Bangsa Turki merupakan sebuah bangsa yang gasar dan nomad. Mereka merentasi padang rumput Steppe dari Timur Pergunungan Altay, iaitu di Dataran Orkhon, Mongolia. Turki ialah rumpun bangsa yang lahir daripada gabungan Bangsa Kaukasoid dan Mongoloid, digelar sebagai Bangsa Turan (Turanid).

Oleh sebab kebijaksanaan mereka menunggang kuda dan kebolehan bangsa Turki memanah tepat dengan berkuda, mereka menjadi bangsa yang sangat kuat dan berjaya menyebar dan menakluk banyak kawasan di pedalaman Asia Tengah. Bangsa Turki membina Empayar Nomadik mereka di Pedalaman Asia Tengah dengan menewaskan bangsa dominan yang lain seperti China dan Iran.

Sebelum kedatangan Islam, bangsa Turki yang gasar suka menyerang dan menjarah kawasan tamadun lain untuk memperoleh makanan, pasangan dan kawasan kediaman. Namun begitu, dengan kewujudan tradisi menghorm4ti raja dan terdapat raja-raja awal Turki yang bijaksana, bangsa Turki disatukan di bawah payung pemerintahan seperti Xiongnu, Gokturk, Hephthalite (Hun Putih) dan sebagainya.

Rajah 1: Maveraunnehir (Transoxiana) dan kawasan sekitarnya Pada Kurun ke-8 M. Gambar kredit kepada Cplakidas – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=15901401

Bagaimana Islam tersebar dalam kalangan Bangsa Turki? Pada awalnya, semasa pemerintahan Khulafa Ur-Rashidun, Umat Islam berjaya mengalahkan Tentera Sassanid dalam P3rang Qadisiyah (Tahun 636) dan P3rang Nahavand (Tahun 642) serta menakluk Wilayah Parsi. Al-Ahnaf ibn Qays r.a., sahabat nabi s.a.w. diberikan kepercayaan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. untuk mengejar Kisra Sassanid iaitu Yazdegerd III serta melengkapkan penaklukan tentera Islam di Khorasan.

Yazdegerd III menghantar utusan meminta bantuan Kerajaan Bangsa Turki dan China untuk membantunya yang dihambat oleh tentera Islam. Namun begitu, Al-Ahnaf berjaya menawan Yazdegerd III di Marwir-Rawdh sebelum pertolongan tiba. Yazdegerd III berjaya meloloskan diri ke Balkh (Utara Afghanistan moden).

Saidina Umar tidak membenarkan Al-Ahnaf mengejarnya jauh ke pedalaman Asia. Al-Ahnaf dan tentera Islam tidak teruskan pengejaran terhadap Yazdegerd III, namun Al-Ahnaf masih mengambil langkah berjaga-jaga. Menyedari Yazdegerd III mendapat bantuan daripada Bangsa Turki, Al-Ahnaf membuat helah dengan menembak curi pengawal khemah Bangsa Turki tersebut satu-persatu.

Apabila ketua Bangsa Turki tersebut menyedari pengawalnya m4ti secara mengejut, ia merupakan petanda daripada Tuhan mereka yang perjuangan mereka tidak direstui dan akhirnya, berarak pulang ke kawasan mereka. Al-Ahnaf terus menyerang Yazdegerd III dalam pertempuran di Sungai Oxus (Amu Darya atau Ceyhun). Yazdegerd III berjaya meloloskan diri lagi, namun baginda dibvnuh oleh tentera tempatan di Merv.

Peristiwa itu merupakan titik permulaan Bangsa Turki bertembung dengan dunia Islam. Bangsa Turki tidak memerangi dan tidak dip3rangi oleh tentera Islam di zaman itu menyebabkan ramai yang berminat untuk menjadi tentera upahan Islam dan memeluk agama Islam dengan rela hati.

