Ahad, 25 Oktober 202625 Okt 2026
Marcapada Dunia

Perang Dadah Di Mexico

Rakyat US dikejutkan dengan pembvnvhan 9 warga US, terdiri
daripada 3 wanita dan 6 kanak-kanak di utara Mexico. Diorang dalam perjalanan
ke kenduri perkahwinan dan disyaki bertembung dengan kartel d4dah Mexico.
Menurut saksi, diorang dib4kar hidup-hidup oleh kartel, mangsa termasuk
sepasang kembar yang baru berusia 6 bulan.

Donald Trump mencadangkan kepada Mexico supaya US hantar
tentera untuk hapuskan kartel ni. Kalau korang tak biasa dengar cerita Mexico
ni, mungkin akan rasa Trump over. Tapi realitinya, kerajaan Mexico memang
sedang “berp3rang” dengan kartel d4dah.

Kalau kat negara lain, masalah tangkap sindiket d4dah ialah
kerja polis. Tapi kat Mexico, polis dah tak mampu nak kawal keadaan, sehingga
kerajaan perlu mobilize tentera.

Kartel d4dah di Mexico ni bukan sekadar sindiket, malah
memiliki senjata dan armed force tersendiri, dari “hit man”
(“sicario”) hingga ke paramilitary. Selain mengancam keselamatan
orang awam, kartel ni juga selalu berp3rang antara satu sama lain untuk merebut
kawasan, menggugat ketenteraman awam. Jadi pada tahun 2006, Presiden Felipe
Calderón mengisytiharkan p3rang terhadap kartel-kartel ni, yang juga dikenali
sebagai P3rang D4dah (“Guerra Contra El Narcotráfico”).

Tapi selepas 13 tahun p3rang dan hampir 250,000 nyawa
terkorban, P3rang D4dah bukan saja tak berjaya membanteras kartel ni malah diorang
jadi semakin kuat. Kartel paling besar di Mexico sekarang ialah
“Sinaloa” yang diasaskan oleh Joaquín Guzmán (“El Chapo”)
dan “Jalisco” yang dipimpin oleh Nemesio Oseguera Cervantes (“El
Mencho”). Sinaloa pegang barat Mexico, Jalisco berkuasa di tengah,
manakala timur dikuasai oleh “Los Zetas” dan “El Golfo”
yang pernah dominan suatu ketika dulu tapi sekarang nyawa-nyawa ikan.

Walaupun US menyalurkan bantuan kewangan dan perisikan
kepada kerajaan Mexico, P3rang D4dah tak memberi hasil. Korupsi yang kronik
menyebabkan berlakunya ketirisan dalam operasi ketenteraan dan juga khianat
oleh orang dalam yang sudah “dibeli” oleh kartel. Malah ramai anggota
tentera elit juga menyertai kartel, menyebabkan keupayaan armed force kartel
setanding tentera Mexico.

Polis dan tentera yang tak nak terima sogokan pun tak akan
selamat, ahli keluarga diorang semua dah kena mark dengan kartel, jadi nak tak
nak kena menyertai dark side. Mana-mana ahli politik Mexico yang berani kata
nak membanteras kartel, esok akan jumpalah m4yatnya dig4ntung kat jejantas
pusat bandar, sebagai “pengajaran” kepada sesiapa yang berani lawan
kartel. Sejak 2006 dah ada lebih 70 orang datuk bandar di merata Mexico dibvnvh
sebab berani usik kartel ni.

Cara kartel membvnvh dan menyeksa orang pun gruesome
semacam, sebijik macam moyang Aztec diorang. Cara Aztec membuat pengorbanan
manusia dengan mengambil jantung korban hidup-hidup pun ditiru oleh kartel.
Tujuannya tidak lain untuk menanamkan perasaan takut di kalangan orang ramai
supaya tak lawan kartel.

Pendekatan keras tak menjadi, maka Andrés Manuel López
Obrador (AMLO), presiden baharu nak cuba cara lembut pulak. AMLO kata
“abrazos, no balazos” (pelukan, bukan peluru) akan menyelesaikan
masalah kartel di Mexico. Tahun 2019 Masihi pun masih wujud idealis macam ni,
walaupun hakikatnya kartel semakin ganas: pada tahun 2018, angka pembvnvhan
oleh kartel adalah sebanyak 36,000 kes, mencapai rekod tertinggi, bersamaan 100
kes sehari.

Time macam ni AMLO masih nak mengisytiharkan “P3rang D4dah
sudah tamat” pada awal tahun ini. Kerajaan berlembut, maka kartel jadi
semakin berani. 2 minggu lepas, apabila anak El Chapo ditahan di Culiacán,
terus geng Sinaloa menyerbu bandar Culiacán. Tentera kerajaan tewas, dan AMLO
terpaksa mengarahkan supaya anak El Chapo dilepaskan. Apabila government force
tak mampu nak tackle penjenayah, Mexico boleh kata di ambang “failed
state”.

Kartel bermaharajalela, US pun ada tanggungjawab juga.
Sumber pendapatan utama kartel ialah pengguna US. 90% daripada mar!juana, c0caine
dan h3roine yang orang US duk syok hisap adalah dibekal oleh kartel Mexico.
Tahun-tahun kebelakangan ini orang US duk legalize d4dah, kononnya
“victimless crime”, jadi permintaan terhadap d4dah meningkat.

Bila penjualan d4dah meningkat, pendapatan kartel pun
meningkat, maka makin banyak sumber kartel nak sogok orang dan upgrade senjata.
Victimless crime lah sangat. Kawalan pistol yang longgar di US juga memudahkan
kartel untuk dapatkan senjata secara penyeludupan. Antaranya Barrett Browning
M82 buatan US yang kelihatan semasa pertempuran senjata di Culiacán.

Jadi US ada tanggungjawab moral untuk menyelesaikan masalah
kartel di Mexico. Kalau ISIS boleh settle, takkan kartel tak dapat. Tapi
sekarang AMLO menolak tawaran bulat-bulat bantuan Trump atas alasan “kedaulatan”
pula. Nampaknya lama lagi orang Mexico kena suffer dengan masalah kartel ni.
Silap-silap “capo” (ketua kartel) akan jadi presiden seterusnya.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet