Sedangkan ombak di laut pun boleh berubah, inikan pula Tentera Salib abad ke-13. Pe.rang Salib pada dasarnya adalah mengenai sekelompok tentera Katolik yang tak berdisiplin memper.kosa, menja.rah dan membu.nuh orang Yahudi dalam perjalanan mereka ke Palestin, semua ini dilakukan atas nama Gereja Katolik Rom. Kemudian perkara yang sama dilakukan terhadap umat Islam di Palestin.

Sejak perpecahan Empayar Rom dan penubuhan kota Konstantinopel di bawah Maharaja Constantine – pemerintah Kristian pertama Empayar Rom –Konstantinopel telah kekal sebagai pusat bandar terkaya dan paling menyerlah sepanjang Zaman Kegelapan dan awal Zaman Pertengahan. Tidak ada kota lain yang mampu menyainginya.

Ia telah dibina mengikut model ibu kota Rom di Itali dan dihiasi dengan pelbagai monumen, gereja dan istana oleh maharaja-maharaja sejak dari era Theodosius II (yang membina temboknya yang tebal) hinggalah era Justinian (yang membina katedral Hagia Sophia).

Di bawah pemerintahan dinasti Macedonia, kerajaan Konstantinopel telah menahan anca.man kuasa-kuasa Islam di Anatolia dan Levant, dan menjadi kuasa yang tak boleh dipandang remeh. Ia mendominasi Balkan dan Timur Tengah, dan aliran Kristian versi mereka yang tersendiri (Ortodoks) tersebar sejauh ke Moscow, Baltik dan Balkan.

Tetapi pada awal abad ke-13, empayar ini telah menghadapi waktu yang lebih bergelora. Pemerintah Turki Seljuk telah membawa agenda perpaduan yang baru ke dunia Islam dan secara beransur-ansur, Armenia dan Anatolia keluar dari kawalan Byzantine (Konstantinopel).

Pertem.puran Manzikert pada tahun 1071 menyaksikan maharaja Romanus IV Diogenes ditangkap oleh Sultan Alparslan, ini merupakan satu penghi.naan besar terhadap Rom. Maka Rom memformalkan perpecahan antara Katolik dan Ortodoks dengan mengasingkan empayar mereka, semenjak saat itu, akan wujud dua dunia Kristian yang berbeza.

Pertem.puran Manzikert.

Perpecahan ini dan keluhan Tentera Salib tentang pemerintah Byzantine yang licik dan didakwa sebagai talam dua muka turut digunakan untuk ‘menghalalkan: Per.ang Salib Kristian Katolik terhadap kota Kristian Ortodoks itu.

Menjelang akhir abad ke-12, siri Per.ang Salib menghadapi banyak kegagalan. Mereka telah kehilangan Jerusalem (Baitulmaqdis) dan situasi di wilayah-wilayah Kristian yang masih tersisa kelihatan sangat suram.

Oleh itu, Paus Innocent III yang sering dianggap sebagai paus yang paling kuat pernah wujud memutuskan bahawa ser.angan langsung terhadap Kaherah diperlukan. Kristian Eropah akan menghunuskan ped.ang sekali lagi untuk mengalahkan Saracen sambil merampas kembali kota Jerusalem.

Untuk melaksanakan kempen ini, para pemimpin pe.rang salib telah meminta Venice untuk melengkapkan pembinaan armada kapal yang besar bagi mengangkut lebih dari 30,000 perajurit yang akan bertem.pur, kelengkapan pe.rang dan kuda-kuda mereka ke Tanah Suci.

Begitulah perancangannya. Venice pun bersetuju untuk membantu melengkapkan pembinaan armada laut Tentera Salib dan proses ini memakan masa sekitar satu tahun. Venice telah menggunakan seluruh hasil sumber yang mereka ada untuk menyem.purnakan pembinaan armada ini berdasarkan perjanjian yang telah ditetapkan.

Namun, pembinaan armada ini bukan dibuat secara percuma, dan ketika Tentera Salib sudah bersiap untuk berlayar, pihak Venice telah menuntut sejumlah wang berjumlah 85,000 Marks, jumlah yang sangat besar bagi Tentera Salib.

Enrico Dandolo

Dan mereka hanya mampu merekrut sekitar satu pertiga daripada orang yang diharapkan, dan yang lebih teruk lagi, mereka sebenarnya tak ada sebarang sumber kewangan untuk membayar kos kesemua kapal-kapal yang dibina oleh Venice. Ini menyebabkan Venice menghadapi kemerosotan ekonomi.

Terdapat beberapa catatan kisah mengenai apa yang berlaku seterusnya yang memperlihatkan Venice sebagai pihak yang menekan, tapi siapa sangka, doge Venice, Enrico Dandolo yang tua, buta, tapi licik mendapat idea untuk menyer.ang Konstantinopel sejak dari awal lagi?

