita agungnya. Hitler mengarahkan panglima-panglima tenteranya untuk melakar pelan untuk menyerang Perancis. Akhirnya, Hitler menerima rancangan yang dikemukan oleh Major General Erich von Manstein yang dikenali sebagai Pelan Manstein atau Pelan Kuning. Dalam pelan ini, Angkatan Tentera Jerman akan menyerang Perancis dalam tiga sudut iaitu;

Pertama, melalui Belgium dan Belanda. Pada ketika itu, kedua-dua buah negara ini masih lagi neutral dan tidak berperang dengan Jerman. Manstein menggunakan semula Pelan Schlieffen yang pernah digunakan ketika Perang Dunia Pertama. Objektif utama serangan ini berbeza dengan Pelan Schlieffen yang digunakan sebagai batu loncatan untuk menyerang Perancis. Sebenarnya, objektif serangan ini bukan sahaja untuk menawan seluruh Belgium dan Belanda, malah adalah sebagai tipu helah (diversion) agar Perancis mengalihkan tentera-tentera utamanya jauh dari hutan Ardennes, yang menjadi serangan utama tentera Jerman.

Kedua, melalui hutan tebal Ardennes di sempadan Belgium-Perancis. Tidak ada seorang pun yang terfikir bahawa hutan ini akan menjadi saksi kepada beratus-ratus armada Kor Armor (Panzer) Kesembilanbelas pimpinan General Heinz Guderian membolosi tanah Perancis ini. Oleh hal yang demikian, kawasan ini dipertahankan oleh tentera Perancis dalam bilangan yang sedikit. Objektif utama serangan ini adalah untuk ‘cut-off’ tentera Belanda, Belgium, British dan Perancis dan seterusnya mara terus ke Selat Inggeris.

Ketiga, melalui Garisan Maginot. Perancis membina garisan ini di sepanjang sempadan Perancis-Jerman selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Seperti Garisan Mannerheim di Finland, Garisan Maginot merupakan benteng pertahanan Perancis yang dibina untuk mengekang tentera Jerman di masa akan datang. Ia merupakan benteng pertahanan yang paling kebal dan paling moden di dunia. Satu kelemahan besar Garisan Maginot ini ialah, ia dibina hanya sepanjang sempadan antarabangsa Jerman-Perancis sahaja. Jerman tahu yang Garisan Maginot adalah mustahil untuk ditembusi. Oleh hal yang demikian, Jerman akan memasuki tanah Belanda dan Belgium sebelum mara terus ke ibu kota Paris. Maka, objektif serangan ini adalah untuk memberi tekanan kepada tentera Perancis yang bertahan di situ.

Pelan Manstein, tentera akan menyerang Perancis dari tiga sektor. Kumpulan Tentera B akan menyerang dari arah utara terus memasuki Belanda dan Belgium. Kumpulan Tentera A, akan mengharungi hutan tebal Ardennes di tengah. Dan Kumpulan Tentera C, akan berhadapan dengan tentera Perancis di Garisan Maginot.

Pada 10 Mei 1940, Pelan Manstein diaktifkan. Tiga buah Kumpulan Tentera (Army Group) membedil tiga posisi yang dirancangkan. Kumpulan Tentera A, dibawah pimpinan Colonel-General Gerd von Rundstedt, ditugaskan untuk merobek hutan tebal Ardennes dengan armada kereta kebal dan kemudian mara terus ke Selat Inggeris.

Kumpulan Tentera B pula, dipimpin oleh Colonel-General Fedor von Bock akan menyerang dan menawan seluruh Belgium dan Belanda. Manakala, Kumpulan Tentera C, pimpinan Colonel-General Wilhelm von Leeb akan memberi tekanan kepada tentera Perancis yang bertahan di sepanjang Garisan Maginot.

Pada hari serangan, Armada Tentera Udara Jerman (Luftwaffe) pimpinan Field Marshal Hermann Goering menyerang ketiga-tiga kedudukan ini dengan dahsyat sekali. Hal ini menjadi salah satu kunci kejayaan awal tentera Jerman. Pasukan paratrooper dan airborne Tentera Udara Jerman di jatuhkan di beberapa lokasi penting seperti Rotterdam, The Hague dan Port Ebel-Emael. Selepas itu, Kumpulan Tentera B von Bock, mara dari timur Belanda terus ke Belgium.

Dalam pada itu, mengetahui serangan besar-besaran ini, Komander Turus Angkatan Tentera Perancis, General Maurice Gamelin mengerahkan seluruh tentera Perancis bergerak ke utara menuju ke Belgium dan Belanda bagi menangkis serangan tentera Jerman. Secara logiknya, Angkatan Tentera Perancis sedikit moden daripada apa yang Jerman ada. Tentera Darat Perancis telah menggunakan pasukan mekanais sepenuhnya berbanding tentera Jerman di mana 40% tenteranya masih lagi menggunakan tentera berkuda.

Kelebihan tentera Jerman terletak kepada kekuatan Angkatan Tentera Udara mereka (Luftwaffe). Sungguhpun Tentera Udara Perancis sama moden dengan Tentera Udara Jerman, tetapi Luftwaffe jauh lebih berpengalaman daripada Perancis. Pengalaman itu diperoleh selepas 3 tahun membantu tentera Nasionalis pimpinan Francisco Franco ketika Perang Saudara Sepanyol 1936-1939. Maka tidak hairanlah Luftwaffe mampu menundukkan Royal Air Force (Britain) dan Armee de lAir (Perancis) ketika perang berlangsung.

General Gamelin menghantar Kumpulan Tentera 1, terdiri daripada Tentera Perancis Pertama, Kedua, Ketujuh, dan Kesembilan, Tentera Diraja Belgium dan juga Pasukan Expedisi British (British Expeditionary Force, BEF). Kumpulan Tentera 1 ini terdiri daripada tentera-tentera paling elite yang dimiliki Perancis dengan harapan mampu mengekang kemaraan Kumpulan Tentera B, pimpinan General von Bock yang sedang mara terus kearah Belgium dan Belanda.

Ketika tentera Perancis sibuk mengekang kemaraan tentera Jerman di utara, di bahagian tengah, Perancis dikejutkan oleh serangan besar-besaran daripada Kumpulan Tentera A, pimpinan General von Rundstedt. Beratus-ratus armada kereta kebal merobek hutan tebal Ardennes dan terus memasuki tanah Perancis dengan begitu mudah. Siapa sangka hutan tebal Ardennes yang nampak begitu mustahil untuk melakukan serangan mampu dilalui oleh tentera Jerman dengan begitu mudah sekali. Pada ketika itu barulah Perancis sedar ketika mereka sibuk bertempur di Belgium dan Belanda, musuh mereka telah bocor dari arah belakang.

Keadaan sudah semakin kucar kacir bagi pihak Perancis. Kumpulan Tentera 1 pimpinan Gamelin kini terperangkap di antara dua buah Kumpulan Tentera A dan B milik Jerman. Kor Armor Kesembilanbelas Jerman pimpinan General Heinz Guderian telah berjaya sampai ke Selat Inggeris, secara tidak langsung memerangkap tentera gabungan Perancis, Britain, Belgium dan Belanda (Kumpulan Tentera 1) di suatu pelabuhan bernama Dunkirk. Di sinilah keajaiban berlaku.

Disebabkan kepantasan kereta kebal Guderian, Adolf Hitler mengarahkan agar Guderian supaya tidak memasuki pelabuhan Dunkirk. Hitler khuatir bahawa kereta kebal Jerman mara begitu pantas sehingga meninggalkan ruang untuk tentera Perancis membuat ‘counter-attack’. Lebih kurang 400,000 tentera Bersekutu terperangkap di Dunkirk. Selepas Hitler mengarahkan serangan dihentikan, Komander Tentera British, General Viscount Gort mengarahkan Operasi Dynamo dikuatkuasakan iaitu operasi memindahkan sebanyak mungkin tentera Bersekutu keluar dari Dunkirk. Hasilnya, 330,000 tentera Bersekutu berjaya diselamatkan. Ini merupakan antara kesilapan strategik paling besar dilakukan oleh Hitler.

Jatuhnya tentera Belanda, Belgium, Britain dan Perancis, tentera Jerman bertukar haluan ke selatan iaitu ibu kota Paris yang kini terbuka luas untuk ditawan. Pada ketika itu, pemerintah-pemerintah Perancis telah mula meninggalkan Paris yang kini digerlar sebagai ‘open city’ iaitu bandar yang terbuka untuk ditawan tanpa bertempur. Semangat dan moral tentera Perancis semakin lemah selepas bandar itu jatuh ke tangan Jerman pada 10 June 1940.

Selepas melihat Perancis akan jatuh ke tangan Jerman dalam beberapa hari lagi, pada 10 June 1940, Perdana Menteri Itali, Benito Mussolini mengishtihar perang terhadap Perancis dan Britain. Ketika ditanya oleh Marshal Pietro Badoglio, Ketua Staf Angkatan Tentera Itali, Mussolini menjawab, “Aku hanya memerlukan beberapa ribu orang untuk mati supaya aku boleh duduk di meja perdamaian sebagai seseorang yang pernah berperang”.

Selepas mengetahui Jerman telah menduduki ibu kota Paris, sekutunya Itali, dipimpin oleh Perdana Menteri, Benito Mussolini mengisytihar perang terhadap Britain dan Perancis. Hal ini kerana Mussolini mahu menggunakan kesempatan ini untuk merampas tanah di selatan Perancis bersempadan dengan barat Itali. Ketika ditanya oleh Ketua Staf Angkatan Tentera Itali, Marshal Pietro Badoglio, Mussolini menjawab, “Aku hanya memerlukan beberapa ribu orang untuk mati supaya aku boleh duduk di meja perdamaian sebagai seseorang yang pernah berperang”

Kawasan di sepanjang pesisir pantai utara dan barat Perancis diambil oleh Jerman untuk di tadbir. Manakala selebihnya ditadbir oleh kerajaan Perancis yang baru iaitu Vichy France.

Pada 22 June 1940, Perancis bersetuju menandatangani perjanjian damai dengan Jerman. Apa yang menarik mengenai perjanjian ini ialah, lokasi perjanjian itu ditandatangani adalah sama seperti Perjanjian Damai dengan Empayar Jerman pada 18 November 1918 yang mengakhiri konflik Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini merupakan suatu kemenangan agung bagi Adolf Hitler yang merupakan veteran Perang Dunia Pertama kerana akhirnya beliau dapat membalas dendam dan maruah yang diragut oleh Perancis selepas Empayar Jerman menyerah kalah pada tahun 1918. Dalam perjanjian ini, 3/5 wilayah Perancis, merangkumi seluruh utara dan barat Perancis diambil dan dikuasai oleh Perancis. Hanya bahagian selatan sahaja dikuasai oleh kerajaan boneka yang diberi nama Vichy France, yang akan dikepalai oleh hero Perancis ketika Perang Dunia Pertama iaitu Marshal Phillippe Petain.

Field Marshal Hermann Goering, Komander Turus Tentera Udara Jerman (Luftwaffe). Beliau merupakan konco Hitler yang paling setia dan merupakan orang kedua paling berkuasa di seluruh Jerman. Taktik beliau ketika Perang Perancis 1940 memberikan tamparan hebat kepada Tentera Udara Bersekutu dalam mempertahankan ruang udara Perancis. Selepas perang ini, beliau dinaikkan pangkat kepada Reichsmarschall, pangkat yang diciptakan khas oleh Hitler bagi menunjukkan senioriti beliau dalam Angkatan Tentera Jerman.

Perang di Perancis tamat sepenuhnya pada 25 June 1940, selepas Itali dan Perancis menandatangani perjanjian damai berasingan di Rome. Perang ini menyaksikan tumbangnya Perancis sebagai kuasa dunia di Eropah. Kini, Britain terpaksa berperang berseorangan sambil mengharapkan Amerika Syarikat, yang pada ketika itu merupakan negara neutral, datang membantu Britain secepat yang mungkin. Populariti Adolf Hitler meningkat secara mendadak setelah perang ini tamat. Rakyat Jerman menjangkakan seramai 1 juta rakyat Jerman akan terkorban dalam perang ini. Hakikatnya, hanya 28,000 nyawa tentera Jerman terkorban dalam pertempuran ini. Hitler kini dianggap sebagai pemimpin teragung dan paling disayangi oleh rakyat di Jerman kerana telah berjaya memulihkan maruah mereka selepas kekalahan yang memalukan pada Perang Dunia Pertama.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang lepasan UPNM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi yang kini berkhidmat di dalam Rejimen Renjer Diraja. Penulisan yang lebih cenderung kearah sejarah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Comments are closed.