“Pertarungan” tersebut berlaku pada tahun 1893 di Chicago World’s Fair, disisi yang lain, pereka cipta Thomas Edison yang terkenal. Disebelah yang lain pula, bekas pekerjanya iaitu Nikola Tesla.

Penjelasan ringkas: arus elektrik didalam wayar besi adalah aliran elektron, ditolak bersama dengan voltan. Jika voltan berpunca dari bateri, aliran elektron bergerak dalam satu arah sahaja. Arus terus ini dipanggil dengan singkatan sebagai “DC” iaitu Direct Current.

Bagaimanapun, bateri bukanlah satu-satunya sumber tenaga. Untuk itu, kita menggunakan arang batu ataupun gas asli. Pelepasan tenaga kimia dilepaskan kedalam dandang kerana haba menghasilkan stim yang memutarkan aci (shaft) sebuah generator.

Dalam kes paling mudah, aci memutarkan magnet didalam gegelung melalui prinsip dorongan elektromagnetik menghasilkan arus elektrik.Peralihan kutub dari positif kenegatif yang berbalik beberapa banyak kali persaat sebaik sahaja aci generator berpusing.

Oleh itu, arus berulang alik pada arahnya. Ini dipanggil sebagai arus ulang alik, atau AC. Arus elektrik tersebut melakukan beberapa fungsi yang berguna pada kedua-dua arah, seperti memanaskan wayar didalam pembakar roti.

Bermula pada lewat 1880an, Edison memulakan kaedah yang lebih kos efektif dalam menjanakan tenaga elektrik, yang bersesuaian dengan peranti yang berkenaan, ini termasuklah motor dan meter yang diggunakan untuk menyukat penggunaan tenaga elektrik DC yang digunakan. Bagaimanapun, terdapat satu masalah. Pada zaman itu, tiada peranti yang boleh mengubah voltan DC kepada nilai rendah atau tinggi.

Untuk kegunaan selamat kilang dan perumahan, generator DC dicipta untuk menghasilkan elektrik pada voltan yang rendah. Kelemahannya ini bermaksud kehilangan sewaktu penghantaran dari generator kepada pengguna adalah tinggi. Edison memikirkan bahawa ini merupakan suatu masalah yang boleh diterima, tetapi ini terhad kepada jarak antara generator dan pengguna kepada kurang dari sekilometer atau dua.

Di pihak yang lain pula, Tesla mempunyai senjata rahsia dipanggil sebagai Transformer. Ianya satu susunan ringkas teras besi dan lilitan kuprum yang membenarkan voltan diubah menjadi tinggi atau rendah. Hanya masalahnya transformer ini berfungsi pada arus ulang alik (AC).

Dengan transformer, Tesla boleh mempertingkatkan pengeluaran output generator kepada beribu voltan dengan penghantaran jarak jauh dengan kehilangan elektrik yang rendah kemudiannya merendahkannya lagi dengan nilai yang selamat untuk penghantaran akhir kepada pengguna.

Namun banyak yang terpaksa di risikokan, termasuklah royalti paten dan hak untuk memberi elektrik kepada bandaraya di Amerika Syarikat. Pertarungan yang “sengit” itu dipanggil sebagai “War of the Currents”.

Kuda dibunuh oleh Thomas Edison untuk membuktikan AC Nikola Telsa adalah lebih bahaya berbanding DC ciptaannya. Beliau memanggil arus elektrik saingannya sebagai “Death Current”

Sebuah Kerusi elektrik menggunakan arus elektrik AC 1000 volt untuk pesalah Wiliam Kemmler pada 1890 yang menjalani hukuman mati, namun kematiannya tidaklah serta merta. Kredit imej : Library of Congress

Terasa dengan “arus perlawanan” menghempas dan melawan beliau, Edison menukar taktik dan melancarkan kempen memberi maklumat salah untuk berhujah mengenai arus ulang alik AC adalah bahaya. Untuk menjelaskan lagi hujahnya, dia mengadakan sesi memberi kejutan elektrik kepada kucing, anjing jalanan dan kuda dihadapan orang awam

Pertempuran ini bersambung, sehinggalah kejayaan telah disahkan dimiliki oleh kem Tesla AC, mereka dianugerahkan dengan kontrak untuk memberi tenaga kepada Pameran tersebut.

Dari situ bermulalah semuanya menggunakan arus ulang alik AC, dengan keputusan muktamad proses menyalurkan elektrik pada 1896 ke kawasan lampu jalan di lorong jalan di bandaraya Buffalo dengan tenaga AC dibekalkan oleh generator hidroelektrik di Niagara Falls.

Kini 99.9% penjanaan elektrik yang menjanakan Amerika Syarikat adalah penggunaan arus ulang alik AC.

RUJUKAN:

Michael S. Rosenwald (2017) “Great God, he is alive!” The first man executed by electric chair died slower than Thomas Edison expected. The Washington Post

Alan Finkel (2017) Tesla vs Edison: the AC/DC current wars make a comeback


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan lepasan Diploma didalam bidang Senibina (Architecture) dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan dan bakal melanjutkan lagi pengajian senibina di Universiti Kebangsaan Malaysia (Insyallah). Bekerja disebuah syarikat melukis pelan buat masa ini. 5 Tahun pengalaman dengan Autocad dan 3D render, pernah menghasilkan karya model Titanic dari kotak yang telah menjadi perhatian pengunjung di Pertubuhan Akitek Malaysia pada 2017 (MAYAS Art Exhibition by Pertubuhan Akitek Malaysia). Hobi suka menulis mengenai teknologi kejuruteraan senibina, tenaga hijau dan sains , melukis dan membuat model pada masa lapang. Amat meminati sejarah peradaban Islam, ketamadunan Melayu dan Yunani

Comments are closed.