Langit moden tidak lagi sunyi. Ia kini dihuni kawanan mesin terbang tanpa pemandu yang mampu melihat, menjejak, berkomunikasi dan membunuh dan semuanya tanpa tangan manusia di kokpit.
Peperangan hari ini tidak lagi dimenangi dengan siapa yang miliki jet paling laju, tetapi siapa yang memiliki algoritma paling licik. Perang drone telah masuk ke fasa baru: fasa drone berfikir sendiri, berkongsi maklumat sesama mereka, dan menyerang secara berkumpulan menggunakan sistem swarm yang digerakkan oleh kecerdasan buatan.
Dalam konflik dari Ukraine ke G**a, drone sudah menjadi senjata utama dan bukan lagi alat sokongan. Ia berlegar di langit mencari sasaran, beroperasi dalam kumpulan, dan menyesuaikan tindakan mereka secara masa nyata. Tetapi ini masih lagi bukan konsep “drone swarm” yang boleh berfikir. Ini baru asas.
Drone ‘swarm’ adalah sekumpulan drone kecil yang bertindak seolah-olah mempunyai otak kolektif dan boleh melaksanakan operasi kompleks tanpa campur tangan manusia.
Mereka saling berkongsi maklumat, menukar formasi, menyerang serentak dari arah berbeza, dan menggantikan rakan yang gugur secara automatik. Ini bukan lagi sains fiksyen, ini teknologi yang sedang diuji, dan mungkin sedang digunakan secara aktif dalam konflik sebenar.
I**rel dan Ukraine adalah antara negara yang terbukti menggunakan drone dalam pelbagai bentuk, walaupun penggunaan penuh konsep swarm dengan AI tahap tinggi masih dalam eksperimen tertutup.
Iran pula secara terbuka mempamerkan drone kamikaze dalam latihan ketenteraan mereka dan serangan ke atas kapal serta infrastruktur di Timur Tengah menjadi bukti keupayaan mereka.
Di Semenanjung Arab, serangan drone oleh Ho**hi ke atas fasiliti minyak Arab Saudi mengingatkan dunia bahawa drone kini boleh dilancarkan oleh sesiapa sahaja, dengan kesan setara senjata konvensional. Serangan ini datang dari entiti kecil, tetapi mampu menyebabkan kerosakan strategik.
Di belakang tabir, kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat sedang membangunkan drone autonomi tahap tinggi. Tujuannya bukan sekadar kawalan jauh, tetapi untuk mencipta sistem yang boleh membuat keputusan taktikal secara bebas.
China giat menguji drone dengan AI yang mampu mengenal pasti musuh, memintas isyarat, dan menyusun semula misi mengikut keperluan operasi.
Amerika Syarikat pula telah melancarkan projek besar-besaran bernama “Replicator”, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk membangunkan ribuan drone kecil, murah dan pintar yang boleh digunakan secara berkelompok dalam masa yang sangat singkat.
Projek ini adalah sebahagian daripada strategi masa depan Pentagon untuk memastikan dominasi udara terus berada dalam genggaman mereka, walaupun tanpa juruterbang manusia.
Dalam konteks Malaysia, kita sedang bergerak dalam industri drone, tetapi fokusnya masih berat ke arah penggunaan awam seperti pertanian, logistik dan pemantauan.
Namun soalan paling penting ialah, sejauh mana kita bersedia jika perang drone benar-benar berlaku? Adakah kita punya radar yang mampu bezakan antara drone mainan dan drone serang?
Sistem pertahanan udara kita dibina untuk pesawat dan peluru berpandu, bukan ratusan drone kecil yang datang serentak dari pelbagai arah. Peluru berpandu pertahanan kita terlalu mahal untuk satu drone. Bila 500 datang serentak, itu bukan lagi serangan tetapi lebih kepada pembunuhan sistem.
Banyak negara kini mula melabur dalam sistem laser anti-drone, drone pemburu drone, dan sistem jamming berasaskan AI. Malaysia belum ada ekosistem ini secara menyeluruh. Kita belum ada pelan tindakan khusus untuk senario serangan drone berkumpulan.
Dan lebih kritikal, belum ada strategi yang jelas tentang bagaimana menghadapi ancaman dari entiti asing yang mampu serang tanpa perlu menyeberang sempadan. Satu laptop, satu kilang kecil dan satu kod jahat sudah cukup untuk menggugat loji tenaga, lapangan terbang atau pusat data kita.
Jika kita tidak mula sekarang, kita akan jadi negara sasaran dalam masa yang sangat singkat. Ketika kita masih tunggu pelan pertahanan lima tahun akan datang dibentang dalam mesyuarat jawatankuasa, negara lain sudah menguji drone yang boleh berbual sesama mereka dalam udara, tukar sasaran ikut situasi, dan hilang dari radar selepas menamatkan misi.
Ini bukan lagi masa depan. Ini sekarang. Dan siapa yang gagal faham perubahan ini akan menerima akibatnya sama ada dalam bentuk kehilangan keupayaan bertahan dan kehilangan kedaulatan.
Teknologi drone sedang memberi satu pengajaran besar kepada dunia: bahawa dominasi udara kini tidak lagi bergantung kepada siapa yang miliki jet paling mahal atau pangkalan tentera paling canggih, tetapi kepada siapa yang menguasai teknologi mikro, kecerdasan buatan dan sistem tanpa pemandu.
Kuasa tidak lagi datang dari bunyi enjin, tapi dari baris kod yang menentukan bila dan siapa harus diserang. Siapa yang menguasai AI dan swarm drone, dialah yang akan menguasai langit masa depan

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.