Penaklukan dan penguasaan Islam berterusan merentasi Sungai Amu Darya ke Kota Shash (Tashkent) pada masa itu. Pada awalnya, semasa zaman Khulafa-ur-Rashidun dan permulaan Bani Umayyah, bangsa Turki hanyalah bangsa yang bernaung di bawah Daulah Islam dan membayar ufti kepada kerajaan Islam yang mana Gabenornya berpusat di Iraq dan Khorasan. Namun begitu, terdapat tentera upahan berbangsa Turki yang menganut ajaran Islam kerana tertarik dengan kesucian Islam berbanding ajaran Tengri mereka serta berkhidmat di bawah Komander Bani Umayyah iaitu Ubaidullah bin Ziyad.

Beliau menempatkan tentera Turki ini di Iraq pada Tahun 675M. Tidak lama selepas itu, Hajjaj bin Yusuf dilantik sebagai Gabenor Bani Umayyah di Iraq. Sebagai Gabenor di Iraq, beliau juga bertanggungjawab terhadap Wilayah Bani Umayyah sehingga ke sempadan Timur Empayar. Namun begitu, Hajjaj sukar untuk menangani pemberontakan masyarakat tempatan di Khorasan yang mahu merdeka daripada penguasaan orang Islam.

Pada Tahun 683 hingga 692, berlaku p3rang saudara antara Bani Umayyah di bawah pimpinan Khalifah Yazid I dengan Saidina Hussein bin Ali. Dalam masa yang sama, berlakunya pep3rangan antara etnik Bangsa Turki di Asia Tengah. Etnik-etnik Turki seperti Turgesh, Hephthalite dan sebagainya berp3rang untuk memerdekakan wilayah mereka daripada penguasaan Gokturk Barat (Kutluk). Di samping itu, mereka juga memberontak terhadap dominasi Tentera Islam Arab di kawasan mereka.

Oleh itu, Hajjaj melantik Qutaybah ibn Muslim Al-Bahili, seorang komander p3rang muda tetapi sangat hebat. Qutaybah bin Muslim membawa bersamanya ramai tentera-tentera bangsa Arab dengan keluarga mereka, serta menetap di Khorasan dan Maveraunnehir. Keadaan ini menyebabkan kelompok bangsa Iran dan Bangsa Turki tidak menyenangi kehadiran mereka di sana.

Qutaybah ibn Muslim Al-Bahili: Gabenor dan Komander Islam Yang Berjaya Menakluk Seluruh Maveraunnehir.

Rajah 2: Gambaran tentera Islam di zaman Qutaybah. Gambar Kredit kepada https://greatestgenerals.wordpress.com/2013/11/05/qutayba-ibn-muslim/

Maveraunnehir ketika itu merupakan wilayah yang tidak aman berikutan pemberontakan Kerajaan Turgesh dan bangsa Turki sekitarnya yang inginkan kemerdekaan daripada cengkaman Kerajaan Gokturk Barat (Kutluk). Pep3rangan tersebut yang berlarutan pada Tahun 699 hingga 711 menyebabkan wilayah tersebut menjadi kucar-kacir. Di samping itu, bangsa Turki Timur menyerang dan menjarah Wilayah Sogdiana menyebabkan perkhemahan-perkhemahan bangsa Turki di sana mengalami kemerosotan dari segi sumber dan kekuatan. Kerajaan Turgesh membantu menyelamatkan wilayah Sogdiana daripada dijajah oleh Bangsa Turki Timur (Gokturk) tersebut.

