Kita tentu pernah dengar tajuk filem Alice in the Wonderland. Sebuah filem yang dilakonkan oleh Johnny Depp dan Mia Wasikowska pada tahun 2010. Idea asal filem ini ialah novel tulisan Lewis Caroll pada tahun 1865.

Tahukah anda? Terdapat satu penyakit bernama Alice in the Wonderland Syndrome (AIWS).

AIWS adalah keadaan yang sangat jarang berlaku. Ia juga dikenali sebagai Todd Syndrome, sempena nama seorang ahli perubatan British yang mula-mula mengenalpasti sindrom ini. Dr. John Todd mengesan simptom sindrom ini pada tahun 1950.

Pendapatnya mengatakan Lewis menulis novel itu berdasarkan pengalaman mengalami simptom sindrom ini. Beliau juga mengusulkan bahawa Lewis Caroll mengalami Lilliputian hallucination (halusinasi melihat orang, haiwan dan benda sekeliling menjadi kecil).

Pesakit dengan sindrom Alice in Wonderland mempunyai perasaan bahawa seluruh badan atau bahagiannya telah berubah bentuk dan ukurannya.

Ia menyebabkan persepsi/gambaran yang mengelirukan dan disorientasi (keadaan yang mengelirukan) untuk sementara waktu. Anda mungkin merasa lebih besar atau lebih kecil daripada yang sebenarnya.

Anda mungkin juga mendapati bahawa ruangan yang anda gunakan – atau perabot di sekitarnya – nampaknya beralih dan merasa lebih jauh atau lebih dekat daripada yang sebenarnya. (Kimberly Holland, 2019)

Sekiranya anda merasakan bahawa objek di dekat anda semakin besar atau lebih dekat dengan anda daripada yang sebenarnya, keadaan ini dipanggil pelopsia. Kalau objek semakin kecil atau jauh dari anda daripada keadaan sebenar, ia dipanggil teleopsia.

Satu keadaan yang dipanggil metamorphopsia juga berlaku dimana bentuk seperti berat atau lebar objek sekeliling berubah dari objek asal. Ada juga pesakit yang mengalami perubahan pada masa seperti bergerak lebih perlahan.

William Gowers pada tahun 1907 melaporkan bahawa pesakit yang mengalami sawan mengalami “perasaan tidak nyata dalam apa yang dilihat”. McDonald Critchley (1972) menyatakan bahawa pesakit dengan migrain atau sawan yang timbul di parietal lobe (bahagian otak) mereka melihat objek sebagai lebih kecil (mikropsia) atau lebih besar (makropsia) daripada mereka.

Caro Lippman pada tahun 1952 mendakwa bahawa dia pertama kali menggambarkan pesakit migrain dengan halusinasi badan mereka yang terbelah dua dan separuh yang tersisa menyusut, atau bertambah besar. Lippman juga mengusulkan bahawa Lewis Caroll juga mengalami sindrom ini berdasarkan novel yang telah ditulis. Ini juga disokong berdasarkan rekod Lewis Caroll yang selalu mengalami migrain.

Punca sindrom ini masih belum diketahui secara pasti. Namun, sindrom ini didapati berkaitan dengan beberapa keadaan berikut :

  • Sakit kepala, seperti migrain dan stress.
  • Gangguan pada otak, seperti stroke atau tvmor otak.
  • Penyakit berjangkit, misalnya mononukleosis (jangkitan Epstein-Barr Virus) atau h3rpes simplex (yang tersebar ke otak)
  • Gangguan mental, seperti depresi dan skiz0frenia.
  • (Sawan) Epilepsi.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan.

Tapi, migrain didapati penyebab paling umum untuk orang dewasa. Budak kecil juga boleh mengalami sindrom ini tetapi bukan disebabkan migrain sebaliknya kesan penyakit berjangkit (Andi M.N, 2019).

Majoriti pesakit dengan sindrom ini mempunyai sejarah keluarga yang mengalami migrain atau mereka sendiri mengalami migrain.

Keadaan-keadaan di atas dapat menyebabkan gangguan pada aliran dar4h di bahagian otak yang berperanan mengolah gambaran persekitaran seseorang.

Satu perkongsian pesakit sindrom ini menceritakan kisah hidupnya dalam portal berita The Guardian. Kali pertama simptom sindrom ini muncul kepadanya semasa dia berumur 21 tahun. Dia yang masih belajar sedang melakukan tugasan sehingga lewat malam.

“I stood up, reached down to pick up the TV remote control from the floor and felt my foot sink into the ground. Glancing down, I saw that my leg was plunging into the carpet.”

Bukan hanya sekali, simptom itu berulang beberapa kali malah lebih kerap. Dia melihat lantai rumahnya menjadi melengkung atau terasa berjalan diatas lantai yang beralun seperti berjalan diatas span. Ketika dia melihat jari tangannya, seolah kedudukan tangannya berada sejauh satu batu.

Jangan risau dulu. Sindrom ni tak berbahaya malah jarang berlaku.Tak ada rawatan yang disediakan untuk sindrom ni. Ianya akan hilang sendiri selepas berehat.

Rawatan yang ada ialah untuk menyembuhkan jangkitan daripada penyakit berjangkit atau melegakan migrain yang dialami oleh pesakit. Berdasarkan dapatan satu kajian juga menyatakan satu pertiga orang yang mengalami migrain akan mengalami AIWS. Antara kita sedar atau tidak sahaja.

RUJUKAN:

  1. Kimberly Holland (2019) What Is Alice in Wonderland Syndr*me? (AWS), Healthline Website.
  2. Andi Marsa Nadhira (2019) Kenali Lebih Jauh Sindrom Alice in Wonderland, Alodokter Website
  3. Rik Hemsley (2008) I have Alice In Wonderland syndr*me, The Guardian
  4. O’Toole P, Modestino EJ (2017). “Alice in Wonderland Syndr*me: A real life version of Lewis Carroll’s novel”. Brain & Development. 39 (6): 470–474. doi:10.1016/j.braindev.2017.01.004. PMID 28189272.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.