Pada era ini, MTV menguasai jiwa anak muda seluruh dunia. Dari lagu The Buggles, Video Killed The Radio Star pada tahun 1980, individualisme menjadi zeitgeist kepada era ini.

Pada era ini, pemimpin yang memimpin pada zaman kejatuhan industri mula mencari arah selepas industri mulai merudum. Di Amerika, rakyat mereka mengundi Ronald Reagan sebagai Presiden. Di Britain, Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri pada 1979.

Di Malaysia, Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 1981. Dari zaman Awakening (dari artikel aku yang lepas), kita di era Unraveling. Kemajuan modenisasi mula menunjukkan masalah moral yang wujud akibat kesibukan ibu bapa bekerja.

Siapa di sini lahir sekitar 1980an, mesti tahu hidup tanpa ibu bapa sebab mereka bekerja. Pergi kerja pagi balik malam. Kita hidup dengan tengok tv, main game Nintendo dan merayap naik basikal seorang diri tanpa jagaan ibu bapa.

Disinilah individualisme muncul. Budak punk, hiphop, grunge atau skinhead yang muncul dari era lewat 70an, mula jadi ikutan. Di Malaysia, scene rock kapak mula mendominasi anak muda Melayu.

Salah satu kesan modenisme ialah budaya segera yang muncul, yang dapat dicipta untuk massa, dan kena mengikut trend agar tidak ketinggalan.

Kalau biasa dengar lawak drama Melayu 70an yang selalu disiarkan di RTM, selalu cerita suri rumah jealous dengan jiran sebelah suami dia beli rantai baru. Materialisme mula diterapkan dalam ideologi masyarakat awal pasca moden Melayu.

Peak terawal budaya materialistik mula berjaya di Amerika dengan rancangan drama Dallas dan Paradise, dan di Malaysia pula kejayaan pertama ialah cerita Astana Idaman.

Pada era 80an dan awal 90an, rata-rata Lembah Kelang masih mempunyai era setinggan akibat penghijrahan besar-besaran penduduk kampung ke bandar. Mereka yang sudah tinggal di bandar, terutamanya kawasan seperti Petaling Jaya, Bangsar dan Ampang, merupakan golongan elit dan middle class yang sudah terdedah awal dengan urbanisasi dan gaya hidup Barat.

KFC pertama dibuka di Malaysia pada tahun 1973, dan McDonalds pada 1982 mewujudkan kelompok middle class yang sudah terdedah dengan modenisasi.

Anak-anak mereka ini dibesarkan dengan idea-idea liberal dari Barat, dan ada kelompok yang rasa malu untuk berbahasa Melayu kerana ia bahasa yang digunakan oleh penduduk setinggan.

Era Unraveling menyaksikan era yang mana segalanya telah terbukti; idea Marxisme telah gagal. Deng Xiaopeng awal-awal lagi dah nampak idea Marxist akan gagal dan China berubah ke market capitalism.

Runtuhnya Tembok Berlin yang membelah Eropah selama empat dekad, serta kejatuhan satu demi satu rejim komunis di Romania, Hungary, Bulgaria, Czechoslovakia dan seluruh Eropah Timur, menyebabkan ramai mula meninggalkan idea ini.

Dalam buku The End of History, Francis Fukuyama menjangkakan kematian komunis ini membuktikan bahawa liberal demokrasi telah memenangi perang ideologi modenis ini. Dengan kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991, Amerika Syarikat adalah satu-satunya kuasa dunia superpower – dan semua orang wajib memegang fahaman liberal demokrasi.

Tetapi liberal Amerika berat sebelah. Dia pandang sebelah mata sahaja kejahatan rejim Israel. Dia buat tak nampak kejahatan Saudi Arabia membiakkan ekstremis kerana nak melawan Soviet di Afghanistan. Lepas jatuh rejim Soviet, Afghanistan dibiar bergelut dengan para ekstremis sesama sendiri.

Dari segi pop culture, orang ramai mempunyai banyak alternatif. Tak suka glam rock, ada grunge. Tak suka grunge, ada techno. Tak suka lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, ada Itik Gembo-Gembo.