Keadaan di Maveraunnehir yang kucar-kacir ini memudahkan lagi Qutaybah untuk menewaskan pemberontakan dan menyerap wilayah tersebut ke Daulah Umayyah. Pada Tahun 706, Qutaybah berjaya menewaskan pemberontakan di Tokharistan Bawahan (Lower Tocharistan). Qutaybah menyelamatkan Tish, Raja Saghaniyan dari cengkaman Raja Akherun dan Suman (Wilayah di Lembah Surkhan dan Sungai Penjab) dengan membayar tebusan yang banyak. Setelah itu, Tish menyerahkan Kota Balkh kepada Qutaybah dan menyokong ekspedisi Qutaybah. Seterusnya, Qutaybah menghantar Sulaym, seorang kaunselor berbangsa Parsi untuk meyakinkan Nezak, ketua pemberontak Hephthalite dari Balghis untuk menyerah diri dan menjadi sekutu Qutaybah dalam ekspedisi di Khorasan. Nezak yang takut dengan kehebatan Qutaybah bersetuju untuk mengikuti Qutaybah dalam ekspedisi di sana.

Setelah berjaya menguasai Tokharistan, Qutaybah meneruskan penguasaan di Sogdia bermula dengan menyerang Kota Balkand pada Tahun 706. Qutaybah mudah untuk menguasai wilayah tersebut berikutan berlakunya pep3rangan antara bangsa-bangsa Turki di sana. Ketika itu, Bukhara diduduki oleh Penguasa Wardana yang bernama Wardan Khudah, manakala pemimpin tempatan yang bernama Khunuk Khudah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Bukhara. Qutaybah bekerjasama dengan tentera Kerajaan Turgesh dalam kempen ketenteraan tersebut. Qutaybah berjaya menguasai Balkand setelah dua bulan menyerang kota tersebut dan menempatkan sedikit tentera di Baykand. Setelah ketumbukan tentera Qutaybah meninggalkan Baykand, penduduk Kota Baykand bangun menentang pendudukan tentera Arab yang berkubu di sana. Keadaan ini menyebabkan Qutaybah kembali ke Baykand dan menghukum penduduk di kota tersebut. Ramai penduduk yang dihukum bvnuh akibat pemberontakan tersebut. Namun, ada pendapat mengatakan bahawa tentera Arab hanya menghukum pemberontak sahaja, yang lain tidak diganggu. Menurut Gibb, semua penduduk lelaki dewasa dibvnuh, perempuan dan kanak-kanak dijual di pasar hamba. Banyak harta rampasan p3rang, senjata dan perisai yang dapat dirampas oleh tentera Qutaybah. Keadaan di Kota Baykand menggemparkan seluruh Sogdia menyebabkan Putera-putera Sogdia iaitu Kerajaan Kish dan Nasaf bersatu di belakang Wardan Khudan bagi menghadapi kemaraan tentera Islam. Pada Tahun 707, Qutaybah berjaya menawan Kota Tumuskath dan Ramithana sebelum beliau rasa diancam melalui gabungan tentera-tentera Sogdia tersebut. Qutaybah berjaya menghindari pertempuran dengan tentera gabungan Sogdia, membuat perjanjian untuk mencuri masa dan berjaya berundur melepasi Sungai Tirmidh melalui Buzgalaxona (Pagar Besi yang memisahkan Sogdia dengan Saghaniyan). Ekspedisi untuk menawan Sogdia menemui jalan  buntu pada Tahun 707 dan 708. Pada Tahun 709, Hajjaj bin Yusof membuat perancangan baharu dengan menyerang Bukhara dengan serangan mengejut. Dalam serangan tersebut, Wardana berjaya dikuasai dan serangan terhadap Kota Bukhara dikuasai apabila tentera gabungan Sogdia melemah dengan kem4tian mengejut pemimpinnya, Wardan Khudah. Selepas Kota Bukhara ditawan, mereka perlu membayar 200,000 dirham sebagai ufti dan tentera Arab ditempatkan di kota tersebut. Tarkhun, Raja Samarkand menghantar utusan menyatakan mereka tunduk kepada Qutaybah sebagai vassal kepada Kerajaan Khalifah Umayyah dengan membayar ufti tahunan dan Qutaybah pulang semula ke Merv.

