Kaca mata, alat yang melengkapkan seseorang untuk mempergayakan diri, sama ada untuk berjalan-jalan atau berseronok di pantai. Kita biasa dengan kaca mata hitam yang sentiasa dijual dalam kedai pakaian dan kedai kaca mata. Bermacam-macam reka bentuk tangkai kaca mata ini, namun fungsinya sama iaitu mengurangkan pendedahan mata kita dari sinaran cahaya matahari.

Tidak kurang juga kaca mata direka khas untuk mereka yang mempunyai masalah rabun, tidak kita rabun jauh, dekat, atau silau agar mereka mempunyai penglihatan yang jelas. Tapi, kerabunan ini tidak menghalang mereka untuk memperagakan diri bersama tangkai kaca mata yang menawan. Banyak lagi jenis kaca mata lain, seperti gugel iaitu kaca mata keselamatan yang biasa digunakan untuk melindungi mata dari ancaman fizikal.

Tapi, korang tahu tak kaca mata telah lama wujud sejak zaman dahulu kala lagi? Banyak tamadun mendakwa bahawa mereka ialah pereka kaca mata seperti Rom, China, dan India. Walau bagaimanapun, terdapat satu kaum asal yang menetap di kawasan sejuk yang mendakwa mereka juga pernah mereka kata mata mereka sendiri! Siapakah kaum asal itu?

Inilah gugel salji rekaan orang Inuit. Bermacam rekaan gugel ini untuk sesuaikan pemakaian atas muka mereka. (Sumber: Twitter)

Kaum asal yang saya maksudkan ialah kaum Inuit. Kaum yang juga digelar nama ‘inupuat’ ini menetap di kawasan Artik, lebih tepat di Pulau Greenland, utara Kanada, dan Alaska. Mereka biasa hidup di kawasan sejuk di bawah sifar darjah Celsius dan diet pemakanan mereka hanyalah daging saja. Haiwan yang biasa orang Inuit buru ialah ikan paus, anjing laut, walrus, dan pelbagai jenis ikan.

Orang Inuit mempunyai kemajuan tersendiri walaupun sehingga kini mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional. Kemajuan tersebut ialah penciptaan gogel mereka sendiri. Gogel tersebut ialah gugel salji, atau nama tempatannya ialah ikgaak dan nigaugek. Dikatakan gugel ini telah lama digunapakai pada 2,000 tahun dulu!

Gugel salji yang biasa dipakai oleh orang Inuit dan suku kaumnya bernama Yupik ini mempunyai fungsinya tersendiri, sekaligus kita mengetahui tujuan asal gugel buatan kaum asal ini. Gugel ini memudahkan pemburu Inuit untuk keluar kerana permukaan salji yang serba putih mempu memantulkan cahaya sinaran matahari ke mata.

Jadi, pantulan cahaya matahari dari permukaan salji sama bahaya dengan cahaya matahari yang menyinar terus, iaitu mampu mencacatkan penglihatan seketika. Pandangan mata yang kabur akibat pantulan cahaya matahari dari permukaan salji ini dipanggil sebagai ‘rabun salji’. Bagi mengelakkan keadaan ‘rabun salji’ ini, orang Inuit mula mereka gugel mereka sendiri yang biasa diperbuat dari sumber alam di sekeliling, seperti tanduk rusa, gading walrus, tulang ikan paus, dan longgokan kayu yang hanyut.

Gugel salji Inuit direka dengan memanjangkan gugel, agar bersesuaian dengan bentuk muka bahagian mata jika dipakai. Gugel ini juga mempunyai lubang melihat yang juga memanjang namun keluasan lubang yang begitu kecil supaya dapat melindungi mata. Rekaan gugel ini macam gugel yang dipakai oleh Cyclops iaitu watak dari komik X-Men. ‘Tali’ yang biasa mengikat gugel salji apabila memasang ialah urat lembu yang dikeringkan.

Tengok rupa gugel salji orang Inuit ini amat sama dengan gugel yang dipakai oleh Cyclops.

Ramai suku kaum Inuit lain mempunyai reka bentuk gugel salji yang berbeza, seperti orang Aleut dari Kepulauan Aleutian berdekatan dengan Alaska, mereka mereka bentuk gugel berbentuk ‘visor’, lebih kurang macam penutup helmet motorsikal. Manakala orang Yupik yang menetap di Siberia pula, gugel salji mereka mempunyai penutup khas untuk lubang melihat.

Dengan penciptaan gugel salji, penglihatan orang Inuit semakin tajam selain memudahkan mereka memburu pada siang hari yang tempoh masanya begitu lama berbanding tempoh masa waktu siang selain kawasan Artik. Sehingga kini, orang Inuit masih menggunakan gugel versi mereka walaupun gugel keselamatan telah direka dengan fungsi yang lebih baik. Inilah gugel kuno yang membuktikan keupayaan kreatif bersama teknologi kuno orang dahulu menangani masalah dalam hidup seharian.

______

Kami sediakan buku-buku menarik jika korang nak beli selain KITAB TAMADUN YAHUDI dan DUNIA TANPA TEMBOK COVER BARU. Korang boleh beli di sini untuk dapatkan diskaun-diskaun buku yang menarik: https://bit.ly/bukupatriots

 

RUJUKAN:

Cecilia, Bogaard. 12 February 2023. Snow Goggles Are Masterpiece of Inuit Indigenous Innovation. Ancient Origins.

lia, Valerie (2009). Names and Nunavut: Culture and Identity in Arctic Canada. Berghahn Books.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply