Bayangkan abad ke-19. Mexico sedang bergolak selepas siri peperangan, ketidakstabilan politik dan krisis ekonomi. Negara itu lemah, porak-peranda dan terdedah kepada campur tangan asing. Dalam kekacauan ini, Perancis nampak peluang keemasan. Peluang untuk menanam semula pengaruh Eropah di benua Amerika.
Tahun 1861, Mexico gagal membayar hutang kepada tiga kuasa Eropah: Britain, Sepanyol dan Perancis. Ketiga-tiga negara menghantar tentera ke Mexico atas alasan “menuntut bayaran hutang”. Namun, selepas beberapa rundingan damai, Britain dan Sepanyol bersetuju untuk berundur.
Tapi Perancis pula, di bawah pemerintahan Napoleon III, mengambil pendekatan yang jauh lebih agresif. Napoleon III tidak hanya mahukan bayaran. Dia melihat potensi geopolitik Mexico sebagai pintu masuk untuk membina semula pengaruh Perancis di Dunia Baru.
Maka, Napoleon III melancarkan operasi ketenteraan berskala besar. Sekitar tahun 1863-64, tentera Perancis berjaya menguasai Mexico City dan mereka menabalkan Maximilian dari Austria sebagai Maharaja Mexico yang baru. Boleh kata Maximillian ini ialah seorang boneka Eropah yang hanya jadi alat kepada kepentingan Perancis.
Namun, tindakan ini melanggar prinsip Doktrin Monroe iaitu dasar luar Amerika Syarikat sejak 1823 yang menegaskan bahawa benua Amerika tidak boleh dijadikan medan permainan kuasa-kuasa Eropah. Masalahnya, ketika itu Amerika sedang bergelut dengan Perang Saudara (1861–1865), jadi mereka tidak mampu bertindak serta-merta.
Selepas tamatnya perang, barulah Amerika Syarikat bersuara tegas. Mereka beri tekanan diplomatik kepada Perancis, menyokong gerakan nasionalis Mexico yang dipimpin oleh Benito Juárez dan secara halus memberi amaran bahawa kekuatan tentera mereka kini sedia dikerahkan jika Perancis enggan berundur.
Tekanan itu berkesan.
Napoleon III akhirnya menarik semula tenteranya. Maximilian pula ditangkap dan dihukum mati oleh pasukan Juárez pada tahun 1867. Kematian Maximillian menandakan gagalnya misi Perancis di bumi Mexico itu.
Sejak peristiwa itu, kuasa Eropah berhenti mencuba nasib secara langsung di benua Amerika. Dan Amerika Syarikat menghantar mesej yang jelas: merekalah penguasa utama di hemisfera barat. Perancis pula, terpaksa pulang… dengan impian yang hancur.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.