Semasa Qutaybah dan tentera Islam pulang ke Merv pada Tahun 709 dengan kemenangan, Nezak Tarhan menyedari bahawa wilayahnya iaitu Tokharistan Bawahan tidak boleh merdeka dengan kehadiran tentera Qutaybah di kawasan tersebut. Nezak meloloskan diri dari Qutaybah, kembali ke Tokharistan Bawahan dan beliau membuat pakatan dengan Pemimpin Balkh, Merv Rudh, Talaqan, Faryab dan Curcan untuk memerangi bangsa Arab. Nezak juga memaksa Yabghu, penguasa utama Tokharistan untuk membantu mereka memberontak terhadap tentera Arab. Qutaybah menghantar adiknya, Abdul Rahman bersama 12,000 tentera ke Balkh untuk menghentikan pemberontakan. Abdul Rahman berjaya mengawal dan menangkap pemberontak tanpa pertumpahan d4rah yang besar. Kesemua ketua pemberontak dihukum bvnuh ataupun melarikan diri. Nezak dibvnuh atas perkenan Hajjaj dan Yabghu dihantar ke Damsyik, di mana beliau dipenjarakan. Kekalahan Nezak menyebabkan Bani Umayyah berjaya menguasai Wilayah Tokharistan sepenuhnya dan buat pertama kalinya tentera islam berjaya menguasai Wilayah Yabghu dan negara vassal di sekeliling Dataran Sungai Oxus.

Tidak lama selepas itu, Qutaybah menewaskan Akharun dan Suman. Beliau berarak ke Pintu Pagar Besi, menguasai Wilayah Kish dan Nasaf serta melawat Bukhara sekali lagi. Tentera Islam turut menabalkan Tughshada sebagai Bukhar-Khudah (Raja) di Wilayah Bukhara dan membvnuh ketua perusuh. Keadaan ini membolehkan tentera Islam membina koloni mereka di Bukhara. Qutaybah membina masjid di Bukhara untuk membolehkan tentera islam dan orang islam di Bukhara bersembahyang jemaah. Keadaan ini menarik lebih ramai lagi bangsa Turki untuk memeluk Islam tanpa paksaan.

Qutaybah juga berjaya menguasai Kerajaan Khwarezmiah sebagai vassal dan menakluk Samarkand pada tahun 712. Setahun kemudian, tentera Islam berjaya menguasai Sash (Tashkent) dan Lembah Ferghana dan akhirnya, pada Tahun 715, Qutaybah melengkapkan penguasaan tentera Bani Umayyah dengan menakluk Kota Kashgar, Kota yang menjadi sempadan dengan wilayah Negara China. Dengan penguasaan tentera Islam dan Tentera Arab di bawah kepimpinan Qutaybah ini, agama islam mula tersebar meluas ke Wilayah Asia Tengah. Namun begitu, terdapat kisah yang menceritakan bahawa Qutaybah melakukan pembvnuhan massa di Kota Baykand dan Curcan serta memperdagangkan wanita dan kanak-kanak di pasar hamba dengan jumlah kem4tian melebihi 150,000 orang di dua kota tersebut. Namun begitu, kisah ini berkemungkinan tidak tepat kerana di zaman tersebut, terlalu banyak pep3rangan dan pembvnuhan terutamanya yang dilakukan oleh Nezak Tarhan yang menyerang serta menakluk kota yang telah dimenangi oleh tentera Islam di wilayah tersebut. Menurut Yunus Akyurek, pensyarah di Universiti Cumhuriyet, Turki (dalam makalahnya iaitu Horasân Valisi Ḳuteybe b. Müslim el-Bâhilî İle İlişkilendirilen Katliam ve Zulüm İddiaları atau Claims of Massacre and Persecution Attributed to Khurāsān Governor Qutayba Ibn Muslim al-Bāhilī), Pembvnuhan beramai-ramai tidak dilakukan oleh Qutaybah, malahan beliau membvnuh musuh yang memberontak dengan diketuai oleh Nezak Tarhan serta ajaran islam yang menjadi elemen pembentukan bangsa Turki hari ini adalah titik permulaan sejarah yang amat penting di rantau tersebut.

