1969 menyaksikan peperangan meletus antara Honduras dan El Salvador. Biarpun ianya disebabkan kerana rentetan beberapa isu seperti perebutan kawasan sempadan, migrasi, tekanan ekonomi dan permasalahan sosial rentas sempadan antara kedua2 negara, ia seumpama bom jangka yang meletup sebaik sahaja selesai perlawanan “best of 3” antara keduanya.

Perlawanan pertama di Honduras menyaksikan kemenangan berpihak kepada tuan rumah dengan kemenangan 1-0. Perlawanan kedua pula bertempat di El Salvador menyaksikan provokasi oleh penyokong tuan rumah hingga memaksa pasukan Honduras tidak dapat tidur, dan diganggu dengan balingan telur, daging busuk dan kata2 caci maki serta pelbagai bentuk ugutan fizikal. Honduras ‘bernasib baik’ kerana kalah 3-0 menyaksikan El Salvador mendapat apa yang dihajati.

Perlawanan ketiga yang merupakan penentuan tempat di Piala Dunia Mexico 1970 dibuat di Mexico dibuat pada 27 Jun 1969. Honduras memutuskan pertalian diplomatik dengan jirannya, El Salvador. Ini berlaku selepas kedua2nya saling berbalas kata cacian dan hinaan bersama negara serumpun itu. Jambatan dibakar kerana percakapan yang sia2.

Segalanya bermula selepas kemenangan kontroversi 3-2 kepada El Salvador, melayakkan mereka mendapat tempat ke akhir Piala Dunia Mexico 1970, dimana pada 14 Julai 1969, El Salvador menceroboh kedaulatan Honduras dan melancarkan perang ke atas jirannya itu.

18 Julai 1969 (atau genap 100 jam peperangan menjadi lain untuk peperangan ini iaitu Perang 100 Jam) gencatan senjata keduanya dibuat, namun hanya pada 20 Julai, barulah perang antara mereka tamat. Dianggarkan sehingga lebih 2000 rakyat keduanya kehilangan nyawa, dengan 100,000 ribu orang lagi menjadi pelarian. Tentera El Salvador yang memiliki ketumbukan angkatan tentera yang lebih baik dari Honduras menarik keluar semua tenteranya dari wilayah yang diceroboh sekitar Ogos tahun yang sama, tetapi hanya selepas 11 tahun selepas itu, barulah perjanjian damai antara dua jiran sebangsa dan berkongsi bendera yang hampir serupa itu dimeterai.

Kedudukan FIFA meletakkan Honduras kedudukan nombor 86 dan El Salvador pada kedudukan 97.

Malaysia? terkini, pada 174 dunia.

Moralnya? Ada negara mungkin berasa berbaloi bergaduh dan berperang dek bola sepak. Untuk Malaysia dan semua isi2 negerinya yang berdaulat, ditambah melihat nombor ranking hingga tiga digit, mungkin tidak. (ranking tidak penting, tetapi ia indikator terbaik perbandingan 3 negara yang bertuhankan bolasepak ini)

Hakikat pahit yang perlu acapkali diingatkan, bola sepak kita kecil secara literal dan lebih mengecut lagi rohnya. Kita jadilah besar kembali walaupun dulu telah pernah bertakhta. Kita ada ‘higher calling’, iaitu menyelamatkan Malaysia dari kancah kehinaan bola sepak dunia. Mengembalikan kepupusan Harimau Malaya yang suatu ketika dahulu menggegarkan Asia, setidak-tidaknya.

Sejarah inilah yang perlu kita semat menjadikan setanggi semangat membakar jiwa jika tidak kita, anak2 kita nanti.

Berlawan bola, kita buat cara berlawan bola, jangan dalam berlawan bola, kita ajak orang bertumbuk pula. Mahu melawan cemburu dan ego? Kita tunjuk prestasi kita yang lebih hebat dari yang sudah kita dapat. Mana2 kelab atau negeri yang telah maju mendepani kelab atau negeri2 lain, teruskan usaha dan cipta lebih banyak kejayaan di luar sana. Didoakan semoga semua bangsa dan negeri berjaya dalam kancah bola sepak masing2, kejayaan anda, kejayaan Malaysia juga. InsyaAllah.

Bukan apa, kerana kita ada lebih banyak lagi perkara yang perlu digaduhi dan dilawan daripada bergaduh atau merajuk kerana bola sepak.

Lagipun, salah satu prinsip melawan, kita lawanlah satu2 dulu. Seperti bola sepak, satu pasukan melawan pasukan yang lain. Sebagaimana tidak pernah lagi kedengaran satu pasukan berlawan dengan banyak pasukan, belum pernah lagi negeri melawan negara, begitu juga sebaliknya.

Simon Kuper dalam bukunya Soccernomics ada menyatakan tentang perbandingan pengaruh kelab2 eropah dan kesetiaan kepada negara yang semakin dihimpit pengaruh materialistik;

“Kelab bukanlah satu perniagaan, ia adalah demokrasi kumpulan populis.”

Malah ketika beliau ditemubual mengenai kontroversi penulisannya serta dakwaan2 beliau tentang sisi gelap bola sepak;

“Bola sepak bukanlah setakat perniagaan semata2, ia juga adalah satu perniagaan yang buruk. Sesiapa yang yang menghabiskan banyak masa dengannya akan faham dan akhirnaya tahu bahawa sepertimana minyak adalah sebahagian dari perniagaan minyak, kebodohan juga adalah sebahagian dari unsur yang diniagakan di dalam bola sepak.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Leave A Reply