Pada era 90an, orang merayakan perbezaan. Orang tidak ada masalah untuk lagu raya tapi versi rock Awie dan balada Ziana Zain. Orang tak kisah layan R&B Innuendo dan rap KRU. Orang layan grunge Butterfingers dan orang juga layan hiphop Poetic Ammo.

Tetapi muncul golongan ekstremis dan puritan macam golongan “abang true” atau “abang knowledge” yang gila kuasa dan mahu menjadi ketua.

Mereka gatekeeping knowledge muzik menyebabkan anak muda terpaksa mencari benda lain yang boleh dilayan macam muzik Crazy Frog atau Sean Paul.

Atau yang mana teringin jadi punk tapi takut mak marah, ada market dengan lagu dari Simple Plan dan Avril Lavigne.

Yang mana takut dengar lagu hiphop mencarut, mereka layan Usher dan lagu Nelly dan Kelly Rowland – Dilemma.

Yang mana rasa nak campurkan metal campur hiphop, mereka layan Limp Bizkit atau Slipknot.

Identiti dan fahaman manusia yang baru banyak tercetus di sini. Melalui banyak fahaman yang tersebar dalam medium media baru, Internet – yang mula berkembang di dunia pada era lewat 80an, ia adalah Revolusi Gutenburg 2.0.

Aku mengenali internet pada tahun 1996 dan memiliki e-mail pertama pada tahun 1997. Mempunyai website Geocities pertama pada tahun 2000, mempunyai media sosial pertama bernama Friendster pada tahun 2002, Myspace 2003, Facebook pada tahun 2006, blog pada 2008, Twitter 2010 dan Instagram pada tahun 2013.

Internet adalah arkib data kehidupan manusia dan ia adalah pusat perfailan data manusia.

Dari perjalanan hidup manusia, buat pertama kali idea manusia dikumpulkan dalam dan terdapat pelbagai idea. Maka disinilah titik noktah modeniti – sebab idea modeniti adalah “one size fits all”, atau satu idea untuk semua.

Tetapi ternyata idea ini sudah mula tidak sesuai pada zaman ini. Idea kebebasan bersuara oleh liberal pada akhirnya berubah menjadi ironi apabila mereka sendiri mahu gatekeeping the Internet.

Seperti rejim fasisme Nazi yang mahu keseragaman bangsa, komunisme yang mahu keseragaman kelas, dan liberal progresif yang mahu keseragaman idea, semua ini pada akhirnya dilihat tidak relevan apabila dua tragedi besar berlaku pada tahun 2001 dan 2008.

Sesetengah orang berpendapat era keempat, The Fourth Turning atau Krisis bermula pada 11 September, 2001 apabila Amerika Syarikat yang berideologi liberal diserang oleh ekstremis Islam yang dipimpin Al-Qaeda dan Taliban.

Dalam teori ini, ia telah dinyatakan oleh buku Samuel Huntington dalam buku The Clash of Civilization yang diterbitkan tahun 1996, yang menceritakan kewujudan tamadun-tamadun baru dalam zaman pasca moden apabila liberal demokrasi akan runtuh suatu hari nanti.

Salah satunya ialah Islam, kerana selepas hampir 200 tahun menjadi “sick man of civilization” dari kereputan Ottoman, sebelum runtuh selepas Perang Dunia Pertama, akan kembali mendominasi dan membentuk tamadun baru selepas sekian lama di era pergolakan.

Kebangkitan Islam ini tidak tertumpu di satu kawasan, tapi pelbagai – di Turki mungkin dalam bidang ketenteraan, di Teluk mungkin bidang ekonomi, dan di Asia Tenggara mungkin bidang falsafah dan kesenian pasca moden.

Tetapi untuk kita mencapai Postmodern High macam Era American High yang aku pernah tulis dulu, kita kena lalui krisis dahulu.

Ada yang kata ia bermula sejak Krisis Ekonomi 2008, dimana manusia mula melihat kapitalisme mula dilihat tak relevan lagi. Tetapi persaingan ideologi untuk Era Krisis hari ini adalah Sosialis Globalis menentang Kapitalis Nasionalis.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.