Pada Tahun 715, Khalifah Al-Walid I mangkat dan Khalifah baharu yang ditabalkan ialah Khalifah Sulaiman ibn Abd Al-Malik. Khalifah Sulaiman merupakan musuh Qutaybah. Walaupun baginda melantik semula Qutaybah sebagai Gabenor Umayyah di Khorasan, Qutaybah risau kedudukannya akan tergugat kelak. Oleh itu, Qutaybah bangkit memberontak. Namun begitu, tentera Arab yang berpangkalan di Khorasan dan tentera rakyat tempatan tidak mahu mengikuti Qutaybah memberontak menyebabkan Qutaybah terpaksa bergerak ke Ferghana. Akhirnya, pada awal Tahun 716, Qutaybah dan keluarganya dibvnuh di Lembah Ferghana. Waki ibn Abi Sud menggantikannya sebagai Gabenor Khorasan dan membubarkan tentera Bani Umayyah di Maveraunnehir.

Selepas kem4tian Qutaybah, gabenor baharu yang dilantik tidak mempunyai karisma dan prestij seperti Qutaybah. Kedudukan pemerintah Arab di Maveraunnehir turut terancam. Bani Umayyah tidak dapat menenteramkan pemberontakan dan mereka kehilangan banyak jajahan kepada Kerajaan Turgesh yang memenangi p3rang “Hari Kehausan” (Tahun 724) dan “Pertempuran di Genting” (Tahun 731). Namun begitu, pada Tahun 738, Nasr ibn Sayyar Al-Kinani berjaya mengawal pemberontakan dan mengalahkan kemaraan tentera Turgesh. Ketika itu, islam makin tersebar di Pedalaman Asia Tengah.

Polisi Abbasiyyah dan Pertempuran Sungai Talas

Pada Tahun 747, Abu Muslim, seorang jeneral p3rang berbangsa Parsi memberontak terhadap Bani Umayyah di Khorasan dengan 10,000 tentera panji hitam. Abu Muslim menyebarkan fahaman bahawa jawatan Khalifah mestilah disandang oleh keturunan Rasulullah s.a.w. Abu Muslim memulakan pemberontakan di Merv. Setelah tewas, Gabenor Nasr Ibn Sayyar melarikan diri ke arah barat. Jejaknya dikesan dan diekori oleh Jeneral Qahtaba. Jeneral Qahtaba berjaya mengalahkan tentera Umayyah dalam pertempuran Gorgan, pertempuran Nahavand dan akhirnya tentera Qahtaba berjaya membvnuh Nasr ibn Sayyar dalam pertempuran Karbala pada Tahun 748. Pada Tahun 750, Abu Al-Abbas As-Saffah berjaya menewaskan tentera Bani Umayyah di Sungai Zab Besar, seterusnya baginda ditabalkan sebagai Khalifah Bani Abbasiyyah yang pertama. Khalifah Marwan melarikan diri ke Mesir, namun baginda dibvnuh dan mengakhiri dominasi Bani Umayyah di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah tidak meneruskan dasar ‘Arab Supremacy’ seperti Umayyah dan melantik gabenor-gabenor dalam kalangan bangsawan Parsi dan Turki yang membantu Bani Abbasiyyah memenangi pep3rangan dengan Bani Umayyah. Dasar ini yang akan mempengaruhi Daulah Abbasiyyah kelak, yang mana Khalifah hanyalah Ketua Semesta Kerajaan Islam, tetapi kuasa pentadbiran dan ketenteraan berada dalam genggaman pemimpin-pemimpin di kawasan tertentu dalam Daulah Abbasiyyah. Keterbukaan Daulah Abbasiyyah ini juga yang menyebabkan ramai warga tempatan tertarik dengan Islam dan memeluk Islam secara beramai-ramai.

