Sebelum kemunculan gelombang K-Pop, genre muzik Asia yang menjadi kegilaan peminat ialah genre J-Pop dan J-Rock. Antara artis yang menjadi pujaan peminat ketika itu ialah Ayumi Hamasaki, Utada Hikaru, AKB48 dan Gackt. Sebut saja nama Gackt, namanya dianggap legenda dalam dunia J-Pop dan J-Rock.

Gackt bukan saja seorang penyanyi, penulis lirik dan komposer malah pernah muncul sebagai pelakon dan terlibat dalam siri permainan video seperti Final Fantasy. Pendek kata, namanya menjadi pujaan ramai peminat genre berkenaan.

Tetapi sejak 2012, penyanyi yang berasal dari Okinawa itu memilih Kuala Lumpur sebagai kediaman barunya. Semasa ditemubual media pada tahun 2017, Gackt mengakui jatuh cinta pandang pertama dengan Malaysia bila tiba di sini buat kali pertama. Antara perkara yang menambat hatinya ialah kepelbagaian masyarakat dan makanan yang wujud di sini.

“Saya bekerja tanpa henti dalam 30 tahun yang lalu. Jadi saya memulakan pengembaraan ke seluruh dunia untuk mencipta memori. Dalam semua kota hebat yang saya pergi, saya jatuh cinta pandang pertama buat Malaysia,” terangnya.

Dan semalam, Gackt kembali tampil di kaca televisyen Jepun untuk ditemubual oleh TV Asahi berkenaan situasi Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Beliau menceritakan seorang rakan bertanyakan dirinya tentang situasi Kuala Lumpur.

Beliau berkata, “Sebenarnya Jepun lebih merbahaya. Jepun mengambil remeh tentang apa yang berlaku. Negara lain nampak Jepun bertindak lewat. Buruk padahnya nanti!” Bila ditanya situasi masa nyata di sini, Gackt mengakui negara tidak berdepan sebarang kekacauan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Gackt juga turut mengulas kehidupan semasa PKP berjalan seperti seorang ketua keluarga saja dibenarkan keluar untuk membeli barang dan perjalanan hanya dibenarkan untuk pembelian barang atau urusan kesihatan di hospital. Baginya, apa yang dilakukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat dapat mengawal penularan penyakit Covid-19.

Gackt juga turut memuji tahap kesedaran rakyat negara ini semasa PKP berjalan dan melihat ketegasan pihak berkuasa menguatkuasakan PKP sebagai perlu demi memastikan penularan Covid-19 tidak merebak. Bila ditanya apa persepsinya sebagai warga Jepun di luar negara terhadap sikap Negara Matahari Terbit itu tentang Covid-19, beliau dengan jujur menyifatkan pendirian Tokyo sebagai gila.

Bila ditanya mengapa beliau berpandangan sedemikian, Gackt menyifatkan Jepun mengambil mudah isu penularan Covid-19 dan tidak belajar dengan apa yang berlaku di luar negara termasuk di Itali dan Amerika Syarikat. Tambahnya lagi, sekiranya keadaan ini berterusan walaupun penularan Covid-19 berjaya dikawal, ia sudah pasti mengakibatkan musibah buruk kepada Jepun.

Melihat temubual TV Asahi dengan Gackt, timbul rasa bangga yang bukan sedikit. Yalah, tatkala ada LEMBU yang perlekeh atau melanggar PKP, masih ada yang memuji langkah yang dibuat kerajaan dan hasilnya sudah mula kelihatan berdasarkan keterangan terbaru KKM semalam.

Justeru, jadilah warga yang bertanggungjawab dengan mematuhi PKP dan mematuhi semua saranan KKM terutama dari segi kebersihan diri. Bila kita berbuat demikian, kita sebenarnya menjadi wira negara yang mendapat sanjungan orang luar.

RUJUKAN:

A, Azam. (2020). Gackt, Penyanyi Legenda J-Rock Yang Cintakan Malaysia Dan Memujinya Di Stesen TV Jepun. The Vocket. https://www.thevocket.com/gackt-penyanyi-legenda-j-puji-malaysia-di-stesen-tv-jepun/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.