Selepas Per.ang Salib Pertama, kebanyakan kempen-kempen selepas itu tidak meraih kegemilangan dan mungkin Dandolo merasakan ser.angan terhadap Kaherah juga tak akan mendapat banyak pencapaian, namun dia merasakan dengan menghan.curkan Konstantinopel, ia akan menguntungkan Venice.

Oleh itu, tentera salib yang dibebani hutang itu diperintahkan oleh Venice untuk pergi dan mengepung sebuah kota Katolik yang juga merupakan pesaing kepada Venice iaitu kota Zara dengan melanggar larangan dari Paus Innocent III yang mengakibatkan paus telah mengucilkan kebanyakan mereka.

Namun hasil yang diperolehi dari ser.angan dan penja.rahan terhadap kota Zara masih tidak mencukupi buat mereka. Pada titik ini, seorang putera mahkota Byzantine yang bapanya baru saja digulingkan dan dibu.nuh dalam rampasan kuasa di Konstantinopel telah tiba dengan menawarkan penyelesaian.

Putera mahkota yang baru saja digulingkan oleh Isaac II Angelos itu tiba untuk menawarkan diri bagi membiayai segala kos ekspedisi Pe.rang Salib ke Tanah Suci dan berjanji akan menyumbangkan tidak kurang dari 10,000 tentera Byzantine untuk menyertai Pe.rang Salib.

Tapi semua itu hanya akan menjadi kenyataan jika mereka boleh menunaikan syaratnya terlebih dahulu, iaitu dengan syarat para perajurit yang ada di Venice terlebih dahulu membantu dia untuk menggulingkan semula perampas takhta Byzantine yang telah membu.nuh bapanya dan merebut takhta maharaja di Konstantinopel.

Laluan perjalanan Per.ang Salib Keempat

Pada titik ini, kebanyakan tentera salib menolak untuk mengambil bahagian dalam melancarkan se.rangan ke atas Konstantinopel. Di antara mereka yang menolak adalah Simon de Montfort, yang terkenal dalam kempen pe.rang salib terhadap orang-orang Kathar di Perancis Selatan.

Oleh itu, selepas kota Zara dimu.snahkan, Tentera Salib menuju ke Konstantinopel dalam usaha untuk membantu Alexios merampas kembali takhtanya dan menuntut habuan mereka.

Tetapi warga kota Konstantinopel masih yakin yang tembok besar mereka akan menghalang Tentera Salib.  Mereka telah berjaya mengusir setiap pencero.bohan selama hampir seribu tahun dari Hun, Bulgar hinggalah Arab. Malangnya, tembok mereka akhirnya ditembusi oleh tentera Kristian sendiri.

Dan pada fasa awal selepas se.rangan, pasukan Tentera Salib dari Perancis dan Venice yang menawan Konstantinopel pada tahun 1203 belum lagi bertindak menja.rah atau memus.nahkan kota.

Sebaliknya, mereka mengangkat Putera Alexios kembali di atas takhta Byzantine dan mendirikan kem di luar kota sambil menunggu Alexios menunaikan janji kepada mereka untuk membiayai kos dan menyumbang pasukan tentera.

Gambar hiasan

Namun apa yang terjadi adalah janji-janji Alexios itu sering ditunda-tunda, dan tiba-tiba dia dibu.nuh semasa pembe.rontakan kumpulan Yunani yang kembali membuat rampasan kuasa dan Tentera Salib mula menyedari pada peringkat ini segala harapan mereka sudah pun hanc.ur lebur.

Maharaja Yunani yang baru dikatakan telah bersiap sedia untuk menye.rang dan mengusir mereka, dan Tentera Salib pula sudah tidak mempunyai dana untuk membiayai pasukan tentera mereka lagi, jadi mereka memilih untuk menye.rang dan menja.rah kota Konstantinopel.

Dandolo secara peribadi mengepalai pasukannya dalam pengepungan Konstantinopel walaupun dia telah berusia 90-an dan buta ketika itu. Dia meninggal dunia di Konstantinopel dan kuburnya masih boleh dilihat di sekitar Hagia Sophia.

Namun, rangkanya sudah lama hilang – ketika Empayar Rom Latin yang ditubuhkannya akhirnya digulingkan oleh Byzantine yang kembali dan kemudian Byzantine pula kemudiannya akan dihan.curkan oleh Empayar Uthmaniyah, di antara tempoh ini, dipercayai rangka dan tulang Dandolo telah diberi makan kepada anjing.

Dandolo pun jadi bahan meme

Apa yang lebih menarik, selepas Tentera Salib menja.rah dan memus.nahkan kota Konstantinopel, kebanyakan Tentera Salib tidak pernah meneruskan perjalanan ke Jerusalem, sebaliknya mereka pulang ke kampung halaman setelah harta rampasan dan wang dibahagikan.

RUJUKAN:

Phillips, Jonathan (2004). The Fourth Cru.sade and the Sa.ck of Constantinople. New York: Viking.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.