Penyebaran Agama Islam secara besar-besaran ini bermula pada Pertempuran Sungai Talas antara Kerajaan Bani Abbasiyyah dengan Kerajaan Tang dari Tamadun China. Perselisihan bermula dengan campur tangan Kerajaan Tang dalam percaturan politik antara etnik Turki di Lembah Ferghana sejak Tahun 715 hingga 750. As-Saffah menghantar tenteranya ke Lembah Ferghana untuk mengukuhkan kedudukannya. Tentera Bani Abbasiyyah mewujudkan konfrontasi dengan banyak kerajaan di kawasan tersebut termasuklah Kerajaan Dinasti Tang yang banyak membuat percaturan di Lembah Ferghana.

Dalam pertempuran Sungai Talas pada Tahun 751, tentera Abbasiyyah berjaya memenangi pep3rangan dengan Dinasti Tang selepas Tentera Upahan Karluk dan Kerajaan-kerajaan kecil di Lembah Ferghana berpaling tadah dan menyokong Tentera Islam menyebabkan Tentera Tang mengalami kekalahan teruk. Tentera Abbasiyyah yang bersekutu dengan Tentera Tibet berjaya menewaskan tentera Tang selepas Tentera Karluk menyerang dari dalam. Ramai tentera Dinasti Tang yang terkorban dalam pep3rangan tersebut menyebabkan komander p3rang Dinasti Tang iaitu Gao Xianzhi terpaksa berundur dan cuba mengumpul kembali kekuatan untuk menentang tentera Islam yang makin mara. Namun begitu, berlakulah pemberontakan oleh An Lushan yang menabalkan dirinya sebagai Maharaja dan mewujudkan Dinasti Yan pada Tahun 755 menyebabkan semua ketumbukan tentera Tang terpaksa bergegas pulang ke ibukota. Situasi ini membolehkan tentera Islam melebarkan lagi pengaruhnya di Asia Tengah.

Setelah pep3rangan Sungai Talas, terdapat segelintir Bangsa Turki Karluk yang memeluk agama Islam. Agama Islam semakin berkembang pesat walaupun ketika itu hanya minoriti Bangsa Turki yang memeluk Islam, sama ada sendiri-sendiri ataupun mengikut etnik dan khemah. Selepas kemangkatan As-Saffah pada Tahun 752, adiknya iaitu Khalifah Al-Mansur menaiki takhta dan membantu Dinasti Tang mengalahkan pemberontakan An Lushan. Setelah itu, Dinasti Tang menerima komuniti Islam terawal di China. Mereka terdiri daripada Tentera Bani Abbasiyyah yang membantu melenyapkan pemberontakan tersebut. Sesetengah mereka berkahwin dengan penduduk tempatan dan melahirkan etnik Hui iaitu Bangsa China yang beragama Islam. Namun begitu, pemberontakan Tian Shengong pada Tahun 760 menyebabkan beribu-ribu orang Islam di Yangzhou dibvnuh. Pada Tahun 879, sekali lagi berlaku pemberontakan yang membvnuh ratus ribu orang Islam di China iaitu pemberontakan Huang Chao di Guangzhou. Pemberontakan tersebut bukan sahaja melibatkan orang Islam, malahan pedagang-pedagang Yahudi dan Kristian turut dibvnuh.

