Masyarakat Mesir Kuno menganut sistem kepercayaan Politeisme (banyak dewa) seperti Dewa Osiris, Ra dan Amun.

Namun siapa sangka ajaran yang lahir di India ini sudah tersebar sehingga ke Mesir Kuno semasa zaman Ashoka(atau lebih awal).

Ahli arkeologi Mesir dan arkeologi Inggeris W. M. Flinders Petrie menemui bukti taburan penempatan agama Buddha di Mesir.

‘Tanah Jajahan’ Buddha

Flinders Petrie mendakwa penganut Buddha di zaman Mesir Kuno berasal semasa zaman Parsi-Mesir sekitar 525-405 SM.

Fliders Petrie

Jika kajian Petrie betul, bermakna ajaran Buddha telah sampai dua ratus tahun lebih awal di Mesir sebelum Ashoka menghantar mubaligh Buddha ke sana.

Ashoka adalah seorang raja India yang menganut Buddism dan beliau berperanan dalam misi penyebaran agama Buddha ke seluruh tanah jajahanya, baginda menggalakkan masyarakat tempatan untuk mengamalkan Buddhisme sebagai cara hidup baharu.

Inskripsi Ashoka

Raja Ashoka membina sebuah kuil di Sarnath, Uttar Pradesh yang dipanggil Lion Capital of Ashoka. Dalam Buddhisme Singa mewakili Bodhisattva, “anak-anak Buddha”. Maka Bodhisattva adalah suatu proses perkembangan rohani seseorang yang telah mencapai objektifnya.

Abad Pertama Amaravati, Andhra Pradesh

Dalam Philostratus: The Life of Apollonius of Tyana menjelaskan keberadaan sami-sami dan golongan pecahan agama Buddha yang tinggal di Mesir Atas(berdekatan Sungai Nil dari Empayar Meroitik.

Zacharias P. Thundy dalam buku ‘Buddha and Christ’ menjelaskan sifat Raja Ashoka berpegang kuat pada ajaran Buddha yang berhasrat meluaskan penyebaran ajaran ini lalu baginda menghantar mubaligh dan wakil sami-sami ke Mesir untuk menyampaikan Dharma Buddha.

Kita boleh tahu keturunan mubaligh ini masih berada di Mesir lebih dua ratus tahun kemudian kerana mereka telah dikunjungi oleh Ahli Falsafah Yunani, Apollonius Of Tyana.

Singa Ashoka, Sarnath 1911

Ashoka menggunakan skrip kuno Kharosthi untuk menulis titahnya. Orang Buddha juga menggunakan sistem tulisan ini untuk merekod kitab suci mereka.

Golongan gymnosophists sangat dihormati oleh orang Meroic dan mereka mungkin mempunyai pengetahuan tentang ajaran Buddha dengan lebih mendalam.

Dhamek Stupa, Sarnath

Tuhan Berkepala Singa Meroitik

Bukti yang cukup besar pengaruh agama Buddha di Kush purba adalah bukti dalam bentuk ikonografi Meroitik dan skrip Meroitik.

Apedemak Berkepala Tiga Dan Bertangan Empat

Maka menurut catatan dan bukti arkeologi menunjukkan kesan ajaran Buddhism mula bertapak di kawasan Sungai Nil yang disebarkan oleh golongan sami dan aliran gymnosophists, sekaligus memberikan jawapan tentang pengaruh Buddha yang terdapat pada Dewa Apedemak .

Kuil Meroitik yang didedikasikan untuk Apedemek telah ditemui di Meroe, Musawwarat es-Sufra, dan Naqa.

Inskripsi Yang Menggunakan Dwibahasa – Greek Dan Aramaic – King Ashoka

Di kuil Naqa kita melihat beberapa contoh pengaruh Buddha.Di sini, Apedemak digambarkan sebagai Dewa Leonine berkepala tiga dengan empat tangan.

Di India, golongan sami gymnosophists(aliran atau mazhab dalam Buddha) menggunakan tulisan Kharosthi untuk menulis kitab suci.

Bahasa Tocharian ditulis dalam skrip Kharosthi. Skrip ini digunakan untuk menulis Teks Buddha Gandharan. skrip Kharosthi muncul sepenuhnya dalam inskripsi Ashokan Shahbazgarhi dan Mansehra.

Inskripsi ini bermula pada abad ke-3 SM. Ia terus digunakan di Gandhara, Kushan dan Sogdian.

Tulisan Kharosthi bermula sejak inskripsi Brahmi pertama di India dipahat dan digunakan Raja Ashoka untuk menghasilkan batu bersurat. jauh sebelum tulisan Kharosthi diperkenalkan kepada orang Meroe di Kush.

Walaupun tulisan orang Meroetic membawa banyak pengaruh tulisan Kharosthi, namun sesetengah pengkaji berpendapat bahawa orang Meroi tidak mengamalkan sistem tulisan Kharosthi.

Perbandingan simbol Meroitic dan Kharosthi menjelaskan bahawa kedua-dua sistem tulisan berkongsi banyak tanda persamaan

Jadi apa kaitan tulisan ini dengan penyebaran agama Buddha di Mesir Kuno?

Kesimpulannya, Tulisan orang Meroic di Kush(Mesir) membawa pengaruh tulisan Kharosthi, dan tulisan Khrarosthi ini berasal dari India dan digunakan secara rasmi oleh sami-sami untuk mengarang kitab suci, dengan itu jelas membuktikan agama Buddha pernah tersebar ke Mesir Kuno secara berperingkat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.