Barbara Thorson (lakonan Madison Wolfie) merupakan seorang murid sekolah menengah di sebuah bandar. Umurnya mungkin dalam sekitar 13 – 15 tahun. Keluarganya agak tunggang langgang. Ibunya sakit. Kakanya yang menjadi ketuar keluarga, serabut dengan urusan keluarganya. Abangnya pula sering membuang masa dengan permainan video dan seorang yang tidak bertanggungjawab.

Barbara yang masih kecil tidak dapat menghadapi (cope) dengan situasi dan realiti begini. Dia tidak mempunyai pengalaman dan dia masih terlalu muda untuk perkara-perkara ini. Bertambah tertekan lagi, dia tidak dapat menerima realiti bahawa ibunya akan meninggal kelak akibat kanser.

Orang dewasa yang tealh terbeban dan tertekan dengan hidup akan lebih realistic untuk menghadapi perkara-perkara ini kerana pengalaman dan faham dengan kehidupan. Orang dewasa biasanya akan alami kehidupan yang tidak sihat seperti meminum arak, bermain judi, asingkan diri daripada sosial, tidak lalu makan dan alami kemurungan sekiranya mereka tidak cukup kuat untuk menghadapi kesusahan hidup.

Kanak-kana yang tidak faham dengan beban yang tiba-tiba jatuh ke bahu mereka – orang dewasa biasanya bersedia – tidak dapat menghadapinya seperti orang dewasa kerana kurang pengalaman dan kefahaman hidup. Maka, mereka memilih untuk berimaginasi dengan melakukan perkara yang kreatif – inilah apa yang dilakukan oleh Barbara.

Gergasi dalam file mini merupakan metafora yang menggambarkan malapetaka dalam hidup. Menggambarkan kehilangan, kekecewaan, kesakitan dan kerunsingan. Barbara berkata, “A giant comes to the place and take everything from you, and when it’s done, it’s like anything that made your life good was never even there.

Manusia mempunyai kecenderungan unutk berasa emosi negatif. Sebab itulah apabila sekali sahaja malapetaka menimpa dalam hidup, sukar untuk kita kenangkan hal positif yang pernah berlaku banyak kali dalam hidup kita. Sekali itu sahaja telah membuatkan hidup kita tidak pernah baik dan manis.

Berimaginasi dan berfantasi merupakan salah satu bentuk penafian (denial) kanak-kanak yang sukar untuk menerima beban dan kesusahan realiti hidup seperti Barbara yang sukar untuk menerima ibunya akan meninggal dunia kelak.

Sebab itulah Barbara sering mendakwa dia mahu memburu gergasi dan mahu membunuh gergasi tersebut. Barbara menyediakan perangkap dan senjata kerana dia tidak mahu menerima realiti – yakni gergasi – yang bakal menghancurkan kegembiraan hidupnya.

Pengakhiran filem ini lebih menarik. Gergasi ini pesan kepada Barbara, “I am not come for you mother. I came for you. You are stronger than you think.

Pesanan ini sangat sesuai dengan pesanan Tuhan dalam surah al-Baqarah. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Klimaks filem turut menujukkan proses penyembuhan Barbara untuk bersedia menghadapi realiti dugaan hidupnya bukan lagi menafikan realiti tersebut. Apabila kanak-kanak seperti Barbara telah mula menerima reality hidup, mereka mula meruntuhkan imaginasi dan fatansi ini.

Filem ini mendapat 77% dari Rotten Tomatoes dan 6.2 dari IMDb


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.