Di Perancis, 14 Julai disambut setiap tahun sebagai Hari Bastille bagi memperingati peristiwa rakyat Paris menyerang Penjara Bastille pada 14 Julai 1789 yang mencetuskan Revolusi Perancis.

Ekoran daripada itu, raja Lousi XVI kehilangan kuasa mutlak, Perancis menjadi negara monarki berperlembagaan. 3 tahun kemudian (1792), Louis XVI dipancung, Perancis menjadi republik. Jadi, Hari Bastille ni dikira sebagai hari jadi Republik Perancis dan disambut sebagai hari kebangsaan.

Tapi sistem republik Perancis ni sebenarnya tak berapa stabil, 4 kali republik dibubarkan. Kali pertama (1804) dibubarkan oleh Napoleon menjadi empayar, kali kedua (1852) oleh anak sedara Napoleon, kali ketiga (1940) oleh Jerman, kali keempat (1958) oleh orang Perancis sendiri. Nama rasmi Perancis sekarang ialah “Republik Kelima Perancis”.

Tapi tu cerita lain. Yang menjadi tumpuan kali ini ialah “hadiah” daripada Presiden Macron kepada Republik Perancis sempena hari jadinya yang ke-230: melancarkan “space command” (commandement de l’espace) Perancis tersendiri menjelang September (en Septembre).

“Space command” tu mende? Secara ringkas, ia adalah markas tentera di luar angkasa. Dengan mewujudkan space command, negara mempunyai keupayaan untuk berperang di angkasa lepas.

Ramai melihat langkah Macron ni ada kaitan dengan perancangan Trump untuk mewujudkan space command US menjelang tahun depan. Pada Februari lepas, Trump telah menandantangani “Space Policy Directive 4” yang akan mewujudkan “space force” sebagai cabang angkatan tentera ke-6 selepas Army, Navy, Air Force, Marines dan Coast Guards.

Dan pada Ogos lepas, naib presiden US, Mike Pence juga mengumumkan bahawa US akan “kembali” ke bulan sebelum tahun 2024, selepas kali terakhir US mendarat di bulan pada tahun 1972. Kali ni bukan sekadar singgah ambil gambar, tapi nak mendirikan “permanent presence”, dengan kata lain, nak mendirikan pangkalan tentera di bulan, diikuti dengan marikh.

Sementara kita masih fokus pada “trade wars”, Trump telah pun melancarkan “star wars”. Tapi idea berperang di angkasa lepas sebenarnya dah wujud lebih awal, pada zaman presiden Ronald Reagan (1981-1989).

Waktu tu US masih berada dalam Perang Dingin dengan Soviet, jadi Reagan terfikir cara nak mengatasi ancaman Soviet ialah dengan mewujudkan sistem pertahanan misil di angkasa lepas. Reagan menamakan program dia “Strategic Defense Initiative” pada tahun 1983. Sertu politik Reagan seperti Ted Kennedy (senator dari Parti Demokrat) gelakkan Reagan samada terlebih minum ketum atau banyak sangat layan Star Wars.

Pada zaman Reagan juga space command US diwujudkan pada tahun 1985. Tapi pada 2002, Bush rasa benda tu membazir, dan melihat “war on terror” lebih mendesak berbanding “star wars”, jadi space command dimansuhkan.

Apabila US tak aktif, negara-negara seperti Rusia dan China pula jadi makin aktif di angkasa lepas. China menjadi negara ketiga yang membuat pendaratan robot di bulan pada tahun 2013, Rusia pula mewujudkan space command pada tahun 2015. Jadi Trump kenalah buat sesuatu untuk memastikan Rusia dan China tidak memintas dominasi US di angkasa lepas.

Selain istilah “geopolitics”, dalam politik antarabangsa juga terdapat istilah “astropolitics”. Astropolitik ialah lanjutan daripada geopolitik. Sepertimana US mendirikan pangkalan tentera di pulau-pulau pasifik seperti Hawaii dan Guam ialah geostrategi bagi ia “project power” ke Asia, penguasaan bulan dan marikh juga akan menjadi “stepping stone” untuk US mendominasi angkasa lepas.

Dan apabila permainan US, Rusia dan China makin rancak, Perancis pun perlu memastikan ia kekal relevan. Perancis join, Jerman pun pasti akan join. India dan Jepun pun akan join sekali untuk mengimbangi China (dan India telah pun mendemonstrasi keupayaannya melancarkan misil menembak satelit pada Mac lepas). Bila India join, Pakistan pun nak join. Meriah angkasa lepas nanti.

Aku check portal-portal berita BM, tak ada lagi yang melaporkan pasal berita ni. Macam tak penting. Sementara itu portal Indonesia pulak semangat melaporkan berita tersebut. Baru aku tahu “space command” dalam Bahasa Indonesia ialah “komando pasukan antarariksa”.

Itulah masa depan orde dunia. Tapi itu pun ada orang kita masih percaya bumi leper.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.