Isu pelancong terlalu ramai di tempat tumpuan pelancong bukanlah satu isu baru di seluruh dunia. Tak kira di mana saja anda berada dari Jepun hingga negara-negara Eropah, isu ini sentiasa menimbulkan kemarahan penduduk tempatan dan pening kepala pihak berkuasa tempatan di sebalik pulangan wang yang lumayan.

Justeru, ada yang cuba mencari kaedah kreatif dalam mengurangkan bilangan pelancong dan menjaga khazanah yang menjadi tarikan pelancong dari mengenakan tiket hinggalah mengehadkan bilangan pelancong. Di Rom, jangan terkejut jika anda duduk seketika di Spanish Steps, anda dikenakan denda 250 euro kerana duduk di situ.

Ini didedahkan dalam satu laporan akhbar The Guardian yang ditulis oleh Angela Giuffrida minggu ini. Ini merupakan sebahagian daripada langkah drastik yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan bagi memerangi tingkah laku anti-sosial dan sikap kurang ajar pelancong terhadap monumen budaya dan bersejarah bandar berkenaan. Antara perkara yang sentiasa menimbulkan kemarahan penduduk tempatan seperti makan bersepah di tempat bersejarah, mandi di pancuran air bersejarah atau mabuk semasa berada dalam pengangkutan awam.

Apa yang dilakukan Rom ini nampak drastik tetapi percayalah, apa yang dihadapi mereka turut dihadapi oleh destinasi-destinasi pelancongan lain di Itali. Bukanlah satu kejutan penduduk tempatan menyifatkan pelancong asing tidak mempunyai rasa hormat terhadap nilai budaya dan sejarah tempatan seperti kumpulan pelancong yang terlalu ramai di sesebuah tempat, lambakan sampah dan swafoto di tempat tidak sepatutnya.

Ada yang sudah geram bersedia melaksanakan langkah mengenakan yuran kemasukan bagi pelancong sehari seperti yang berlaku di Venice. Sementara wilayah Cinque Terre melaksanakan sistem tiket untuk mengehadkan bilangan pelancong kepada 1.5 juta pelancong setiap tahun.

Dan untuk Spanish Steps, apa yang dilakukan pihak berkuasa Rom mendapat pujian sesetengah penduduk tempatan yang menyifatkan peraturan ini baik dalam menjaga khazanah bersejarah Itali. Tetapi ada yang menyifatkan perbuatan mendenda sesiapa yang duduk di situ sebagai melampau dan mengarut. Pengarah Federalberghi (Persatuan Hotel-Hotel Itali) untuk Rom, Tomasso Tanzilli menyifatkan mendenda sesiapa yang mengotorkan dan merosakkan Spanish Steps sebagai munasabah tetapi mendenda mereka yang duduk terutama golongan warga emas sebagai tidak masuk akal.

Spanish Steps sebenarnya sudah menjalani proses pemuliharaan bernilai 1.5 juta euro pada tahun 2016 hasil sumbangan pengeluar aksesori terkenal Itali, Bulgari. Ini menjadikan kawasan tangga seluas 32,300 kaki persegi terdiri daripada batu, plaster, bata dan marmar kembali kepada keadaan asalnya. Tetapi jika mengamati kenyataan Presiden Fiepet-Confesercenti untuk Rom, Claudio Pica, peraturan mengarut ini juga dilihat akan menghilangkan suasana bandar yang mesra pelancong dan memaksa pelancong berfikir dua kali sebelum menjejakkan kaki ke Rom.

Apa yang dilakukan Rom cuba dilaksanakan Venice dengan menempatkan penguatkuasa di tangga-tangga monumen seperti Dataran St. Mark. Tetapi tidak seperti Rom, usaha mereka menghalang pelancong dari duduk di situ tidak berhasil dan ia tidak menjadi isu kepada mereka. Namun, bagi yang cuba makan, bersedialah didenda dan dihalau keluar dari Venice seperti yang berlaku kepada dua pelancong Jerman ini. Pada Julai lepas, dua pelancong ini didenda 950 euro dan dihalau keluar dari Venice atas kesalahan cuba membuat kopi di atas tangga di Jambatan Rialto.

Jika anda merasakan perkara ini hanya terpakai kepada orang biasa, anda salah. Selebriti terkenal tidak terlepas dari perkara ini dan ini berlaku kepada bekas juri America’s Got Talent dan model terkenal, Heidi Klum. Klum yang baru-baru ini berkahwin dengan gitaris Tokio Hotel, Tom Kaulitz dikenakan denda 6,000 euro kerana berenang di Blue Grotto, Capri.


Pasangan selebriti yang berkahwin pada Sabtu lepas dikatakan terjun ke air tirus dalam gua berkenaan dari kapal layar mereka sebelum matahari terbenam pada Isnin. Pelancong boleh melawat grotto berkenaan dengan bot tetapi berenang di situ dilarang.

10 perkara yang dilarang semasa berada di Itali

1. Makan bersepah atau berkhemah di tangga-tangga monumen atau dataran.

2. Menyanyi dalam keadaan mabuk dalam pengangkutan awam.

3. Letakkan mulut terlalu hampir dengan muncung pancuran air minuman.

4. Berjalan tanpa memakai baju.

5. Menarik beg bagasi beroda dan bugi di kawasan bersejarah.

6. Terjun ke dalam pancuran air.

7. Merendamkan kaki di terusan Venice.

8. Beri makan merpati di Venice.

9. Bina istana pasir di Eraclea, sebuah bandar pantai berhampiran Venice.

10. Memakai kasut berbunyi di Capri (terompah kayu diharamkan di Capri sejak 1960).

RUJUKAN:

1. Giuffrida, Angela. (2019). Tourists face €250 fines for sitting on Spanish Steps in Rome. The Guardian. https://www.theguardian.com/world/2019/aug/07/rome-spanish-steps-fascist-style-measures-against-tourists

2. Katz, Brigit. (2019). Per Favore, Do Not Sit on the Spanish Steps. Smithsonian Magazine. https://www.smithsonianmag.com/smart-news/favore-do-not-sit-spanish-steps-180972875/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.