Pemimpin Turki Islam Terawal

Pemimpin terawal Turki yang memeluk Islam ialah Nezak Tarhan, Putera Hephtalite yang berkubu di Balghis. Namun begitu, terdapat sarjana yang mengatakan bahawa tindakan Nezak memeluk Islam hanyalah untuk tujuan politik dan kuasa semata-mata demi mengelakkan dirinya dari dijatuhkan atau dibvnuh dari takhtanya. Seterusnya, Kaum Bulgar yang mendiami pinggir Sungai Volga turut tertarik dan memeluk Islam pada era tersebut. Keadaan ini menarik Rajanya, Yiltawar Almish Khan memeluk Islam pada Tahun 920 dan memilih nama Jafar sebagai nama Islamnya. Khan kerajaan besar Bangsa Turki yang pertama memeluk Islam ialah Sultan Satuq Bugra Khan, Raja Kerajaan Kara-Khanid, Empayar Turki di Timur Maveraunnehir  yang memeluk Islam pada Tahun 934. Setelah Sultan Satuq Bugra Khan memeluk Islam, Agama Islam terus berkembang pesat dan menyebabkan majoriti Bangsa Turki memeluk Islam tanpa paksaan.

Mengapa Bangsa Turki Memilih Islam Sebagai Agama Mereka

Dari tahun ke tahun, dari zaman ke zaman selepas Satuq Bugra Khan, Bangsa Turki semakin ramai yang memeluk Islam dan akhirnya, boleh dikatakan Bangsa Turki mestilah Islam. Walau di mana sekalipun mereka berada, dari Xinjiang (Turki Uyghur) hingga ke Anatolia (Negara Turki Moden), Bangsa Turki mestilah Islam. Mengapa mereka memilih untuk memeluk ajaran Islam?

  1. Ajaran Agama: Ajaran agama Islam yang berjaya kepada Tuhan Yang Maha Esa mempunyai persamaan dengan ajaran Gok Tengri yang juga percaya kepada Monoteisme. Ajaran Tengri percaya bahawa Tuhan Yang Maha Pencipta ialah Tuhan Yang Esa, kewujudan syaitan, dunia selepas kem4tian dan keabadian hidup di Syurga mahupun di neraka. Perbuatan yang mendatangkan dosa seperti berzina, mencuri, membvnuh dan sebagainya turut ditegah dalam ajaran Tengri serta berpoligami dan mengorbankan binatang ternakan adalah amalan biasa dalam ajaran lama Turki tersebut. Konsep Jihad dalam ajaran Islam juga terdapat dalam ajaran Tengri menyebabkan ajaran Islam diterima dengan baik dan menyeluruh.
  • Faktor Ekonomi: Selepas penaklukan Islam di Wilayah Turkestan, hubungan ekonomi antara umat islam dengan bangsa tempatan meningkat. Keadaan ini menyebabkan bermulalah hubungan yang rapat antara pedagang Islam dengan warga tempatan dan ajaran Islam turut disebarkan melalui pedagang tersebut. Bangsa Turki di bandar-bandar memeluk Islam melalui pedagang-pedagang Islam di sana.
  • Faktor Sosial: Kejujuran pedagang Islam dalam perniagaan menarik minat Bangsa Turki untuk mendalami agama tersebut. Hubungan yang baik antara pedagang Islam dan bangsa Turki tersebut melahirkan suatu jalinan hidup bermasyarakat yang baik serta menarik Bangsa Turki untuk memeluk Islam.
  • Faktor Politik dan Ketenteraan: Bangsa Turki yang hebat dalam pep3rangan dan pertempuran dipilih menjadi tentera dalam Kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah. Oleh sebab kehebatan mereka dalam p3rang, ramai yang terpilih untuk menaiki pangkat dan mereka turut tertarik dengan ajaran Islam. DI samping itu, Bangsa Turki juga dipilih dalam pentadbiran dan keadaan ini menyebabkan mereka menjadi erat dengan Islam dan memeluk Islam setelah itu.
  • Kesedaran: Ramai Bangsa Turki yang mempunyai kesedaran kendiri untuk memeluk Islam berikutan ajaran Islam yang sesuai dengan kehidupan mereka dan Agama Islam turut bersifat universal.

Rujukan:

Ekrem Bugra Ekinci (2017), Turkic Peoples’ Road to Islam, https://www.dailysabah.com/feature/2017/06/30/turkic-peoples-road-to-islam, dilayari pada 20 Oktober 2019


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.