Selebriti macam Justin Bieber mempunyai pengaruh yang wajar dimanfaatkan orang awam sebagai sumber ilmu. Tidak perlu taasub pasal hidup mereka secara melampau. Namun bab pengalaman mereka boleh diambil kira. Demikian hari, seluruh dunia ambil peduli tentang alopecia areata terutamanya selepas kes tampar Will Smith dan Chris Rock. Kemudian peminat Bruce Willis pula terkejut dengan kes aphasia. Sekarang kecoh tentang Sindrom Ramsay Hunt pula yang terkena pada Justin Bieber.

Satu benda pasal Sindrom Ramsay Hunt. Semua orang boleh kena. Ia bukan bersifat genetik atau faktor usia semata-mata. Sesiapa saja boleh terkena penyakit ini yang dinamakan sempena James Ramsay Hunt. Beliau adalah seorang doktor yang mengenal pasti kewujudan penyakit ini pada tahun 1907.

James Ramsay Hunt.

Dr. Hunt menyumbang bakti dalam penyelidikan tentang tubuh badan manusia. Jasa beliau terlalu besar sampai namanya ditempa untuk a) Ramsay Hunt’s atrophy, b) Ramsay Hunt’s zone dan c) Ramsay Hunt’s paralysis (yang hampir-hampir sama seperti Penyakit Parkinson). Dan beliau mengulas tiga sindrom yang berkaitan dengan penyakit menimpa Bieber (Sweeney & Gilden, 2001).

Punca Penyebaran Penyakit

Untuk faham apa yang berlaku, kena rumuskan guna bahasa mudah. Sindrom Ramsay Hunt ialah destinasi. Jika ada destinasi, mesti kena ada jalan raya dan kenderaan. Dalam situasi ini, jalan raya dipanggil herpes zoster oticus… sejenis kayap yang jarang-jarang berlaku (Gold, 2020). Bercakap pasal kayap, semua orang tahu puncanya adalah virus bernama varicella (kenderaan). Virus sama menyebabkan demam campak.

Ruam varicella.

Jadi penyebarannya adalah sama seperti demam campak juga – udara (airborne) atau sentuhan (Ayoade & Kumar, 2021). Tidak pasti macam mana Justin Bieber terkena. Potensinya sangat luas. Macam-macam carab oleh jadi… pada masa yang sama sekalipun. Buat masa ini – cara terkena mungkin sudah tidak lagi penting. Yang penting adalah, betapa ramai tidak tahu bahawa virus demam campak boleh mencetuskan kelumpuhan.

Hilang Kawalan Anggota Badan

Sindrom Ramsay Hunt sangat rambang sebenarnya. Setiap pesakit membawa simtom-simtom berbeza. Ada yang mengalami ruam teruk di bahagian telinga. Ada yang lumpuh muka kerana kerosakan saraf. Ada yang kena kedua-dua simtom terus. Pihak doktor sendiri berbelah bahagi dalam bab ini. Mereka berkata kalau kena ruam saja, diagnosis hanya “herpes zostic oticus”. Tetapi kalau kena dua-dua simtom, baru isytihar “Ramsay Hunt syndrome”.

Kesan pada muka.

Apabila saraf muka rosak, otot akan terjejas sekali. Susah senyum. Susah tutup mata. Kadang bercakap pun susah. Kes Justin Bieber memang sangat lanjut (advanced level). Virus melumpuhkan bahagian kiri mukanya sampai beliau tidak boleh fokus pada prestasi kerjaya (Reuters, 2022). Masalahnya, mata kanan pula tidak boleh tutup. Lubang hidung tidak boleh gerak. Tengok gaya – macam lumpuh lebih daripada separuh muka.

Boleh Sembuh Tak?

Sama seperti demam campak, sindrom ini boleh sembuh. Cuma lama mana belum pasti. Justin Bieber menghentikan semua persembahan dalam jadualnya untuk fokus pada pemulihan. Tetapi pemulihan sindrom ini mengambil masa lebih lama untuk dibandingkan dengan demam campak biasa. Demam biasa dan ruam-ruaman boleh hilang dengan imuniti kuat. Otot terjejas lain cerita. Beliau kena menjalani terapi dan senaman otot terutamanya pada muka.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Dengan ubat-ubatan antiviral (bukan antibiotik) dan steroid, beliau dijangka akan sembuh dalam masa enam minggu hingga tiga bulan (Blum, 2022). Bagi keluarga Bieber, musibah ini hanya menambah dalam senarai musibah mereka hadapi. Sebelum ini, isteri Justin iaitu Hailey Bieber terkena strok kecil padahal baru berusia 25 tahun (Schonberger, 2022). Hailey pula adalah anak saudara Alec Baldwin, pelakon Hollywood yang tahun lalu terlibat dalam kes tembakan senjata studio lakonan.

RUJUKAN:

Ayoade, F., & Kumar, S. (2021, Ogos 11). Varicella Zoster. NCBI.

Blum, D. (2022, Jun 10). What is Ramsay Hunt Syndrome? The New York Times.

Gold, S. (2020, Jun 22). What Is Herpes Zoster Oticus? Web MD.

Reuters. (2022, Jun 11). Justin Bieber reveals partial face paralysis: ‘it will go back to normal’

Schonberger, R. (2022, April 28). Hailey Bieber reveals she had procedure to repair a hole in her heart after her stroke. EW.

Sweeney, C.J., & Gilden, D.H. (2001). Ramsay Hunt Syndrome. Journal of Neurology, Neurosurgery and Psychiatry. 71 (2): 149-154.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply